Showing posts with label akademi fantasia. Show all posts
Showing posts with label akademi fantasia. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Gimik Pertama AF9

Betul betul tipah tertipu okeh time tengok Tirai Akademi Fantasia sebentar tadi. Ini la gimik pertama yang dilakukan dalam AF 9 kali ini apabila Aznil mengumumkan Amy Search adalah pengetua baru untuk AF musim ini.

Konon ada spekulasi mengatakan Ahmad Dhani akan menjadi pengetua AF9 tapi malam ini semua teka teki itu telah terjawab. Di awal pengumuman mati-mati saya ingat Ahmad Dhani sebab daripada tutur bicara Aznil banyak menyebut tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Ahmad Dhani dan apabila Amy bangun dan membuka penutup kepala saya masih ingat Ahmad Dhani sebab kepala Amy pun botak seperti Ahmad Dhani.

Sekali bila Amy dah berpusing riuh konsert disambut dengan jeritan gembira oleh penonton-penonton yang hadir. Maunya tak jerit sebab ramai yang jerit Ahmad Dhani sekali yang menjelma Amy Search. Ya saya pun turut gembira dengan pemilihan pengetua yang baru ini. Sekurang-kurangnya pihak Astro masih tahu kehebatan artis-artis Malaysia.

Tahniah kepada Amy dan semoga dengan tunjuk ajar beliau akan melahirkan generasi AF yang bagus dan terbaik. Kepada 12 pelajar AF selamat berjuang dan 'kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi'. 


Wednesday, February 23, 2011

Kenapa Suara Orang Sabah Best-Best???

Agak-agak korang kenapa suara orang Sabah best???

Opsss ok.. Ini bukan entry perkauman atau kenegerian yer. Tapi entry biasa-biasa je sekadar berkongsi pendapat di petang hari. Dan saya semestinya bukan orang Sabah tapi saya berkahwin dengan orang Sabah dan sudah menetap di sini hampir 5 tahun.

Tempat ketiga Akademi Fantasia Musim Ke-2.

Tak lama lagi AF9 akan bermula dan saya tengok daripada 25 peserta yang di shortlisted ada juga beberapa peserta daripada Sabah. Kiranya banyak juga la calon-calon daripada negeri Sabah ni ye. Bukan setakat AF9 tapi jika dilihat daripada AF sebelum ini pun memang ramai wakil dari negeri Sabah yang hebat-hebat antaranya Adam (bofren lama nih haha), Stacy, Felix, Marsha, Ebi, Linda dan yang terbaru sekarang ni Adira dan kakaknya.

Naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-8.

Bukan nak memuji tapi ada kebenarannya kata-kata saya ni. Member-member ofis pun ramai yang bersuara best apabila saya dengar diaorang berkaraoke. Nak kata keturunan tak juga tapi mungkin juga corak pemakanan yang mempengaruhi suara-suara mereka yang best.

Juara Akademi Fantasia Musim Ke-6.

Saya rasa mungkin sebab minum SUP suara diaorang best kot. Kepada yang pernah datang dan tinggal di sini pasti korang perasan kan. Kalau kita makan di mana-mana restoran atau kedai kebanyakkannya pasti akan menghidangkan sup bersama makanan yang kita pesan. Tak kira la makan nasi goreng ke, mee goreng ke, nasi putih ke pasti ada sup. Tapi kalau makan chicken chop takde la diaorang nak bagi sup.

Tempat keempat Akademi Fantasia Musim Ke-3.

Mungkin sebab dan terbiasa minum sup sedikit sebanyak sup ini dapat menjaga peti suara orang-orang di sini. Lagi satu orang-orang di sini kurang meminati makanan yang berkari dan pedas. Tidak semua la tapi kebanyakkannya begitu saya perhatikan. Kalau kita di semenanjung ada kari la, asam pedas la, masak lemak cilipadi la, sambal belacan dan macam-macam lagi. Mana suara tak sumbang bila menyanyi hehe..

Naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-.

Contoh yang boleh saya berikan tak perlu jauh la iaitu keluarga mertua saya sendiri. Keluarga mertua saya pun tak berapa makan pedas dan berkari cuma yang dah berubah ke selera semenanjung ialah suami saya dan juga adiknya. Hehe.. Iyer ke Ana??? Itu isterinya sendiri la kena jawab. Tapi suami saya memang fav dia asam pedas, makan apa-apa mesti nak kena ada pedas sikit. Mungkin sebab dan terpengaruh dengan masakan saya kot sebab saya suka makan pedas.

Naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-2.

Apa-apa pun tak kisah la korang daripada mana tapi kalau nak jaga suara tak salah rasanya nak amalkan salah satu tips ini iaitu JANGAN MAKAN MAKANAN PEDAS DAN BERKARI. Kalau rajin setiap kali masak buat la sup hehe.. Dan juga petua yang mujarab amalkan minum air suam.

 Naib juara Akademi Fantasia Musim Ke-5.

Oklah, sekian saja pendapat dan cerita hari ini. Kalau member-member di luar sana ada petua macamana nak jaga suara boleh je share di sini. Jangan malu jangan segan yer.