Sunday, April 3, 2011

Gimik Pertama AF9

Betul betul tipah tertipu okeh time tengok Tirai Akademi Fantasia sebentar tadi. Ini la gimik pertama yang dilakukan dalam AF 9 kali ini apabila Aznil mengumumkan Amy Search adalah pengetua baru untuk AF musim ini.

Konon ada spekulasi mengatakan Ahmad Dhani akan menjadi pengetua AF9 tapi malam ini semua teka teki itu telah terjawab. Di awal pengumuman mati-mati saya ingat Ahmad Dhani sebab daripada tutur bicara Aznil banyak menyebut tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Ahmad Dhani dan apabila Amy bangun dan membuka penutup kepala saya masih ingat Ahmad Dhani sebab kepala Amy pun botak seperti Ahmad Dhani.

Sekali bila Amy dah berpusing riuh konsert disambut dengan jeritan gembira oleh penonton-penonton yang hadir. Maunya tak jerit sebab ramai yang jerit Ahmad Dhani sekali yang menjelma Amy Search. Ya saya pun turut gembira dengan pemilihan pengetua yang baru ini. Sekurang-kurangnya pihak Astro masih tahu kehebatan artis-artis Malaysia.

Tahniah kepada Amy dan semoga dengan tunjuk ajar beliau akan melahirkan generasi AF yang bagus dan terbaik. Kepada 12 pelajar AF selamat berjuang dan 'kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi'. 


6 comments:

T'ting said...

sa pun terkejut jg semalam..ok la tu, banyak peminat kan pengetua af kali ni...

Nanak said...

hahaha..sy teda tengok semalam oh..blm ada mood..tgklah mnggu depan..

mummysyafie said...

kalau la betul Ahmad Dhani..macam tak sesuai je. seperti negara kita kekurangan orang berbakat.

hopefully Amy boleh menjadi pengetua yang baik

kay_are said...

bagus r tu.. lagi ske amy jadi pengetua compare ngan dhani dak indon tu.. huu

Halen said...

rata-rata semua peminat AF gembira kan dengan keputusan yang Astro buat AF9 kali ini. Tak tau mcmana klu ahmad dhani jd pengetua mesti mcm ayam ngan itik bercakap.

darkbatman said...

amy search mmg best..