Pagi tadi otw ke pejabat macam biasa la on radio dengar Hotfm. Saya tak pasti apa topik pagi ni tapi yang saya tau pagi ni ada tetamu bernama Cikgu Shida yang akan berjumpa dengan Wak Ag.
Hurmmm.. Dalam fikiran siapa Cikgu Shida ni? Famous ke dia ataupun saya je yang ketinggalan zaman sebab tak kenal dia. Oleh kerana nak kenal Cikgu Shida (katanya yang bertanding dengan Wak Ag) maka saya cari la di Youtube. Owhhh ini rupanya Cikgu Shida..
Ok la cukup 5 video ini saya tayangkan. Kalau nak tengok macam-macam lagi gaya Cikgu Shida korang boleh la cari di Youtube. Tengok gaya Cikgu Shida ni memang ramai yang akan terhibur tapi beginikah contoh yang ditunjukkan oleh seorang cikgu? Saya ulangi yer seorang CIKGU.
Saya tak nak salahkan dia maybe itu cara Cikgu Shida memuaskan hati dia tapi sebagai seorang pendidik dan perempuan rasanya tak wajar dia berkelakuan sebegini. Kalau teringin sangat pun tak perlu sampai masukkan dalam Youtube.
Ini la bila zaman dah terlampau canggih sampai manusia takde rasa malu dan segan nak tayang itu ini. Apa pendapat kalian tentang Cikgu Shida???