Hari ini 8 Mac 2011 merupakan hari wanita sedunia. Saya tak tahu pun kebetulan je dengar di Hot.fm tadi. Macam-macam kisah dengar pasal wanita ni terharu ada bangga pun ada.
Kepada semua wanita di dunia ini saya ucapkan Selamat Hari Wanita yang ke-10 pada hari ini. Semoga kita semua akan lebih tabah menjadi wanita yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bukan senang nak menjadi seorang wanita yang hebat tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kita boleh je menjadi wanita yang hebat di rumah, di tempat kerja, di kalangan kawan-kawan ataupun di mata dunia.
Bila tengok ramai wanita yang hebat di luar sana saya turut tumpang gembira. Tapi macamana saya nak menjadi hebat seperti mereka??? Saya bukan lah sesiapa yang untuk dibanggakan saya adalah diri saya yang serba kekurangan.
Menyebut pasal wanita hebat saya tidak akan lupakan seumur hidup saya jasa dan tunjuk ajar dua orang cikgu saya time sekolah dulu. Kerana mereka lah saya berjaya dalam SPM dengan jayanya. Terima kasih buat mentor saya Pn Azian yang banyak membantu saya dalam pelajaran Matematik sehingga saya berjaya dengan cemerlang. Form 4 dulu saya pindah ke sekolah baru dan terikut dengan kawan-kawan yang kurang nak belajar dan saya pun jadi sambil lewa je time tu. Time exam pun setakat lulus je subjek Matematik ni tapi bila saya dah masuk form 5 dan terpilih masuk kelas budak-budak bijak pandai (time tu bangga kejap haha) minat belajar tu datang dengan sendirinya. Dengan usaha beliau la saya berjaya dapat A1 dalam subjek Matematik. Terharu giler time tu sebab saya boleh berjaya macam kawan-kawan yang lain.
Teacher English saya pun sama juga dari saya tak pandai English dia ajar sehingga saya pandai la sikit-sikit sebab saya ni memang tak minat English time sekolah dulu hehe.. Kalau saya minat tentu saya dah terror kan dan boleh pergi belajar oversea hehe (berangan je la). Apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga buat cikgu-cikgu yang saya sayangi.
Tak lupa juga wanita yang hebat dalam diri saya iaitu emak saya sendiri Pn Halijah Desa. Emak saya ni memang rajin giler bekerja. Tak hairan la sekarang ni beliau berada pada tahap yang membanggakan. Sebagai anak saya amat berbangga dengan emak saya sebab emak bekerja sebagai staffnurse biasa je dulu dan sekarang hasil gigih emak dah terbalas. Bukan nak riak atau menunjuk tapi itulah salah satu perkara yang membanggakan saya sebagai anak. Tak kisah apa orang cakap apa orang buat yang penting kerja dan terus bekerja. Tapi sayang anak dia ni tak segigih emak hehe..
Insya-allah akan saya lakukan sesuatu supaya suatu hari nanti anak saya pula akan berbangga dengan saya. Biar Nasya cakap "walaupun mama saya garang tapi mama saya hebat" haha.. Serius.. Emak saya memang tegas dan garang sikit time saya kecil dulu. Time sekolah rendah kedatangan saya sentiasa full sebab mak memang titik beratkan pasal belajar. Kalau setakat demam sikit-sikit tu tetap kena pergi sekolah. Hebatkan mak saya.. Saya tau la sekarang kenapa dia garang sebab dia nak kami berjaya.. I love u mum!!!
6 comments:
selamat hari wanita..jadilah wanita yg terbaik utk seorang lelaki...:-)
to JMR:
amin.. hopefully dpt menjadi wanita yg hebat di mata suami. tp sekarang ni mcm x cukup hebat lagi hehe
selamat hari wanita juga diucapkan kepada tuan nye blog ni =)
ya terima kasih.. :)
oo eh.baru tau hari wanita dah lps eh..selamat hari wanita..;)
oo..garang eh..hihi
x tau ke mama nasya ni garang hehe.. :p
Post a Comment