Hopefully saya masih belum terlambat untuk join JELAJAH BLOG KATEGORI IBU yang telah dianjurkan oleh blogger terkenal saudara BEN ASHAARI.
Memandangkan masa yang agak suntuk tanpa membuang masa lagi saya terus menyiapkan task ini supaya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Syarat pertama, kedua dan ketiga telah saya penuhi dan sekarang saya perlu menyiapkan task yang seterusnya.
Untuk task yang keempat saya kan menceritakan mengenai diri saya seringkas yang mungkin. Nama saya Wan Nurhalena Wan Nawang (rasa macam buat karangan sekolah pula hehe). Saya dilahirkan di Pahang tapi dibesarkan di Terengganu sebab abah orang Terengganu dan mak orang Kedah. Sekarang saya menetap di Kota Kinabalu, Sabah dan berkahwin dengan orang Beaufort, Sabah. Saya adalah seorang wanita yang bekerjaya dan juga merupakan sorang ibu kepada Nur Aliya Natasya yang berumur 4 tahun. Nak tambah lagi untuk anak yang kedua tapi masih belum ada rezeki. Insya-Allah saya akan berusaha lagi hehe.. Umur? Umur saya dah lewat 20an.
Apabila dapat memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak saya ianya adalah sesuatu yang indah dalam hidup saya. Ketidaksempunaan diri saya menyebabkan ada benda yang tidak dapat saya lakukan dengan sepenuhnya tetapi apabila saya dapat membuatkan anak saya berasa kenyang, tidur malam yang lena, bermain dengan gembira ianya adalah sesuatu yang saya suka. Masa bersama anak saya adalah sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan yang lain kerana di situ ada gembira, ada penat, ada marah, dan juga ada kesabaran sebagai ibu.
Kenangan pahit saya ialah apabila saya terpaksa membuat sesuatu yang saya tidak suka kepada anak saya. Saya tidak suka apabila saya terpaksa memarahi anak saya, terpaksa meninggikan suara, terpaksa memukul anak saya demi kebaikan dia. Ianya adalah sesuatu yang menyakitkan hati saya.
Untuk suami saya yang begitu memahami diri ini TERIMA KASIH sayang ucapkan kerana selama ini abang begitu banyak membantu sayang daripada kita mula menimang cahaya mata sehinggalah Nasya berumur 4 tahun. Maafkan diri ini kerana tidak sempurna untuk menjadi isteri dan ibu yang hebat tapi sayang akan cuba sebaik mungkin untuk kebahagiaan keluarga kita. Perhatian dan kasih sayang sebagai papa yang abang berikan memang tiada tandingan kerana tangan itulah yang membantu diri ini memandikan, menyuapkan, membelai, mengajar, memberi dan segala-galanya yang kaum ibu lakukan. Terima kasih sekali lagi dari ibu kepada anakmu yang bernama Nasya. Maafkan kekurangan diri ini..
Untuk Nasya, satu-satunya anak yang mama ada di sini dari hati yang tulus mama doakan Nasya akan sentiasa sentiasa dilindungi dan diberkati Tuhan, dapat menjadi anak yang taat dan solehah, akan menjadi anak yang pintar dan berani. Maafkan segalanya kekasaran dan kesalahan yang telah mama lakukan. Segalanya mama lakukan untuk kebaikan Nasya. Sakit sebenarnya hati ini apabila terpaksa memarahi anak sendiri.
Dan kepada anak-anak di luar sana sayangi dan hormatilah ibu bapa anda kerana apabila mereka telah tiada barulah kalian tahu betapa besarnya nilai kasih sayang daripada ibu bapa. Apa juga yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan kita bersama.
Harapan saya untuk anak saya yang bernama Nasya, mama harap suatu hari nanti Nasya dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan menjadi orang yang berguna. Dan semestinya menjadi anak yang solehah.
Untuk gadis-gadis yang bakal menjadi isteri dan ibu penuhi ilmu di dada kerana bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang ibu. Perkataan ibu itu sangat tinggi nilainya kerana jasa dan pengorbanan yang diberikan memang tiada tandingannya. Siapkan diri hiasi peribadi dan tanamkan dalam diri untuk menjadi ibu yang terbaik.
Terima kasih kepada BEN ASHAARI kerana memberi peluang ini untuk saya muhasabah diri saya sebagai ibu. Sesungguhnya masih banyak kekurangan dalam diri ini dan masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari.
Kepada teman-teman nak join sesi jelajah blog ini bolehlah tengok syarat-syarat yang diberikan.
- Sila letak BANNER ini
- Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan linkkan ke entri ini ...
- Siapa yang layak masuk ? Blogger blogger yang sudah bergelar ibu ...
- Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
- Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
- Kenangan pahit anda ?
- Kata kata khas buat si suami ...
- Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..
- Apakah harapan anda kepada anak anda ..
- Nasihat buat si gadis di luar sana ..
9 comments:
terjah dari blog BA...best baca pengalaman ibu2 yang comel2 belaka ni
to apisv2:
wsalam,
salam perkenalan juga dari saya.. :)
to warna warni kehidupan:
thanxs sudi dtg sini..
to fuyooh:
wsalam,
salam perkenalan disambut dari saya..
salam pkenalan.. datang dari blog abg ben :)
jom follow sy jgak, untuk smangat berblog n kongsi info ttg mommy..hehehe..
rizaros.blogspot.com
Tahniah kerana menjadi seorang ibu...
semoga memiliki anak yang solehah dan berjaya...
salam kenal...terjah dari blog ben...
to rizaros:
hi rizaros.. tq sudi dtg cni. nnt i follow ur blog k.
to lulu:
thanxs lulu.. :)
to shah:
salam perkenalan juga.. tq sudi singgah cni.
selamat berkenalan mama nasya, dah follow, jom follow saya gak, boleh kita sesama share info tentang ibu2. Saya pun menyampah kalau marah2 dengan anak tapi terpaksa kalau tidak naik tocang ..hehe
hi luckylizan,
selamat kenalan jg dari saya. nnt sy pergi jenguk ur blog k. thanxs sudi singgah sini.. :)
salam kenal dr segmen en.ben:)
Post a Comment