Showing posts with label my lyrics. Show all posts
Showing posts with label my lyrics. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Di Penghujungnya


Bila setiap tutur kata
Yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan
Sayang tiada akhirnya bertengkar
Dalam kecewa

Mungkin perasaan cinta
Yang dulu dibangga
Kini sudah hilang
Sayang janganlah cuba memaksa
Hati yang tawar

Korus
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua muka bertentangan
Suatu penyiksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya

Mungkin perasaan cinta
Yang dulu dibangga
Kini sudah hilang
Sayang janganlah cuba memaksa
Hati yang tawar

Kudoakan mu
Dapat ketemu
Seorang insan
Yang lebih baik dariku

Doakan aku
Dapat ketemu
Cinta yang lain
Untuk menemani hidup

Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedang dua muka bertentangan
Suatu penyiksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya

Wednesday, May 18, 2011

Baik-Baik Sayang



Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Back to Reff:

Wednesday, April 13, 2011

Bila Mizz Nina Berada Di Rumah Saya

Agak-agak korang kalau artis berada di rumah korang apa yg dia akan buat? Lepak-lepak.. Berborak kosong.. Makan-makan.. Atau menyanyi? Saya pun tak tahu sebab belum pernah lagi artis datang rumah saya.

Tapi dalam 2 minggu ini saya rasa macam Mizz Nina berada di rumah saya. Tiap-tiap malam saya dengar dan tengok Mizz Nina menyanyi sambil menari lagu What You Waiting For. Mizz Nina alone without Colby Doris. Dan saya rasa keadaan ini akan berlarutan sehingga hujung bulan April. Kekadang tu saya dan suami juga terpaksa join sama Mizz Nina menyanyi dan menari.

Mizz Nina kah???

Iya.. Sekarang ini anak dara saya sudah jadi Mizz Nina. Siang malam asyik menyanyi lagu itu  sambil berlatih menari. Hujung bulan ini tadika Nasya ada hari keluarga so kanak-kanak ribena ini akan membuat persembahan. Mula-mula dulu saya hairan juga kenapa la dia asyik menyanyi tapi yang disebutnya "tibet".. Dari segi intonasi tu macam saya biasa dengar sekali bila saya pasang lagu What You Waiting For tu baru la dia suka. "Haa.. Lagu Aca la ni".
Dan semenjak itu hari-hari saya kena pasang lagu itu even dalam kereta sekali pun Nasya  nak juga nyanyi dan menari. Mula-mula dulu sepatah haram saya tak faham apa dia sebut tapi sekarang sejak dah berlatih hari-hari sebutan dia dah bagus. English pun dah improve dari bunyi "tibet" dah bertukar jadi "baby". Ada juga la saya dengar dua tiga baris dia nyanyi hehe..

Tak sabar pula nak tunggu hujung bulan ini nak tengok macamana gaya persembahan diaorang. Hari itu ada sekali saya tengok diaorang berlatih ramai-ramai dah macam gaya aerobik pun ada. Tapi ok la saya tengok semua seronok jer.

Tuesday, July 20, 2010

selamat malam..

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Al-kisah di malam hari oleh kerana terlalu mengantuk ini la yang terjadi. Sabar jer la anak dara sorang ni klu dah mengantuk sangat tu atas kerusi pun jadi. Malam tadi memang tido lewat skit dalam jam 11 lebey..

Dah settle semua keje-keje kt luar aku bawa nasya masuk bilik suruh tido. "Mama nak iron baju nasya tido la dulu yer" (dengan nada suara yg lembut bak ibu mithali hahaha). Nasya x nak naik katil dia duk main dengan mainan2 dan patung di atas tikar tu. Aku ni x tengok la dan terus iron baju sampai habis. Skali dah siap tu aku heran kenapa diam je kt belakang aku ni skali tgk.. Ya ampun anak aku yang sorang ni sedang nyenyak berkeruh atas kerusi ni haha. Kesian ada geli hati pun ada aku pun panggil la my laling kt luar. Dia masuk senyum je tgk then trus nak angkat naik atas katil.

Aku ni sebagai ibu mithali apa lagi.. Stop..stop.. jup nak amik gambar hahaha. Bertuah btol la mak sorang ni kan. Dah siap amik gambar baru la my laling angkat nasya tido atas katil then lepas tu aku menyusur. Dengan kelam malam yg sejuk ohhhh syoknya tido dsambul peluk nasya dalam comforter CINDERELLA.. :)