Thursday, March 3, 2011

Kebaikan Blogwalking..

Malam ini saya terpaksa tidur lewat lagi sebab hati ini masih khusyuk nak blogwalking ke blog member-member. Dua hari saya menyibukkan diri di pejabat sampai takde masa nak blogwalking jadi malam ni saya spend masa sikit untuk blogwalking dan update blog.

Banyak juga blog yang saya lawat malam ni dan macam-macam cerita saya baca. Tak kurang juga ilmu-ilmu yang diperolehi. Bagus sebenarnya blogwalking ni selain dapat cari member baru kita dapat juga belajar apa yang kita tidak tahu. Kalau nak ilmu kena la baca apa yang ditulis jangan sekadar tinggal pesal "salam ziarah" (ini yang selalu saya buat hehe), "blogwalking here" dan macam-macam lagi la.

Sebab tu kita nak kena pandai mengatur ayat macamana nak "grab" pembaca supaya terpikat dengan ayat pertama yang kita tulis. Kalau ayat pertama dia dah suka insya-allah dia akan baca sampai habis. Tapi kalau tajuk pun dah tak menarik orang nak membaca pun macam takde mood. Ini saya katakan daripada pengalaman sendiri dan saya mengaku yang saya ni pun bukannya penulis yang hebat juga. 

Tadi masa blogwalking saya dapat belajar dan faham satu benda iaitu bounce rate. Ini la yang saya suka bila berkunjung ke blog denaihati sebab dia banyak berkongsi ilmu dan tips-tips. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh ke blog denaihati sebab saya nak explain di sini takut tersalah tafsir plak nanti. Dan di blog jiran lama saya Pn Farah saya dapat tips-tips untuk mendeko rumah. Tak sangka bekas jiran saya ni ada bakat juga nak jadi seperti Eric Leong hehe..

Bila ke rumah Janna saya berkenalan pula dengan HannahJohari. Actually tak berkenalan pun lagi tapi saya melawat sambil meninjau2 blog sahabat baru ni. Ini la bagusnya bila kita rajin melawat antara satu sama lain. Banyak lagi sebenarnya yang kita boleh dapat dengan blogwalking ni selain dapat resepi baru, dapat tengok tempat-tempat menarik, dapat tahu gosip-gosip terkini dan macam-macam lagi la.

Banyak lagi blog lain saya terjah malam ni tapi tak sempat nak review semua sebab nak tidur dah ni. Kang duk layan menulis blog tak sedar dah pagi pula. Mana tau next time saya review pasal blog korang pula kan. 
So kita jumpa lagi next entry ya. Selamat malam semua!!!


5 comments:

Janna Wan Muhammad said...

blogwalking here.....hik hik hik.....!

Halen said...

iyer.. walking la smp penat.. :p

Kujie said...

Blogging sebenarnya bagus....kita keluar dari bawah tempurung yg dok cekup kita tu...tapi bergantung pula dengan diri sendiri

apa yang kita cari, kita tapis - ambil yang positif. Kalau nak cari yang buruk yang negatif memang boleh create banyak sebab....tapi utk hidup lebih sedap...kenalah serap apa yg baik saja utk diri sendiri.

perhhh...pertama kali komen dah membebel kat blog orang...

Nanak said...

sypun suka blogwalking..kadang2 blog sendiri tak update sbb sibuk blogwalking :)

Halen said...

to kujie:
waaa thanxs kak jie sudi tinggalkan komen di sini.. :) wpun pjg x kisah janji ada isi penting yg nak disampaikan.

to nanak:
hehe.. lepas ni bila dah blogwalking kena sibukkan diri menulis di blog la pula kan.