Showing posts with label berita terkini. Show all posts
Showing posts with label berita terkini. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Saham Bank Rakyat 2011


Sekarang ni sesiapa yang allert pasal saham bank rakyat saya pasti mesti semua dah serbu ke Bank Rakyat kan. Serius mula-mula saya tak tahu apa yang diperkatakan pasal saham Bank Rakyat ini tapi setelah membaca pasal saham ini di blog biras saya baru saya tahu serba sedikit.

Setelah mendapat maklumat serba sedikit saya search la di Google dan sememangnya isu saham Bank Rakyat ni tengah mendapat perhatian orang ramai. Saya pun teringin nak membeli saham Bank Rakyat ni tapi hari ini saya masih belum berpeluang ke bank. Dalam tempoh seminggu ni bos saya ada di pejabat jadi kebebasan untuk mengurus hal-hal di luar pejabat agak terhad sedikit. Kalau bernasib baik boleh la diuruskan dalam tempoh yang singkat tapi jika tidak terpaksa berbaris panjang mau kena tunggu sampai 3 jam. Lagi pula kedudukan pejabat saya agak jauh daripada tempah-tempat berurusan seperti bank. Hopefully hari Isnin nanti pembelian saham Bank Rakyat masih dibuka dan saya dapat join sama menjadi ahli Bank Rakyat.

Daripada hasil carian di internet katanya tahun ini Bank Rakyat memperuntukkan 1 billion untuk orang ramai membeli saham Bank Rakyat. Sebab itu la kita kena cepat-cepat sebab 1 billion ni boleh habis dalam 1 minggu je jika ramai orang yang membeli. Walaubagaimanapun setiap orang dibenarkan membeli RM500 sahaja. Tak kisah la RM500 pun tapi jika disimpan dalam tempoh yang panjang pasti akan memberikan pulangan yang lumayan. Tapi dengar khabarnya dana ini akan dinaikkan kepada 3 billion. Semoga kesahihan berita ini akan terlaksana.

Dividen yang ditawarkan juga agak menarik di mana pada tahun 2010 dividen yang dibayar oleh Bank Rakyat adalah sebanyak 15%. Ini boleh dikategorikan sebagai bayaran dividen yang agak tinggi kan. Cuba korang tengok kira-kira di bawah ini yang saya dapat daripada blog JARDNESS.

2011 - RM500 (duit pelaburan asal)

2012 - RM575 (setelah tambah 15%)
2013 - RM661.25
2014 - RM760.44
2015 - RM874.51
2016 - RM1005.68
2017 - RM1156.53
2018 - RM1330.01
2019 - RM1529.51
2020 - RM1758.94
2021 - RM2022.78
2022 - RM2326.10
2023 - RM2675.13
2024 - RM3076.40
2025 - RM3537.86
2026 - RM4068.54
2027 - RM4678.82
2028 - RM5380.64
2029 - RM6187.74
2030 - RM7115.90
2031 RM 8183.28

Dalam tempoh 20tahun pelaburan sebanyak RM500 akan kita dapat pulangan sebanyak RM8183.28


Sekarang ni macam-macam cara ada untuk kita mendapatkan wang. Melabur di bank boleh melabur emas boleh melabur hartanah boleh dan macam-macam lagi. Walau apa pun pelaburan yang kita lakukan perkara penting yang harus kita fikirkan adalah HALAL

Saya bukan alim ulama yang mampu menilai halal haram sesuatu pelaburan itu tapi sebaik-baiknya kita mencari inisiatif sendiri menyiasat atau mengambil tahu apa konsep pelaburan yang dilakukan. Nak cerita panjang lebar pun saya tak berapa arif tapi saya faham serba sedikit pasal kewangan ini setelah menghadiri Seminar Kewangan Islam beberapa bulan yang lalu. Sebagai umat Islam sebaiknya kita menggunakan sistem perbankan Islam dan takaful untuk insuran. Contohnya Maybank (Islamic), Bank Islam, CIMB (Islamic) dan lain-lain lagi. Kepada yang lebih arif tentang sistem perbankan di Malaysia jangan segan silu untuk kongsi pendapat di sini. Jom sama-sama kita melabur untuk kehidupan yang lebih baik di masa depan.

Friday, April 8, 2011

Gempa Bumi di Jepun 7.1 Skala Richter

Nampaknya Jepun sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi kuat selepas kejadian tsunami tempohari. Berita ini saya dapat tahu setelah membaca info daripada blog Yanmie. Thanxs ya Yanmie berkongsi maklumat dan berita yang terkini. 

Buat masa ini belum ada apa-apa kemalangan atau kejadian yang tidak diingini yang dilaporkan berlaku. Bagaimanapun sama-sama la kita semua berdoa semoga kejadian tsunami tidak akan berulang lagi dan semua rakyat negara Jepun berada dalam keadaan baik. Walaubagaimanapun amaran tsunami telah dikeluarkan kepada penduduk Jepun memandangkan gempa bumi ini agak kuat iaitu 7.1 skala richter selama 1 minit.

Sebelum itu jiran kita Indonesia juga telah mengalami satu gempa bumi. Berikut adalah petikan daripada Utusan Malaysia.

Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Indonesia

07/04/2011 1:26pm



JAKARTA 7 April - Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 pada skala Richter berlaku di Pantai Indonesia tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 18 kilometer pada pukul 9.01 malam (10.01 malam waktu tempatan) sekitar 190 kilometer dari Sibolga, Pulau Sumatera, Indonesia, ujar Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang terletak di Hawaai mengatakan tiada amaran atau makluman yang dikeluarkan setakat ini. - AFP

Monday, April 4, 2011

Cikgu Ambil Nyawa

Apabila syaitan dan nafsu menguasai diri ini la yang terjadi.. Saya terkedu kerana perkara ini berlaku di sebuah sekolah agama dan dilakukan oleh seorang guru agama. 

"Apabila iman terletak di lutut terus akal jatuh ke kaki."

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.
Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Saya doakan semoga allahyarham  adik Saiful ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan terpuji. Kesian dengan bapa mangsa sudahlah isteri telah pergi sekarang anak tunggalnya juga telah dijemput Ilahi. Nauzubillah..