Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

2012

Salam 1 Malaysia,

Tak sangka pejam celik dah pun tahun 2012. Begitu lama sekali saya meninggalkan blog ni tanpa cerita terbaru huhu.. Apa-apa pun selamat tahun 2012 kepada semua semoga apa yang diazamkan pada tahun ini akan tercapai. 

Untuk tahun 2012 ni macam-macam hal yang dirancang tapi tak tahu la nanti boleh dilaksanakan atau tidak. Hopefully semuanya dipermudahkan dan diizinkan. Untuk tahun 2012 ni my little princes Nasya masih meneruskan persekolah di Tadika Permai Ria cuma waktunya sampai tengahari sahaja. Petang saya hantar ke taska politeknik tempat mula-mula dia dihantar dulu. So far setakat ni takde masalah tiap-tiap hari dia enjoy ke sekolah.


Saya masih macam sebelum ni juga masih bekerja makan gaji cuma perubahan tahun ni saya dapat bos baru. So far alhamdulillah bos baru ni saya seronok bekerja walaupun ramai yang takut sebab dia mementingkan disiplin dan protokol. Walaupun dia tegas dan tapi saya suka dan mudah bekerja dengan dia. Semangat nak bekerja saya rasa lebih bagus daripada sebelum ni. 

Study pula saya masih meneruskan pengajian dan telah tamat semester 1 dengan keputusan yang menggembirakan. Syukur alhamdulillah apa yang dipelajari dan dikorbankan membuahkan hasil yang diharapkan. Tapi sekarang ini tengah ada masalah pula tentang pengiktirafan tempat kami belajar. Hopefully semuanya akan selesai dan kami dapat sambung semester 2 pada hujung bulan 1 ni.

Ok la itu saja untuk kali ini. Semoga tahun 2012 ni akan memberikan saya lebih banyak idea dan kerajinan untuk mengupdate blog ini hihi.. Daaaa..

Monday, October 17, 2011

TSOMJ Masih Wujud

Owhhh saya hampir terlupa dengan kewujudan blog ini.. Lama betul saya tak update cerita di blog ni kan. Dulu jarang-jarang saya update sebab penyakit malas lepas tu boleh plak saya terlupa hehe.

Iyer la.. Sejak sambung belajar ni asyik sibuk menaip assignment je sampai lupa nak menaip di blog. Rasanya memang banyak la cerita-cerita terbaru yang sudah berlalu. Buat masa ni saya masih lagi bz study untuk menghadapi final exam bulan 11 nanti. Assignment semua dah beres sekarang ni time ulangkaji la pula.

Sedar tak sedar dah nak habis satu semster. Orang yang mengandung pun dah selamat bersalin hehe.. Insya-allah ada kelapangan nanti saya update lagi cerita terbaru. Sekarang saya nak jalan-jalan umah member yang dah lama saya tak lawati.

Thursday, August 4, 2011

Almond London Please!!!

So touching.. Bila ada customer lama yang masih bertanyakan my homemade Almond London. Bukan setakat customer dari KK tapi dari KL juga.. (^^) Ramadhan kali ni cukup 2 tahun saya memberehatkan diri daripada membuat tempahan almond london.

Biasanya setiap kali puasa mesti saya sibuk dengan butter, tepung gandum, gula dan lain-lain bahan lagi untuk menyiapkan tempahan almond london. Sampai tak cukup tangan dan masa nak buat sebab time bulan puasa ni la income lebih sikit.

Tapi untuk tahun ini berbeza sikit sebab saya terpaksa bertungkus lumus menyiapkan assignment-assignment yang perlu dihantar. Dua keadaan dan situasi yang amat berbeza. Sekali sekala datang juga perasaan rindu nak menguli tepung dan memukul butter hehe..

Kepada pelanggan yang pernah berurusan dengan saya terima kasih saya ucapkan sebab kalian pernah memberikan saya satu pengalaman yang seronok ketika menyiapkan kek-kek dan biskut. Walaupun sekadar part-time tapi saya tetap dapat rasa penat lelah menjadi pengusaha kek dan biskut. Tempahan paling banyak apabila saya terpaksa menyiapkan 1500 biji almond london. Memang bersengkang mata mengadap almond london je time tu.

Walaupun saya minat buat almond london tapi sebenarnya saya tak berapa gemar makan biskut raya melainkan biskut yang saya rasa tu betul-betul sedap. Tak gemar tak bermakna saya takde biskut kegemaran tau. Kalau raya biskut pilihan saya untuk dicuba dulu ialah biskut makmur.

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya Mengaummmm!!!!


Aummmm!!! Tak sabar nak tunggu Harimau Malaya mengaum malam ni. Saya pun tak sedar sejak bila saya fanatik dengan bola sepak tapi seingat saya maybe sejak kebangkitan skuad kebangsaan. Pemain-pemain yang nak beraksi saya pula yang rasa gemuruh dan berdebar-debar hehe..

Kepada skuad Harimau Malaysia selamat maju jaya untuk pertempuran malam ini. Daripada sokongan dan semangat yang ada daripada rakyat Malaysia saya yakin kita mampu menundukkan sang singa malam ini. Apa-apa kita semua doakan yang terbaik semoga kejayaan akan menjadi milik kita untuk beraksi ke peringkat seterusnya.

Monday, July 25, 2011

Kembali Sendiri

Last week teman-teman sekerja yang sama aras dengan saya telah berpindah ke tingkat bawah Alahai.. memang saya sedih sangat-sangat sebab saya terbayangkan hari-hari saya akan kembali sunyi bila semua dah turun bawah. Sekarang ni tinggal la saya seorang di tingkat atas huhu..

Ada yang memerli sinis "Alaa.. Pindah ke bawah je bukan ke mana pun buat apa nak sedih nangis2".

Diaorang boleh la cakap macam tu sebab tempat kerja diaorang memang sentiasa ramai orang dan ada teman sekeliling. Tapi bagi saya lain sebab mula-mula saya kerja di sini memang saya takde teman-teman sekerja untuk satu group. Tapi bila teman-teman dari Bahagian Kawalan Industri datang menumpang di sini saya rasa hari-hari saya seronok dan ceria.

Mana tak seronok mana saya tak sedih bila diaorang turun bawah sebab pagi-pagi kami breakfast sama-sama. Berkongsi makanan pagi sampai ke petang. Dengan diaorang la kami berkampung makan rojak buah makan tengahari minum petang. Uhhh.. Saya sangat rindukan saat2 camtu. Ada sorang staf ni siap ajar saya menjahit baju kurung lagi hehe.. Itu la kenangan kami yang tak akan berulang lagi.

Tapi pagi tadi diaorang datang juga naik atas sarapan pagi sama-sama. Baik lelaki baik perempuan ada juga yang menyinggah rasa seronok juga. Lepas ni saya la yang kena rajin turun bawah untuk menghilangkan kesunyian.

Thursday, July 14, 2011

Ohhh!!! OrenJus yer..

Jangan ada yang terfikir saya mengidam nak minum oren jus yer. Entry ini tiada kena mengena langsung dengan jus oren dan minuman-minuman lain.

Al-kisahnya Sabtu yang lalu sedang saya bersarapan di Restoran Keningau saya telah ditegur oleh OrenJus. Owhhh.. Tak sangka ada juga blogger yang sudi tegur saya di dunia realiti. Sepatutnya pagi tu game badminton start jam 8 pagi tapi tau je la janji melayu jam 8 tu seorang pun belum ada di dewan jadi my hubby ajak kami bersarapan dulu.

OrenJus @ Jiejah @ Faizah bersama pasangan duduk belakang my hubby jadi saya boleh nampak direct mereka berdua. Mula-mula saya perasan juga kenapa lelaki meja belakang tu duk tengok meja kami tapi saya tak nak la perasan sendiri jadi saya fikir mesti mereka tengok orang lain di belakang saya hehe..

Saya dan my hubby makan macam biasa la tiba-tiba perempuan yang duduk di meja belakang tu datang menghampiri meja kami sambil bagi salam. My hubby ingat diaorg nak jual barang hehe.. Jiejah pun perkenalkan diri tapi saya dengar tak berapa jelas sebab yang saya dengar perkataan BLOK. Owhhh.. Pada fikiran saya mesti jiran baru tinggal satu blok di poli la ni. Saya pun tanya la dia tinggal blok mana tingkat berapa. Adehhh.. Malunya bila dia cakap bukan dia sebenarnya follower blog saya. Hehehe ketawa juga la sebab silap pendengaran tadi.

Haihhh.. Tak sangka rupanya ada juga blogger yang kenal saya tetiba rasa fofular plak haha.. My hubby tak abih-abih perli saya dalam kereta konon saya ni blogger fofular. Takde maknanya nak fofular nyah.. Blog pun jarang update nak fofular apanya.

Apa-apa pun thanxs to Faizah sebab sudi tegur saya tempoh hari. Act time tu saya masih dalam keadaan terkejut sebenarnya sebab tak pernah ada blogger tegur tiba-tiba macam tu. Kalau berjumpa secara planning lain la sebab kita memang dah tau. Next time kalau datang Kota Kinabalu lagi jangan segan-segan nak tegur lagi yer... (^^) Gambar pun tak sempat nak ambil time jumpa hari tu kan.

Tuesday, July 12, 2011

Saya Takut

Sekarang saya takut dan risau sangat dengan keadaan huru hara yang melanda Malaysia. Walaupun masih boleh dikawal saya khuatir suatu hari nanti sesuatu yang tidak baik akan dialami oleh Malaysia.

Buka akhbar buka internet semua bercerita tentang ******. Ya Allah.. Kenapa la rakyat Malaysia sekarang ni makin ramai yang semakin bodoh akal fikirannya. Elok-elok negara dah aman saja nak buat kacau bilau walaupun dengan alasan domonstrasi secara aman. Memang lah aman tapi kalau yang berhimpun tu beribu lemon beribu otak yang ada mesti akan ada juga keburukannya. Saya bukan nak sokong mana-mana pihak tapi saya bersuara sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Mereka-mereka yang berjuang untuk menuntut ******* ni tak terfikir ke akibat yang akan mereka alami nanti bukan setakat menyusahkan diri sendiri tapi menyusahkan anak bini, keluarga dan orang-orang yang tidak terlibat.

Saya berdoa dan berharap sangat Malaysia akan kembali aman macam zaman saya kecil-kecil dulu. Kalau anda rasa tak berpuas hati dengan kerajaan ke pembangkang ke tak perlu la nak kecoh-kecoh bagai. Bersih ke tidak kerja diaorang tu jahat ke tidak orang tu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu dan biarlah Tuhan sahaja yang menghukum mereka. Kita sebagai manusia ni teruskan kehidupan sebaik mungkin.

Kita nak tengok ke Malaysia jadi macam negara-negara bertelagah yang lain? Kita suka ke tengok banyak bangunan-bangunan di negara kita musnah? Kita sanggup ke tengok darah daging kita MATI kerana benda-benda macam ni? Fikir-fikirkan lah wahai manusia. Tak kira la kita ni berpangkat besar ke berkot tebal ke berjubah labuh ke berpakaian seragam ke hakikatnya kita tetap sama. Kalau kita berbuat baik Insya-Allah baik la yang kita dapat.

Sunday, July 10, 2011

Juri Jemputan MySuperKids

Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Mommy Lyna kerana sudi menjemput saya untuk menjadi juri jemputan bagi cabaran untuk memenangi iPad. Fuhhh.. Bukan calang-calang hadiah yang ditawarkan iPad tau.

FYI saya pun pernah join contest untuk memenangi iPad2 ni tapi alih-alih saya dijemput menjadi juri pula. Ok la tu bukan senang orang nak jemput kita jadi juri kan. Kalau nak tengok entry yang saya pernah join tu boleh selak balik di entry ini.

Untuk cabaran kali ini saya dijemput untuk menjadi juri bagi Kumpulan H. Saya diminta untuk review dan bagi komen untuk entry yang telah dibuat oleh para peserta. I'll try my best yer Mommy Lyna.

Monday, June 20, 2011

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian (BPM[Hons])


Tahniah untuk diri saya kerana tak lama lagi saya akan menjadi penuntut sebuah universiti secara separuh masa dan jarak jauh. Dulu time muda tak dapat nak masuk U sekarang ni dah tua sikit dah anak sorang baru berkesempatan nak ambil ijazah.

Sebelum ni dah pernah dapat offer Uitm tapi saya tolak sebab time tu baru je kahwin kewangan pun tak stabil lagi. Jadi sekarang ni memandangkan kewangan dah agak stabil, kelapangan masa yang ada dan anak pun dah besar boleh la saya mengisi masa lapang di pejabat dan rumah dengan menuntut ilmu.

Syukur alhamdulillah akhirnya cita-cita saya nak jadi bakal pemegang ijazah akan tercapai walaupun masanya jauh lagi. Moga-moga segalanya akan dipermudahkan sehingga ke titik terakhir. Apa yang saya harapkan adalah sokongan suami, anak, keluarga dan kawan-kawan supaya saya dapat menamatkan pengajian ini.

29 Julai 2011 saya akan mendaftar sebagai pelajar UUM di kampus Kota Kinabalu. Dan selepas itu bermulalah perjalanan saya sebagai pelajar separuh masa jeng.. jeng.. jeng.. Macamana situasi belajar sambil bekerja, menjadi isteri, ibu dan pelajar??? Saya pun tak tahu lagi macamana pengalamannya. Apa-apa pun saya yakin "I can do it" insya-Allah.

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day


Hari ini 19 Jun 2011 adalah Hari Bapa Sedunia. Jadi saya ingin mengucapkan Happy Father's Day kepada abah saya yang berada di Kemaman. Terima kasih kerana menjaga saya dari saya kecil sehingga saya besar. Segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan memang sangat-sangat berharga. Semoga abah akan dilindungi dan dirahmati Tuhan selalu.


Kepada my hubby Happy Father's juga daripada mama dan Nasya. Walau apa pun kelebihan dan kekurangan dalam diri papa tetap papa yang hebat. Teruskan menjadi papa yang hebat sampai bila-bila. Sama-sama la kita berusaha supaya papa akan menjadi papa yang hebat untuk Nasya dan ANAK-ANAK kita hehe..

Kepada semua bapa-bapa di luar sana Selamat Hari Bapa untuk kalian.

Tuesday, June 14, 2011

Bila Menantu Jumpa Mak Mertua

Kelmarin mak dan bapa mertua saya dah selamat pulang daripada Penang setelah seminggu berada di rumah anak bongsunya, menantu dan cucu-cucunya. Banyak ole-ole yang mama bawa balik dan yang paling banyak dibawa balik adalah kegembiraan berada di sana.. :)

Ok la bukan selalu diaorang dapat bersua muka. Sekali jumpa dah bertiga, dua kali jumpa nak masuk empat, tiga kali jumpa dah berempat. Kali ni tak tau jumpa kali keberapa dan dah nak masuk lima. Sungguh aktif dan produktif ipar-ipar dan biras-birasku hehe.

Petang kelmarin balik kerja mak dan bapa mertua dah berada di rumah saya. Tapi mood saya tak berapa nak baik bukan sebab mereka tapi sebab sehari sebelum tu saya dah main tarik rambut dengan my hubby. Huhu.. Makan dalam juga tu dan saya nekad takmo tegur dia.

Semalam on da way ke rumah kakak ipar kebetulan saya naik kereta bertiga je tanpa my hubby so apa lagi saya mengadu la dengan mak mertua. Nasib baik mak mertua saya ni sporting dia nasihat la suruh saya sabar dan bagi tips sikit  jadi saya rasa lega. Mau meroyan juga tu kalau makan hati sorang-sorang. Tak sangka rupa-rupanya menantu di sana pun mengadu juga bila jumpa mak mertua ingatkan menantu-manantu di sini je hehe.

Alhamdulillah.. Hati yang panas last-last rasa sejuk juga bila dah berkumpul ramai-ramai. Dua-dua yang ego tak nak bertegur akhirnya tewas juga dalam kegembiraan walaupun ada juga aksi control macho masing-masing tak nak mengalah. Dan akhirnya tiba la time kami pulang ke rumah. Last-last hati yang sakit rasa macam nak terjun lombong pulih. Dan yang paling best bila dengar perkataan I'm sorry.. Membantu juga rupanya bila saya mengadu dengan mak mertua pasal anak lelaki dia yang taksub dengan ikan ni.

Dan pagi tadi dia tanya saya "Bila nak pergi Celcom?". Terus hati ni rasa berbunga-bunga cinta ekeke.. Poyo jer kan.

Wednesday, June 8, 2011

Bila Dah Masak..

Kalau saya tak masak husband tanya kenapa tak masak? Kalau betul time tu saya penat atau tak larat memang saya ajak makan luar je. Tapi kalau kemalasan yang melanda ada je alasan nak bagi. Itu al-kisah kalau saya tak masak.

Tapi bila kita dah penat-penat masak bila time makan terpaksa makan berdua je dengan anak memang agak menggeramkan. Sebabnya encik suami sibuk nak pergi melepak di kedai jumpa member. Kalau jumpa member sebab kerja tak la saya nak angin tapi kalau nak borak-borak kosong lepas tu mula la rancang trip sana sini memang terasa juga tu.

Makan berdua faham-faham je la memang saya tak makan banyak paling-paling pun 3 4 suap lepas tu suap Nasya je. Mula la lauk tak habis lepas tu dilonggok dalam peti ais. Ishkkkk.. Buat jiwa kacau betul kalau terpaksa berhadapan kes macam ni. Hati yang berbunga nak masak dengan ikhlas terus jadi bunga yang layu.

Orang yang tak merasa senang la cakap "Alaaa biar je dah dia minat memancing drpd dia pancing benda lain". Tapi kalau selalu macam tu camno tu. Hanya isteri kepada kaki pancing je yang tau situasi bila suami jatuh cinta dengan hobi ini. Saya sebaik mungkin support hobi dia tapi kekadang tu hati ni kalau terasa susah juga nak selindung. Nama pun pompuan..

Tuesday, June 7, 2011

Disebalik 46

Mesti korang tertanya-tanya kan nombor apa la yang saya maksudkan. Nombor itu adalah tarikh lahir saya pada 4 Jun yang lalu. Pada tarikh dan hari yang bermakna itu saya tak sempat untuk update tentang ulangtahun kelahiran saya sebab pada hari tersebut saya bercuti dan tempat yang saya pergi tu takde internet. Memang agak hampa juga tapi nak buat macamana kan.

Walaupun sudah agak lewat beberapa hari pada entry kali ini saya tetap ingin mengucapkan Happy Birthday To Me. Tak disangka cepat betul masa berlalu dan tahun ini genap la umur saya 28 tahun. Still young haha.. Apa-apa pun thanxs kepada family, rakan-rakan dan semua sekali yang telah memberi ucapan. Semoga doa-doa kalian semua dimakbulkan Tuhan.



Seperti biasa sempena meningkatnya umur ni memang banyak doa dan harapan yang diharapkan akan tercapai pada tahun ini dan juga tahun-tahun seterusnya. Biarlah semuanya menjadi rahsia sebab kalau tulis pun nanti sedih pula sebab asyik-asyik tulis harapan yang sama je hehe. Usaha akan diteruskan semoga harapan yang satu itu akan termakbul suatu hari nanti. Yang penting sekarang ini kehidupan harus diteruskan dengan suami dan anak yang tercinta. Susah senang suka duka akan saya harungi bersama mereka sampai bila-bila. Segala rezeki dan apa yang saya ada sekarang ini saya bersyukur sangat-sangat dan berharap rezeki keluarga kami akan dimurahkan selalu.

Setakat entry ini ditulis saya belum lagi menerima hadiah harijadi saya pada tahun ini. Tidak juga meminta tapi berharap juga hahaha.. Memang ada hadiah yang saya harapkan pada tahun ini tapi bukan sekarang untuk saya dapatkanya. Saya harus bersabar dan menunggu supaya impian itu akan menjadi kenyataan. Survey telah dibuat tunggu masa dan ketika je untuk sampai ke tangan ini insya-Allah. Kepada my hubby thanxs bawa kami bercuti pada 4 Jun yang lalu. Stay one night di Beringgis Beach Resort.

Birthday mama tapi yang penuh excited adalah Nasya sebab tak sabar nak terjun pool. Okla la bila Nasya pun seronok dan tempat pun selesa cuma.. Cuma semasa percutian itu saya pula jatuh sakit. Saya pun tak tahu kenapa tapi sehingga ke hari ini kaki saya masih sakit. Maybe sebab terlampau berendam kot ataupun sebab lain. Memang saya agak pelik sakit kali ini sebab bahagian yang sakit hanya bahagian tangan dan kaki sahaja. Sakit datang menyerang kadang-kadang dan tempat yang berbeza. Sampai satu masa saya rasa kaki ini sakit sangat ada rasa seram sejuk satu badan lepas tu kaki rasa lenguh dan kebas seperti selepas kayuh basikal. Bila dah rasa kebas tu kaki saya akan berdenyut-denyut untuk tempoh yang agak lama. 

Dulu saya takde masalah panjat tangga jabatan tapi sekarang ini bila naik tangga kaki saya akan lenguh semacam. Berjalan pun tak boleh lama tangan pun sama cepat rasa lenguh dan kebas. Apa la nasib saya dihari bahagia tak sihat badan pula. Saya harap kesihatan saya akan bertambah baik selepas ini dan dijauhkan daripada penyakit-penyakit. Amin..

Thursday, May 26, 2011

Malam Pertama

Malam ini adalah malam pertama saya di Langkawi setelah bertahun lamanya saya tak menjejakkan kaki ke sini. Bila dah duduk berjauhan dengan family ni rasa rindu pula dengan Nasya dan papa.

Flight saya dari Kota Kinabalu semalam delay sepatutnya jam 3.30 petang tapi pukul 4 lebih baru saya bertolak dari KK. Sampai KLIA ambil beg semua dalam pukul 7 lebih juga la. Saya naik KLIA ekspress menuju ke KL Sentral dan di sana adik saya dah sedia menunggu. Saya ditugaskan untuk memandu pulang ke rumah sebab adik saya dah penat memandu dari tempat kerja dia.

Jadi malam semalam saya stay di rumah makcik saya di Kepong. Hari ini 26hb baru saya bertolak ke Langkawi. Mula-mula saya plan nak gerak pagi ni dari KK tapi semua flight penuh jadi saya terpaksa bertolak sehari awal. Itu pun nasib baik ada satu seat lagi petang kelmarin.

Saya sampai  di Langkawi lebih kurang 3.30 petang dan keluar je balai ketibaan sudah ada kereta yang menunggu. Nasib baik ada pejabat laut cawangan Langkawi jadi saya minta driver di sini datang jemput untuk hantar saya ke hotel.

Sampai hotel saya terus check-in tapi teman sebilik saya takde dia keluar. Saya lapar tapi takde teman nak ajak makan so saya lepak di bilik je. Mandi lepas tu rest sambil makan biskut Famous Amos.

Akak yang sebilik dengan saya ni dari UTM Skudai. Agak berumur juga la sebaya mak saya mungkin. Akak ini baik senang nak ajak berbual. So far saya takde masalah sebilik dengan dia.

Saya ada kenal juga seorang lagi peserta kursus di sini umur 50-an juga la tapi alamak tak macam nenek-nenek pula. Agak pening dan janggal juga bila bersama sebab akak yang sorang ni smoking dan yang paling tak sangka PA dari Sabah juga. Rupa-rupanya ramai PA yang dari Sabah datang kursus di sini. Ok stop pasal akak tu biar la dia dengan kehidupan dia.

Ok la sekarang pun dah jam 11 malam saya nak tidur dah. Akak sebelah ni dah nyenyak dah dibuai mimpi. Besok saya dan start berkursus di sini. To Nasya and papa I miss both of you so so so much.. Nasya makan ubat yer supaya tonsil tu cepat baik. Mama takde ni jangan sakit-sakit lagi.

Tuesday, May 24, 2011

Hari Ini

Setelah beberapa hari blog ini menyepi akhirnya HARI INI saya melapangkan dada untuk update blog. Last week agak sibuk walaupun tidak lah sibuk tahap gaban. Mood untuk berblog pun agak kurang jadi kesempatan untuk berkongsi entry terbaru pun takde.

Untuk last week badan saya agak penat kerana terpaksa berjuang menentang musuh bola tampar. Iyer... Last week sibuk dengan aktiviti bola tampar dan juga perlawanan persahabatan dengan jabatan lain. Minggu ini sepatutnya ada juga tapi terpaksa ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kebetulan pula minggu ini jabatan saya ketiadaan beberapa tonggak utama kerana menghadiri kursus.

Jika tidak ada halangan besok petang saya pun akan berangkat ke KL untuk menghadiri kursus di Langkawi. Wahhhh jauhkan perjalanan saya kali ni sehingga nun di utara semenanjung. Dan pada 26hb saya akan terbang ke Langkawi pula. Kursus 26 - 29 Mei 2011 jadi sepanjang 4 hari itu saya akan tinggal di Bayview Hotel. Nasya dan papa dia terpaksa la ditinggalkan sekejap. Plan asal nak bawa Nasya sampai ke KL tapi memandangkan tiket yang agak mahal sehingga hampir mencecah 1K maka hajat itu terpaksa dilupakan. Takpe.. Balik raya nanti kita jalan-jalan pergi Langkawi sekarang ni biar mama pergi survey tempat menarik dulu.

Tujuan asal ke sana sebab kursus tapi dalam kepala ni memang tak dapat lari daripada memikirkan pinggan mangkuk, coklat atau nama bestnya shopping. Dah la gaji dah masuk ishkk ishkkk... Bahaya ni hehe.

Tuesday, May 3, 2011

Keputusan Contest "Saya Holiday Anda Dapat Hadiah"


Setelah sekian lama blog ini menyepi daripada sebarang cerita hari ini saya memulakan cerita dengan mengumumkan pemenang bagi contest yang telah dianjurkan sebelum ini. Terdapat 5 peserta yang telah memberikan jawapan yang tepat dan pemenang yang bertuah kerana menjawab dengan pantas adalah:


Memandangkan tiada pemenang bagi hadiah nombor bertuah maka dengan ini saya umumkan 
terhadiah satu lagi hadiah tambahan untuk contest ini. Antara 4 peserta yang memberikan jawapan yang betul salah seorang daripada mereka telah terpilih untuk menerima hadiah kedua. Pemenang kedua yang bertuah ialah:




Untuk contest kali ini pemenang akan menerima seekor beruang koala yang comel, key chain, jem strawberry dan madu dari Australia. Sekali lagi tahniah kepada pemenang. Kepada yang tidak berjaya sila cuba lagi di lain waktu.

Wednesday, April 27, 2011

Update Terbaru

Terima kasih kepada teman blogger yang masih merindui hasil tulisan saya di sini. Ada juga beberapa member tak sabar meminta saya update blog tentang percutian minggu lalu hehe.. Memang saya nak update tetapi dua hari ini kekangan masa menyebabkan saya tidak sempat untuk mengupdate blog.

Cerita tentang percutian semestinya panjang berjela memandangkan saya bercuti hampir 1 minggu. Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan cuba siapkan entry-entry menarik tentang percutian kali ini dan tidak lupa keputusan contest yang telah saya anjurkan.

Kepada semua harap bersabar yer.. :)

Tuesday, April 12, 2011

Blogging Sambil Cuci Baju

Iyer.. Sewaktu menghupdate blog ini memang saya tengah cuci baju. Tapi bukan secara manual yer cuci dengan mesin basuh laa. Boleh pula saya lupa nak cuci baju tadi haihhh..

Tak boleh tunggu besok ke? Alaaa.. Alasan nak tidur lewat la tu sebab nak online. Ishkkk.. Takde la serius saya memang kena cuci baju itu malam ini juga sebab baju itu hendak dipakai besok pagi. Dan sebab itu la pada jam 12.30 tengahmalam ini saya masih berjaga sebab nak tunggu baju tu siap dicuci dan terus dijemur.

Kalau ikut mata lama dah saya join my hubby ngan Nasya tidur tapi baju sekolah punya pasal saya kena berjaga. Jam 11 tadi tengah duk lali nak tidur tiba-tiba teringat baju sekolah Nasya tak basuh lagi dah tu cepat-cepat la bangun isi softener + sabun semua dan tekan. Nasib baik baju dah memang berada dalam mesin basuh.

Sekarang kain tu tengah spin jupgi siap la kot tu. Ok la malam-malam ni tak boleh buat entry panjang-panjang kang melalut ntah apa-apa je. Sementara minit-minit terakhir ni boleh la blogwalking mana-mana blog yang ada. Selamat malam semua..

Monday, April 11, 2011

Maaf.. Lupus Sudah!!!

Sorry.. Sorry.. Tajuk entry tersama pula dengan soalan contest yang dibuat oleh Mr Ben untuk GEGAR 1000 BLOG PUSINGAN 10 : ROUND 1. Serius saya tidak bersekongkol dengan beliau untuk contest itu dan saya tidak tahu apakah jawapan kepada soalan beliau.

Tajuk ini bersempena dengan no bertuah yang saya anjurkan di sebelah kanan tu. Agaknya ada yang tak perasan kot dengan nombor bertuah 3333. Tengahari tadi time saya masuk no tu 3331 jadi saya keluar la balik untuk beberapa jam supaya ada yang boleh menang. Tapi nampakya memang tidak ada blogger yang bertuah untuk no itu. Jadi saya up lagi nombor yang lain yer supaya ada pemenang baru. Saya memang dah niat nak sedekah ole-ole dari obersea so selagi takde pemenang selagi tu saya akan up up dan up nombor.

Kepada blogger yang join contest Mr Ben sorry yer kalau tajuk entry saya ni buat kalian fikir ini adalah jawapannya hehe.. Tapi macam betul jugak kan, klu tengok pada soalan tu apa yang sudah lupus? Adakah nombor yang sudah lupus? "Lupus Sudah.." Biasanya orang Sabah je yang cakap camni hehe. Sory yer Mr Ben saya tidak berniat. Kang ada kena sound dengan blogger fofuler dan berbadan ketak ni.

Saturday, April 9, 2011

Monyet Sotong dan Zebra


Haaa cantikkan 2 ekor monyet ni bertenggek. Ishhkkk.. bertenggek  ke? Atau bergayut? Rasanya bergayut kot sebab tengok mak ngan anak monyet tu dua-dua tengah memegang sesuatu. Dan yang paling cute of coz la anak monyet itu. Sebenarnya saya ada satu gambar yang diambil dengan posing ala-ala begini. Ingatkan nak attach sekali tapi kang ada yang banding-bandingkan saya dengan monyet itu. Huhuhu.. Tak kuasa okeh.

Gambar ni diambil untuk test my skill menggunakan 'adik baru'. Saya ni jarang nak belek-belek my dslr sebab rasa macam leceh je tapi bila datang sheikh tu mula la snap sana sini. Saya tidak la aktif nak outing sana sini sekadar guna untuk kegunaan sendiri sahaja. Husband saya rajin la godam itu ini pergi sana sini join kelab fotografi politeknik. At least tak banyak ada la juga sikit-sikit ilmu yang saya pelajari daripada dia.

Ada yang berkenan ke dengan monyet ni? Takpe saya faham sebab monyet ni memang cute dan bila tekan perut mak monyet tu akan keluar bunyi. Ala-ala bunyi monyet di hutan tu la. Monyet ni dibeli sewaktu saya berkunjung ke gerai-gerai di Kg Air untuk membeli hadiah-hadiah pemenang giveaway. Saya sibuk mencari hadiah Nasya pula sibuk bermain dengan monyet ini. Papa dia la yang belikan RM15 sepasang mak dan anak. Kalau yang seekor ada juga dijual dengan harga RM12. Sesiapa yang nak mai la KK hehe..


Ok stop pasal monyet kuning yang cute tu. Sekarang kita layan pula kari sotong yang saya masak beberapa hari yang lepas. Ni resepi tangkap muat je guna bahan-bahan yang ada. Beli sotong setengah kilo dapat la 4 ekor dan semuanya saya jadikan kari. Cantik kan sotong saya bertenggek hehehe..

Ada satu hari tu saya terbaca resepi di blog Kak Ummi pasal kari sotong tu yang sampai sekarang teringin nak makan kari sotong. Saya pun dah lupa bila saya baca pasal entry kari sotong ni tapi selagi tak try selagi itu la saya akan teringat. Kepada yang belum try sila la cuba sedap jugak. 




Ok.. ok.. ini binatang terakhir yang akan saya cerita. Mula-mula monyet lepas tu sotong sekarang zebra pula hehe. Al-kisahnya zebra ni dibeli semasa saya pulang bercuti ke kampung tapi saya pun dah lupa bila. Jalan-jalan di Mesra Mall, atok nak belikan Nasya rantai kebetulan depan kedai Tomei tu ada Toy R Us pula apa lagi Nasya terus menuju la. Mengamuk nak mainan itu ini last-last nasib baik saya jumpa patung yang murah ni. 

Okla itu saja untuk kali ini yer saya tengah tunggu papa Nasya mandi ni kejap lagi nak keluar. Jam 12 ni saya ada appointment dan lepas tu sesi bebas hehe.. Kepada semua selamat berhujung minggu yer.