Pagi tadi otw ke pejabat macam biasa la on radio dengar Hotfm. Saya tak pasti apa topik pagi ni tapi yang saya tau pagi ni ada tetamu bernama Cikgu Shida yang akan berjumpa dengan Wak Ag.
Hurmmm.. Dalam fikiran siapa Cikgu Shida ni? Famous ke dia ataupun saya je yang ketinggalan zaman sebab tak kenal dia. Oleh kerana nak kenal Cikgu Shida (katanya yang bertanding dengan Wak Ag) maka saya cari la di Youtube. Owhhh ini rupanya Cikgu Shida..
Ok la cukup 5 video ini saya tayangkan. Kalau nak tengok macam-macam lagi gaya Cikgu Shida korang boleh la cari di Youtube. Tengok gaya Cikgu Shida ni memang ramai yang akan terhibur tapi beginikah contoh yang ditunjukkan oleh seorang cikgu? Saya ulangi yer seorang CIKGU.
Saya tak nak salahkan dia maybe itu cara Cikgu Shida memuaskan hati dia tapi sebagai seorang pendidik dan perempuan rasanya tak wajar dia berkelakuan sebegini. Kalau teringin sangat pun tak perlu sampai masukkan dalam Youtube.
Ini la bila zaman dah terlampau canggih sampai manusia takde rasa malu dan segan nak tayang itu ini. Apa pendapat kalian tentang Cikgu Shida???
10 comments:
meluat ngan cikgu shida..pakai tudung tp berjoget2..menyakitkan mata jer..ntah apa yg best sgt x tau ler..maybe salah satu cara dia utk mdptkan jodoh kot..heheee
paling benci tgk vedio no.4 tu...dah tak macam org islam dah...tak betul gak nya dia ni...!
background cikgu shida: cikgu sekolah rendah di perak dan dia adalah cikgu bahasa inggeris dan muzik. no wonder ,dia secergas ini ;).slaloo yg gila2 cam ni..kalau tak cikgu bi ,mesti cikgu muzik.memang pun..dua2 dia ajaq.
dari tahun lepas lagi ,cikgu shida ni mengundang kontroversi.JPN Perak memang masuk campur.tapi lepas siasatan semua, dia dilepaskan dan dibenarkan meneruskan aktiviti kontroversi dia ni.
why?
sebab tak salah .dia cuma berniat utk mwnghiburkan orang. bukan dia buat vid lucah pun. kalau pandang lagi dalam, dia adalah cikgu yang kreatif.bukan semua cikgu yang berani mcm ni. Ana dah tgk video2 pembelajaran yang dia muatkan juga kat Youtube. sangat kreatif memang menarik minat,sebab dia ajar subjek BI
cuma tang part tak senonoh terkinja2 tula yang nampak mencalarkan sikit imej perguruan...yang ni memang diakui.
tapi pada ana, ana suke cikgu macam ni.senang nak get along,tambah lagi kalau ada program kesenian, choral speaking ka ..cikgu macamnila yang nak hempas pulas utk budak2 pun. cikgu lain,mana sanggup.control ayu.termasuk la ana,ana tak sanggup oo ..malu i banyak..haha.
kesimpulannya, saya suke die.heh..pendapat ana ni ,maybe agak bias memandangkan ana cikgu.tapi ,ana memang tabik pd cikgu mcm ni..ramai yg ana kenal,memang sifat ceria+pulun utk budak+kreatif+gila2 mcm ni..kat sekolah,adalah pujaan murid2.;).
to fara:
hehe.. maybe la kot. sambil menyelam sambil minum air.
to kak long:
rasanya cikgu ni terlebey kreatif kot tu yg short semacam je hehe
to diyana:
wahhh panjangnya hujah pembelaan drpd cikgu diyana hahaha.. tp kesian la sebab nila setitik rosak nama profesion cikgu. kami tumpang simpati huhu..
baru tau pasal die ni mase dengar radio semlam.. ingatkan datang nak bagi nasihat kat student ke ape.. rupenye nak nyanyi.. i
Alin..cikgu shida ni femes kat fesbuk..tu yg sampai masuk radio..masuk tv...hehehe,dekat forum pon byk org dok citer pasal dia.
owh ..saya suka cikgu shida..kalu saya jadi student dia saya misti seronok nak masuk kelas dia..mmg sesuai dgn tugas dia sebagai guru sekolah rendah....
guru2 mcm cikgu shida ni buat student tak boring nak belajar...nak belajar ni tokleh nak serius sokmo..busan laa....ngantuk....
yer..hanya kerana cikgu shida buat aksi2 mcm ni..ramai yg kutuk..padahal dia cuma menghiburkan org..she's so sweet....dia bukan berbogel..atau buat aksi tidak senonoh...she's having fun! apa kata kita lihat dari sudut positif...?
you rock la cikgu shida!
owh..nak tambah and nak quote "maybe salah satu cara dia utk mdptkan jodoh kot..heheee"- Puan Fara,
jgn la mengutuk dia hanya kerana dia seorang yg belum berkahwin...hanya kerana anda sudah berkahwin tidak bermakna anda berhak untuk mengutuk org yg belum bertemu jodoh. kita yg sudah berkahwin ni pon belom tentu lagi kita tahu jodoh kita ni sampai bila...
to kr:
lepas keluar radio ni makin glamer la cikgu shida nampaknya.
to janna:
haaa ini dia sorang lg peminat cikgu shida hehe.. skang ni macam-macam pendapat ada tentang cikgu shida ni ada yg suke ada yg tak berapa suka. kita ni boleh tgk je la gelagat dia.
senang cite kalau x suka dia buat apa tengok?
to mrs sabri:
hehe.. betul tu. tp kekadang gelihati jgk tgk gelagat cikgu shiddda ni.
Post a Comment