Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Cuti-Cuti Adelaide, South Australia - Part 5

Ini adalah entry terakhir pasal jalan-jalan ke Adelaide. Jangan ada yang termuntah plak yer baca story ini sampai 5 episod hehe.. Dalam entry kali ini cerita tentang aktiviti terakhir sehari sebelum kami berangkat pulang dan seterusnya ketibaan kami di Malaysia.


Pada hari ke 5 adalah hari shopping untuk kali terakhir sementara stok duit masih ada hehe. Di awal pagi kami ke Central Market iaitu satu-satunya pasar terbesar di Adelaide ni. Di sini terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual sehingga rambang mata saya melihatnya. Walaupun namanya pasar tapi kawasan di sini bersih dan bebas daripada bau-bau yang tidak menyenangkan. Sungguh berbeza dengan pasar di Malaysia.


Di sini pun ada jual bahan-bahan mentah dan basah tapi kenapa mereka boleh menjaga kawasan pasar ini dengan baik sekali. Ini adalah gerai yang menjual ayam yang HALAL.



Ini adalah buah Fig. Katanya macam buah tin tetapi ini masih segar dan bersaiz besar.



Sayur-sayuran yang sangat segar.



Memandangkan time kami ke sana adalah public holiday sempena Easter Day maka sana sini bertemakan arnab. Nasya sempat ambil gambar dengan arnab ini di pasar. 

Selain jalan-jalan di Central Market di sini juga kami memborong segala cendehati, t-shirt, key chain dan banyak lagi. Ingat yer kalau datang ke Adelaide nak cari ole-ole sila datang ke sini sebab harganya lebih murah dan boleh tawar menawar.




Semua orang sibuk mencari ole-ole dan Nasya pun sama naik sibuk juga membelek sana sini. Hasilnya Nasya dapat satu key chain kanggaroo dan beg free daripada tokey kedai. Thanxs ya auntie.




Last but not least bergambar kenangan dengan tokey kedai. Bersemangat betul auntie ni bila ajak bergambar hehe.



Dari Central Market kami ke China Town. Di sini kebanyakan peniaga adalah berbangsa Cina. Jarak antara pasar dan kawasan China Town ni dekat je so kami hanya berjalan kaki ke sana.




Bila dah penat bershopping di Central Market tiba masanya kami angkat kaki dan bergerak ke tempat lain pula. Destinasi seterusnya adalah Harbour Town sekali lagi. Hari tu pergi tengok-tengok je dan kunjungan kali ini adalah untuk mencari apa-apa yang ada. Sampai je di harbour Town kami makan tengahari dulu di gerai Asian Fresh. Lapar punya pasal saya dan Nasya makan tengahari sampai 18 dollar bersamaan RM57.96. Huhu gila la padahal makan nasi goreng + ayam + daging + sayur. Sebab tu kalau nak shopping atau makan tak boleh fikir sangat duit Malaysia kalau tak sayang je nak keluar duit. Memandangkan hari terakhir so tak kisah sangat la.

Untuk Nasya saya beli beberapa helai baju dan baju tidur lepas tu dia mengamuk nak Barbie Mermaid pula. Nasib baik murah.. Itu dalam dollar la kalau di Malaysia menangis juga tu nak membeli huhu. Untuk diri sendiri saya belikan baju juga dan beberapa barang lain. Tak lupa juga untuk papa Nasya. Penat bershopping di Harbour Town kami pun balik ke hotel. Rest dulu sebelum menyambung agenda seterusnya.



Petang aktiviti kami adalah berkunjung ke kedai pancing. Hairan mat saleh kat kedai bila tengok kami orang perempuan mencari-cari barang di sana. Kedai di atas adalah kunjungan kami yang pertama tapi barangnya tak banyak seperti di BCF. Di Sportfishing saya sempat belikan sebatang joran untuk my hubby. Kebetulan joran dia patah jadi saya hadiahkan joran baru. Dapat la Shimano Catana satu dari Aussie.



Seterusnya kami ke BCF. Di sini saya mencari beberapa gewang yang di pesan oleh member-member di Malaysia. Nasib baik adik lelaki saya ada dapat juga dia membantu mencari barang-barang yang diperlukan. Sampai kedai nak tutup kami di sana sebab keluar dari hotel pun dah petang. Lepas shopping di kedai pancing kami balik ke hotel semula memandangkan dah Maghrib. 

Malam kami menjamu selera sekali lagi di Uighur iaitu restoran Mongolia. Sebelum balik nak makan puas-puas sebab lepas ni susah dah nak jumpa makanan Mongolia. Malam tu semua kekenyangan sebab makan banyak sangat. Balik hotel aktiviti kemas beg pula sebab besok pagi flight kami jam 9 pagi jadi kami perlu gerak dari hotel jam 6 pagi.

Keesokan hari 24 April 2011 jam 6 pagi kami meninggalkan Walker Arms Hotel iaitu tempat penginapan kami selama seminggu. Sedih pula bila dah terpaksa meninggalkan bumi kanggaroo dan seronok sebab dah nak pulang ke tanahair.




Pagi tu lepas dah check in kami breakfast di Hudsons Coffee. Minum hot chocolate dan tea kemudian makan spinach pie dan muffin. Tekak memang tak selera dah nak makan pie sebab kejap lagi dah nak balik hehe. Nasib baik oder 2 keping je makan share-share itupun tak habis. Masing-masing tak lalu dah asyik makan roti pastry je.




Last gambar kenangan mama dan Nasya di bumi kanggaroo sebelum berangkat pulang. Hopefully one day kami akan menjejakkan kaki lagi ke sini. 



Sunday, May 15, 2011

Cuti-Cuti Adelaide, South Australia - Part 4

Di awal pagi destinasi pertama kami adalah Henley Beach. Ok la pagi-pagi dapat hirup udara segar di tepi pantai. Walaupun matahari panas terik tapi suhu tetap sejuk. Bila angin bertiup bertambah-tambah la rasa sejuk. Patut la orang putih suka berjemur sebab seronok dan best sebenarnya berjemur dalam cuaca sejuk ni hehe.. Jom kita tengok gambar semasa di Henley Beach.




Dari Henley Beach kami ke Cafe De Vili's untuk makan tengahari. Makan tengahari kami sempoi je makan pie sorang sebiji. Saya makan pie rendang. Ok la not bad tapi rendang orang putih mana nak sama dengan rendang orang Melayu kan. Untuk Nasya dan adik saya diaorang makan udang celup tepung + fries.


Firstime jumpa pie rendang di Adelaide.


Bila perut dah kenyang adik saya bawa kami ke pelabuhan Adelaide. Nasib kami baik pada hari itu sebab cruise untuk melihat dolphin buka so boleh la kami bersantai di atas kapal. Untuk naik cruise memang dikenakan tambang tapi saya lupa dah berapa dollar.

Kalau nak tengok harga sila besarkan gambar ini.

Dolphin yang malu untuk menunjukkan dirinya.

Salah satu pemandangan yang cantik sempat saya ambil gambar.

Nasya dan atuk dan nenek. Papa takde atuk la yang dukung Nasya ke hulu ke hilir. 

Bila dah tamat sesi ronda-ronda menaiki cruise kami terus pulang ke hotel. sebelum tu kami sempat singgah di sebuah masjid untuk abah saya bersolat jumaat tapi memandangkan jemaah yang ada tak ramai maka solat di hotel je la. Malam nanti kami akan menghadiri makan malam di rumah tuan rumah sewa adik saya.

Nasya jumpa kawan baru terus masuk bilik ajak main sebab mainan banyak sangat.

Sampai je kami dihidangkan dengan popia dan samosa versi orang Fiji hehe.

Gambar bersama sebelum balik.

Keluarga muslim Mr Faiyaz & Mrs Lisa yang sangat baik dan ramah. 

Malam tu kami sangat kenyang sebab rasa puas sangat dapat makan nasi. Nasya tambah nasi sampai 3x sebab rindu sangat nak makan nasi kot hehe.. Menu sempoi je tapi sedap. Kami dihidangkan dengan kari daging dan ayam versi Fiji yang dimasak oleh Mr Faiyaz. Sedap juga kari Fiji ni sebab tidak terlampau berlemak dan tidak berkuah. Dicampur pula dengan daum ketumbar menambahkan lagi kelaparan kami dan keharuman kari. Satu lagi adalah salad tomato. Terima kasih kepada keluarga Aaliyah diatas undangan makan malam ini. Sorry la gambar kari dan sesi makan malam takde sebab tak sabar dah nak makan nasi sampai terlupa nak ambil gambar hehe..

Wednesday, May 11, 2011

Cuti-Cuti Adelaide, South Australia - Part 3

Hari ke-3, 21 April 2011 adalah aktiviti yang paling best dan ditunggu-tunggu oleh Nasya. Berjumpa dan berkenalan dengan sahabat baru Mr Kanggaroo.. :) Destinasi pertama adalah Cleland Wildlife Park

 Seperti biasa Nasya memulakan aksi.

 Sign board sebelum masuk. Sesiapa yang datang ke Adelaide harus pergi tempat ni tau.

 Pemandangan dan kawasan yang sangat cantik.

 Posing lagi di sign board koala.

 Nasya malu-malu nak menyapa koala.

 Tengok tuuuu.. Peace.

 I love this picture so much.

Kanggaroo albino hehe


 Dah la meminta lepas tu siap pegang tangan lagi tu.

 
Nasya bermesra dengan kanggaroo. Tercapai hajat.

Dari Cleland Wildlife Park kami ke Hahndorf ataupun dikenali perkampungan Jerman. Saya pun tak tahu sejarah kenapa kawasan ini dipanggil perkampungan Jerman tapi saya rasa mesti di sini ramai orang Jerman kan. Di sana kami ke Chocolate @ No. 5 untuk mencuba waffer dan  strawberry dip yang sangat sangat sedap.

Chocolate @ No5

Pelbagai jenis & bentuk coklat.

Mashmallow yang super cute.

Strawberry dip.


See.. Licin tau.

Pemandangan yang cantik susah nak jumpa di Malaysia.

Lepas mengisi tangki di perkampungan Jerman kami ke Beerenberg Strawberry Farm. Sungguh malang time kami pergi strawberry tak dapat dipetik lagi jadi kami ke kedai yang menjual produk-produknya sahaja. Macam-macam ada di sini seperti jem, sos, sos untuk bbq dan lain-lain lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut sila ke link laman web yang disertakan.

Beerenberg Strawberry Farm

Lori membawa jem-jem yang comel.

Pelbagai jenis jem yang diletakkan secara terbuka jika ingin membeli dalam kuantiti yang sedikit.

My abah sedang menilik produk-produk yang ada di sini. Al-maklum la produk-produk di sini bukan made in Malaysia.

Bila dah puas shopping jem-jem dan beberapa macam mak nenek sos kami pun berangkat untuk pulang. Balik melalui highway yang sama juga macam highway di Malaysia. Tapi apa yang boleh dipuji rakyat Australia ni sangat berdisiplin dan mengikut arahan. Susah nak jumpa pemandu yang memandu laju ataupun adegan potong-memotong walaupun berkereta besar. Semua slow and steady je ketika memandu.

Untuk dinner kami ke Sushi Train. Kami 5 orang makan sushi tapi abah saya ke restoran orang Malaysia makan nasi. Kedai kami tak jauh pun so berpecah la abah saya pergi makan nasi dulu.

Jom ikut Nasya ke..

Sushi Train

First time makan Okonomiyaki terus jatuh cinta.

Tempura sushi.

Sekian saja cerita untuk hari ketiga di Adelaide. Nanti kita sambung lagi dengan cerita hari keempat dan seterusnya.