Tuesday, July 12, 2011

Saya Takut

Sekarang saya takut dan risau sangat dengan keadaan huru hara yang melanda Malaysia. Walaupun masih boleh dikawal saya khuatir suatu hari nanti sesuatu yang tidak baik akan dialami oleh Malaysia.

Buka akhbar buka internet semua bercerita tentang ******. Ya Allah.. Kenapa la rakyat Malaysia sekarang ni makin ramai yang semakin bodoh akal fikirannya. Elok-elok negara dah aman saja nak buat kacau bilau walaupun dengan alasan domonstrasi secara aman. Memang lah aman tapi kalau yang berhimpun tu beribu lemon beribu otak yang ada mesti akan ada juga keburukannya. Saya bukan nak sokong mana-mana pihak tapi saya bersuara sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Mereka-mereka yang berjuang untuk menuntut ******* ni tak terfikir ke akibat yang akan mereka alami nanti bukan setakat menyusahkan diri sendiri tapi menyusahkan anak bini, keluarga dan orang-orang yang tidak terlibat.

Saya berdoa dan berharap sangat Malaysia akan kembali aman macam zaman saya kecil-kecil dulu. Kalau anda rasa tak berpuas hati dengan kerajaan ke pembangkang ke tak perlu la nak kecoh-kecoh bagai. Bersih ke tidak kerja diaorang tu jahat ke tidak orang tu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu dan biarlah Tuhan sahaja yang menghukum mereka. Kita sebagai manusia ni teruskan kehidupan sebaik mungkin.

Kita nak tengok ke Malaysia jadi macam negara-negara bertelagah yang lain? Kita suka ke tengok banyak bangunan-bangunan di negara kita musnah? Kita sanggup ke tengok darah daging kita MATI kerana benda-benda macam ni? Fikir-fikirkan lah wahai manusia. Tak kira la kita ni berpangkat besar ke berkot tebal ke berjubah labuh ke berpakaian seragam ke hakikatnya kita tetap sama. Kalau kita berbuat baik Insya-Allah baik la yang kita dapat.

4 comments:

Diyana said...

yg cintakan keamanan ramai actually.cuma tggu next election sj.kite tunggu dan lihat. malaysia tak boleh buat demonstrasi jalanan mcm barat disbbkan budaya masyarakat sini lain, masyarakat kita sangat beremosi. klu di barat, NGO derang btul2 neutral,takde campur tangan politik.jadinya, derang boleh berdemonstasi dgn aman tanpa pengaruh politik. mcm malaysia, hidden agenda banyak di sebalik NGO2. ...kut mane pun, mesti akan jadi huru hara..

Vivacious O'light said...

ntah..nyampah hakuuu...

wan nurhalena said...

to diyana:
mudah-mudahan negara kita ni tak huru-hara la. klu diaorg nak buat kacau jgk meh kita pi ketuk sorang2 biar sedar hehe

wan nurhalena said...

to viva:
buat masa ni kita diam2 jela tgk aksi2 mereka2 ini.