Monday, March 7, 2011

Awas! Jika Anda Sering Memukul Anak

Amaran ini ditujukan khas untuk diri saya sebab tangan saya ni ringan je nak naik. Aduhai.. Saya sebolehnya nak mengelak daripada menjadi ibu yang garang tapi bila perasaan menguasai fikiran itu la yang jadinya Nasya kena jentik kena pukul (bukan pukul kuat2 macam mendera yer). Walaupun sering naik tangan tapi saya masih waras dan masih sayangkan anak saya.

Saya pun perasan keadaan ini di mana saya ni boleh dikatakan cepat naik angin. Saya ni jenis tak suka cakap banyak kali dan sebab itu la saya akan marah jika apa yang saya cakapkan tidak dituruti. 

Nak salahkan orang lain memang la tak boleh sebab anak itu anak saya jadi apa yang berlaku padanya adalah tanggungjawab kami suami isteri. Adakah sebab Nasya ada 2 pusar atas kepala menyebabkan dia kurang mendengar cakap saya??? Itu saya rasa hanya kebetulan dan mungkin cara saya mendidik dia ada yang tidak betul.

Sebagai ibu bapa memang tidak salah untuk kita mendidik anak-anak tapi adakah kaedah memukul atau cara yang agak kasar adalah cara yang sesuai? Saya agak tidak bersetuju walaupun saya selalu menggunakan kaedah sebegitu. Saya rasa seharusnya saya gunakan cara yang lebih lembut supaya cara saya yang kasar itu tidak mempengaruhi tingkah laku anak saya yang kasar.



Takkan la sebab setiap malam dia main lawan-lawan (ultraman & raksasa) dengan papa dia boleh menyebabkan dia jadi kasar ataupun sebab dia berambut pendek???

Nasya, maafkan mama yer sebab selalu menyakiti anak mama yang sorang ni. Selalunya bila dah kena marah Nasya akan menangis dan mengatakan kami tidak sayangkan dia, kami tidak pedulikan dia.. Ohh memang sayu hati bila dengar anak cakap macam tu tapi saya memukul bukan sebab nak menyakiti dia. Saya cuma nak dia mendengar cakap dan tidak berkasar dengan saya.

Saya pun takut jika cara saya ni akan menjadi tabiat buruk pula iaitu suka memukul anak. Mungkin dengar agak kasar bila ibu memukul anak tapi korang jangan bayangkan saya mendera pula. Saya pukul cubit manja-manja je tidak la sampai merah-merah atau lebam. Tapi saya tetap tidak suka bila terpaksa mula bercakap menggunakan tangan.

Di sini saya kongsikan artikel untuk panduan diri saya dan juga teman-teman di luar sana:
Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat Malaysia
SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak. 
 
Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif. 

Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka. 

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka. 

Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak. Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut.


Kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan. Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka.
 
Lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa. Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada," ujar Gershoff.

Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis - HealthDay News.

Lihat.. Betapa besarnya impak memukul anak kecil yang semakin membesar. Mudah-mudahan sikap cepat naik angin dan suka naik tangan saya ini akan semakin berkurangan. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan sesorang itu naik angin.

Saya bukanlah orang yang tidak waras tetiba je nak naik angin tak tentu pasal. Setiap kemarahan ibu bapa itu pasti ada sebabnya dan banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu marah. 

Kepada yang berjaya mendidik anak-anak dengan kelembutan tanpa aksi ganas tahniah saya ucapkan dan kepada yang masih mencari penyelesaian masalah ini jom la kita sama-sama berusaha menghindarinya. Jangan la pula nanti terpampang nama kita di muka akhbar sebab mendera anak hehe (minta-minta dijauhkan la daripada benda-benda macam ni).




I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and a kiss from me to you
Wont you say you love me too!




  
Saya sayang anak saya!!!
Sayangilah anak anda hehe..

11 comments:

eima said...

aku pun rajin babap fahim
...huhu

Diyana said...

hmm.anak sjk ade mia dan ali..mmg cuba kawal diri. kdg tu, bile tgk mia n ali sepahkan rumah..ana biarkan aje.bile tgk mia dah bosan,sblum dia beralih buat mende lain..ana ajak die kemas brg yg die sepahkan tu..mcm itula ana buat walaupun 10-20 kali derang sepahkan rumah dlm sehari.hehe. and skrg,mia dah tahu sndiri..lepas sepah,kemas. lepas minum,tido.lepas tgk tv,tutup.lepas pukul adik,cium tgn adik.letih kan nak marah2..haha.kdg tu yg lg kite larang,lg buat.

Halen said...

to eima:
xpe yg lepas biarkan je lepas ni kita sama2 kurangkan babab anak yer hehe..

to diyana:
adehhh mmg penat tp itu la sbnrnya tugas kita kan. x dpt alin bygkan klu ada anak 2 3 org nnt huh.. ada sorang ni pun kadang tu mcm kena serang garuda rumah ni.

Vivacious O'light said...

saya amat bersetuju, kita tak boleh pukul anak yg berusia bawah 3 tahun. Jadi, untuk anak-anak yg dah 3 tahun, mari kita rotannn sama diaaa... hah hah hah...
(mood bengis)

anak-anak bawah 3 tahun belum dapat relate antara hukuman dan kesakitan. Sia-sia je kalu kita pukul, melainkan kita hanya menyakitkan badan dia, dan hati kita juga.

tapi, once kita dah tahu dia boleh mula fikir kesan dan akibat, cthnya dah umur 3 tahun, kita buleh dah nak aplikasi rotan sikit2.heheh... cuma, masa kita nak rotan tu, jgn terus direct rotan. explain dulu kenapa anda nak rotan..wah wah..hehehe..sempat ke nak explain..lepas rotan agaknya baru terpikir nak explain..hihi...
gantung rotan di satu tempat yg mudah dilihat, limitkan penggunaan rotan, tapi ingatkan mereka bahawa rotan itu akan berguna kalu dia nakal-nakal...jgn main-mainnnn! hehehehe... (pendapat jujur dan ikhlas dari mama wafiy, mungkin salah, mungkin betul.. kita sentiasa belajar..setiap anak adalah berbeza dan unik..tak ada satu cara pun yg sempurna unutk semua)

Halen said...

to farah:
oh tq my fren.. ko sentiasa ada saat aku kegelisahan/kebuntuhan pasal anak-anak wpun kini telah jauh di mata sobsob.. :( insya-allah dgn nasihat itu moga2 nasya x kena pukul lg hehe

deqlis said...

tatau laa nanti deqlis cemana?? tp rasa deqlis tak suka nak marah..tak suka nak pukul..tp bila i marah tgk langit tinggi rendah!! hehehhhh..

Halen said...

to deqlis:
hehe.. insya-allah ok nya nnt tu. tp sebaiknya kita elakkan la drpd tabiat memukul anak.

Janna Wan Muhammad said...

saya rasa pukul itu perlu, sbb dalam islam ada menyebut lebih kurang begini la:

" apabila anak kamu berusia 10 tahun, maka suruh la dia bersolat,jika dia ingkar, pukul la mereka"

tetapi pukul itu pon ada cara nya, bukan main tibai sampai anak tu lembek....ada tmpt nya yg boleh di pukul....dan juga pada usia yg sesuai..itu pon setelah dah berkilo2 nasihat dan teguran di buat..kalau tak jalan jugak,dan perlu pukul..mmg harus di pukul.

sebelum saya pukul anak,saya bagitahu dulu sebab2 dan kenapa ,dan ini adalah hukuman yg perlu mereka terima, kemudian saya arahkan mereka hulur tpk tgn dah saya rotan sekali sekadar memberi rasa perit. anak pon terima hukuman itu.

selepas itu saya terangkan lagi kpd mereka bahawa saya tidak suka dan seboleh2 nya tidak mahu menggunakan kaedah memukul sbg hukuman,tp jika terpaksa then they have to accpet it.

I might not be a good mother,but lebih baik di jentik sekarang ketika masih kecil...bila dah besar baru nak jentik...payah dah.

sekian

Halen said...

haaa ini lagi satu pandangan yang saya suke. Lain org lain caranya.. sy pun kekadang keliru nk pukul ke tidak tp pandangan janna sama ngan papa nasya kekadang nk kena pukul jgk sbg pengajaran. cara yg papa nasya buat sama la dgn janna panggil terang itu ini lepas tu br pukul kt tgn. tp mama nasya ni haaa.. time2 marah tu jgn tgn naik tu yg rasa mcm jahatnya diri ini hehe..

rasanya lps ni nk kena stanby rotan je la kot spy sy tidak menggunakan tgn atau hanger sbg alat pemukul ekeke..

Pak Aji said...

pukul anak menggunakan jari... hehehe..

Anonymous said...

Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah
Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain.

1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun

Sabda nabi:

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر

(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)

2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas.

لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود

Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari)

Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas.

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.

عن زيد بن أسلم : أن رجلا أعترف بنفسه بالزنى على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوط فأتي بسوط مكسور فقال : (فوق ذلك) فأتي بسوط جديد لم تقطع ثمرته فقال : (بين هذين) فأتي بسوط قد لان وركب به فأمر به فجلد

Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. (al-Muwatta’)

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:

i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.

ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.

iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)

Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.

عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : (إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه) رواه أبوداود.

Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud)

Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotak di tapak tangan dan kaki.

6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : قال صلى الله عليه وسلم (إذا ضرب أحدكم خادمه فذكر الله فارفعوا أيديكم) رواه الترميذي

Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi)

7. Jangan merotan dengan penuh emosi kemarahan

Riwayat Abu Bakar: Janganlah menjatuhkan hukuman sekiranya berada di bawah kawalan emosi marah.

Rujukan/terjemahan: http://www.saaid.net/tarbiah/46.htm