Thursday, March 10, 2011

Saya Nak Kentut

Saya nak kentut tapi terpaksa tahan sebab di sini ramai orang..

Hehehe.. Sorry title entry kali ni agak kurang bersih. Bukan saya nak cerita kisah saya kentut tapi saya nak kongsi rahsia tentang kentut. Saya pasti mesti ramai yang selalu menghadapi situasi di atas kan. Alaaa.. Tak perlu nak tipu la aci kerat jari ni haaa..

Dan salah satu cara untuk kentut juga kita akan beredar ke tempat lain supaya bau kentut tu dibawah terus oleh angin. Itu kalau berbau la kalau tak berbau tak pasal-pasal nak kena control juga supaya bunyi yang dihasilkan tidak akan meledak seperti bom atom.


Korang tau ke sebab apa kita kentut? Kita kentut sebab badan kita ada angin yang lebih (ini saya guna bahasa yang senang nak faham). Kalau nak ikut ayat sains memang panjang lebar la penerangan tentang kentut ni. Sebaik-baiknya jangan la korang tahan bila nak kentut yer sebab kentut ni boleh menyebabkan penyakit.

Mengikut fakta yang berjaya saya dapatkan daripada en gugel bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.  Hihihi.. Jadi kalau tak nak kentut kalian mengeluarkan bau yang busuk hapak sila la jangan tahan lama-lama yer. Makan pun nak kena jaga jangan la asyik makan telur kari telur kari sahaja. Purata manusia mengeluarkan gas berlebihan daripada badan adalah sebanyak 14 kali sehari samada melalui kentut ataupun sendawa. Siapa yang tidak kentut adalah manusia yang tidak normal.

Kalau nak cerita pasal kentut memang panjang lebar la jawabnya tapi memandang ada benda lain saya nak kongsi kita beralih pada benda yang fun sikit. Kepada yang sedang membaca entry ini sambil makan atau minum saya minta maaf la yer jika topik ini meloyakan tekak anda hehe.. Jom kita kenali peribadi diri melalui kentut sekurang-kurangnya kita tahu kita ni jenis orang macamana.

Rahsia Kentut

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh.

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air.

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut.

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut.

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut.

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.

 What r u doing???

Ini adalah hiburan semata-mata tiada kesahihan samada benar atau tidak. Apa-apa pun berwaspada lah dengan kentut anda kerana satu kentut boleh menyebabkan anda malu seumur hidup. 

So dah dapat tafsir ke anda ni orang yang macamana melalui kentut? Jika ada cerita lucu, sedih atau memalukan tentang kentut jangan malu-malu share kat sini yer ahaks.. 

p/s: Saya pernah terkentut ketika bantuk depan ipar duai haha sungguh memalukan.. :p

9 comments:

Anonymous said...

hahahahaha lawaklah...lucu malu2 kucing...^^, ketawa sendirian sya... hehe

Halen said...

hehe.. malu2 pula ya. ni mesti tergolong dlm "Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya" hahaha.. :p

Diyana said...

bile tu alin?tak prasan pun alin kentut...haha

Halen said...

haha.. x perasan ke time kita pergi pantai sawangan di kuala penyu.. abg ady ngan alai kot perasan muhahaha

Unknown said...

style gilak kentut mcm tue! hahaha

Halen said...

to imzainieyzulkipli:
hehe.. macam2 gaya org kentut ni..

Pak Aji said...

kalau kentut ni bau dia macam minyak wangi kan bagus.. hehehe

Unknown said...

ahahaha...tapi kalau nak buang angin tu silalah cari kawasan yang tak de orang...sopan sikit yee...huuuu

Halen said...

to fuuyooh:
kalau bau kentut wangi x laku la minyak wangi yg mahal tu yer..

to warna warni:
hehe.. itu semestinya tp ada jgk individu yg muka tembok selamba je kentut merata2 muhaha