Wednesday, March 23, 2011

Kebahagiaan Dalam Kesakitan

Lumrah la dalam kehidupan kekadang kita gembira kekadang kita berduka. Tapi al-kisah hari ini saya terpaksa bergembira dalam kesakitan.

Oleh kerana mengalami kesakitan yang melampau pagi tadi maka hari ini saya diisytiharkan cuti. Yeahhh.. memang seronok bila dapat cuti tapi kalau namanya cuti sakit ataupun dengan nama popular dikalangan orang-orang bekerjaya adalah MC mana ada seronoknya. Bercuti dalam keadaan yang tidak sihat adalah sesuatu yang biasa-biasa je sebab kita tak bebas juga nak buat itu dan ini. Paling-paling pun dapat rest je la di rumah.

Dating di pagi hari dengan doktor Khadijah di Klinik Aslam membolehkan saya mendapat MC 1 hari dan beberapa jenis ubat. Kesakitan yang dialami kelmarin nampaknya semakin teruk dan tidak menampakan tanpa-tanda akan reda dalam masa terdekat ini.

Time update blog ni pun pipi sebelah kanan saya masih berdenyut-denyut kesakitan. Tahap sakit ni dah sampai ke bahagian pipi dan adakalanya terasa juga ke bahagian mata. Doktor cakap mungkin kesakitan yang saya alami ini sudah sampai ke akar gigi. Aduhai.. Seksanya betul sebab nak makan pun tak lalu apatah lagi nak mengunyah makanan. Untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan yang saya hadapi sekarang ini doktor bagi 3 jenis ubat je antibiotik + tahan sakit + surut bengkak + MC. Dalam masa 5 hari saya kena habiskan dan lepas tu kena pergi jumpa dentist pula untuk memastikan sakit ini tidak berulang lagi. Kalau terpaksa saya rela gigi yang rosak itu dicabut supaya saya tidak sengsara lagi huhu..


Di rumah hari ini saya tidak keseorangan sebab anak perempuan saya pun turut bercuti juga. Ini la masalahnya bila mama dia sakit. Dia pun sama naik nak cuti juga konon nak jaga mama. Padahal mama dia sakit gigi je hehe.. Ok la kata sepakat telah diperolehi dan papa dia benarkan dia bercuti hari ini. Cuti cuti juga tapi papa dia suruh belajar juga sebab kalau tak disuruh mau melangut tengok cd + main game jer.

Time ni tekun lagi buat homework.. 

Bila badan dah ditegakkan sedikit..


Alamak.. Pensil patah la pula.

 Bila nampak mama curi--curi ambil gambar mula la buat muka.. 

6 comments:

Myra Jay said...

Memang seksa kan kak kalau sakit gigi nieh.. :) Moga akak cepat2 sembuh ye...

darkbatman said...

hahaha.. comel..
skg ne cuaca x menentu kan? aie pun batuk2 lg..

Unknown said...

rajinnya dia belajar? anak akak pun kena bersuruh jugak, biasalah bebudak.
disamping tu akak harap Halen cepat sembuh ye..

Titing said...

your lil princess is cute!

Diyana said...

baik blum gigi tu?ehehe.

meh isi masa lapang,snap gambar nasya pakai telekung..n join telekung jersey GA. boleh dapat telekung free lagi..hehe

http://diyanazulkifli.blogspot.com/2011/03/telekung-jersey-ga.html

deqlis said...

deqlis singgah nie..
bersiaran dari WW...

org lelaki mmg susah nak menangis..klu nk nangis pun coverr punyerr,,hehehe