Thursday, December 31, 2009

gudbye 2009 and welkom 2010

hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2009. hanya beberapa jam je lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru 2010. to all my fren happy new year semoga lebih bersemangat di tahun baru. segala di tahun 2009 ni sama-sama la kita jadikan kenangan dan panduan. segala yang baik di tahun ini akan di carry on ke tahun seterusnya semoga menjadi lebih baik dan yang buruk tu aku simpan je la kemas2 dalam lipatan sejarah. waaaahhh.. bermadah lagi tu hahaha.

for me kedatangan new year ni xde sambutan apa-apa pun just tunggu jerla dengan gembira sambil tgh sambutan di tv. lagi seronok tgk bunga api kan lepas tu tido. but dis weken aku balik kampung my hubby sebab ada kenduri kawen our kazen. last week pegi meminang utk si abang but dis week si adik plak yang kawen. since my MIL and FIL balik dari umrah aku x balik lagi ke kampung sebab last week baru balik dari semenanjung. but last week we all dah jumpa la time pergi meminang.

apa-apa pun selamat tahun baru kepada semua yer. list azam baru dah cukup ker hikhikhik.. kalau ada salah silap di tahun 2009 ni aku minta maaf la kepada semua yer. minta halalkan semua. kira tutup buka la mula dengan buku baru plak. buku tahun baru ni biar lebih banyak kebaikan dari keburukan. to all my family and frens happ new year and love u all so much.

Thursday, December 24, 2009

>>sweet moment<<

update terbaru adalah cerita ceriti time balik kampung last week. memang seronok sebab balik kampung my mum di kedah then dapat jumpa sedara mara dan ahli keluarga yang lain. al-maklum je la anak rantau mcm aku ni dapat balik kampung pun kadang-kadang je that's y bila dapat balik kampung ni seronok bangat walaupun ada juga beberapa perkara yang tak seronok. but now aku xmo citer benda yang tak seronok tu yang lepas biar je la semoga menjadi pengajaran.

balik kampung kali ni sebab bapa sedara aku (adeq mak yg bongsu) kawen. waaa syok la sebab ramai yang balik ble kecoh-kecoh gitu hahaha. aku sedikit sebanyak memainkan peranan jgk la langsung ataupun tidak langsung hehehe. so now let me shared my sweet moment wit all of u.

mula-mula tayang princes of da day dulu hehe..

dah ada princes mesti ada mama princes kehkehkeh.. nk interframe jgk!!

princes wit 'paklong udin'.. haha muda2 dh jadi paklong yer.

princes wit 'auntie itam' (ni nasya sendiri yg bagi nama haha pandai sungguh anak aku nih)

posing sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan.. ni sebahagian je yang ada sebab ramai lg yang tak balik.

uisshhh.. kecohnya cik kiah. sabaq sabaqqq!!!

ok dah tenang.. posing lagi.

pengantin dengan anak-anak menakan dan princes of da day yang sentiasa perasan cantik nak posing dpn kamera(pangkat cucu dah ni).

posing lagi dengan anak-anak menakan yang datang (me too). dah berkumpul ramai2 ni aku dengan nasya macam sepupu la plk hahaha.. (perasan jadi muda jup)

nasya dengan atok wan..
nak sama jgk nah amik ko pakai songkok senget.

dah kenyang makan nasi kenduri pi makan ais kacang simpang empat plak. pergghhhh.. yang ni memang tak ble tahan. brapa kali dah balik raya tak ble makan sebab kedai tutup. so kepada sesiapa yang nak rasa ais kacang yg superb ni sila la ke kedah yer. (tokey kedai klu terbaca blog ni jgn lupa bg percent je aku dh tlg promote ais kacang ni kihkihkih)

2 hari selepas tu kenduri kt umah pengantin lelaki plk. ni la salah satu view org kg masak secara gotong royong lengkap semua periuk belanga kawah besar.

purple time.. meja pengantin yang di request last minit yang turut mendapat sentuhanku.

bilik tidur pun sama.. hasil sentuhan aku dan beberapa org lagiyang terlibat.

nasya ooo nasya.. abis majlis ini la plk kerjanya. pantang nampak kamera mesti nak posing. princes wit auntie 'kanggoo' (ni pun nasya yg panggil sbb adeq aku belaja di aust).

tgk tu takde keje cari keje

sebahagian sepupu-sepupu perempuan yang datang pada majlis kenduri yang lepas. my oldest kazen yg masih tengah pantang pun datang juga (tgh baring).

last but not least time balik nasya tak lepaskan peluang tgk aeroplane...

"mama, aca nak duduk sini..."



>>mom to be<<

sebelum aku update tentang cerita-cerita terbaru aku nak ucapkan congratulation to my fren isma dan ain kerana telah menjadi mak buyong. owhhh i'm so happy for them kerana marathon korang telah berakhir. so take a gud care of urself kay semoga kandungan korang berdua cukup 9 bulan dan dpt tambah lagi baby.

mcm musim plk skang ni bila jumpa or baca blog membe mesti ramai yg bercerita pasal baby dan rezki diaorg murah kerana dikurniakan zuriat lagi. for me aku terus menanti dan berusaha semoga lepas ni ada rezki lagi untuk kali kedua.

tak lupa juga all my ipar duai and biras tahniah diatas kehadiran baby baru and coming soon baby. uhhhh.. rasa macam makin sesak je dada ni bila dengar berita gembira diaorg. hopefully one day!!!

Wednesday, December 9, 2009

>>sayang kinabalu<<

ermmm..now kenapa la kemalasan untuk menghupdate blog ni memuncak btol laaa. I donno why but mcm xde idea je nak update tapi bila tgk blog org lain update citer-citer biasa pun nampak ok je. memandangkan sometimes je i update my blog so kekadang je la korang dpt news dari aku ekekeke. xpe la bagi rindu-rinduan skit chaiitttt!!!

okeh.. berbalik pada tajuk di atas tu xde kena mengena pun dengan aku sebenarnya tapi itu adalah tajuk kepada lagu tarian tradisional suku kaum di sabah. u know what now nasya mmg tgh gilerkan lagu ini dan pantang nampak mama ngan papa dia duk depan pc mesti nak suruh pasang lagu ni.

"mama..mama.. pasang tinggi-tinggi kinabalu" (sambil terkedek2 jln bawa patung ultraman).

kalau tak dibuka jawabnya tak aman la nak duduk depan pc tu. dan macam biasa mama dan papa akan sama-sama menyanyikan lagu itewwww. mula-mula dulu aku mmg x berminat but bila dh dgr kt youtube(ada senikata) waaaa macam seronok plak nak nyanyi hihihi. macam biasa laaa klu nyanyi lagu ni mmg kena buat tarian sumazau (ala..yg depa2 tgn tu lepas tu jongket2 kaki hehe). kepada yang tak pernah dengar meh la layan lagu sayang kinabalu..



nasya skang ni aku tgk mmg dah makin pintar dan petah bercakap. ader jer dia nk buat itu ini pot pet pot pet.. klu nak suh diam tu susah la nak lama melainkan asyik menonton tv. bila nampak je apa-apa mesti nak tanya "apa tu mama".. "apa tu mama". very gud sebab dia ada perasaan ingin tahu..

Wednesday, November 25, 2009

.:haiman al-hadi:.

congratz to my bro & sis in law atas kelahiran baby boy anak ke-2 last two weeks on 7 nov 2009. dh 2 minggu lebey berlalu baru nk update kat sini hehehe. comey jer geram aku tgkkk.. time auntie pi lawat pandai je dia buka mata yer. tau2 je paparazi nak pi amik gambar ekekeke.

now bahagia la diaorg dh dapat sepasang yer. eee aku jgk yg tertekan jiwa raga sebab x dapat sepasang lagi wahahaha.. my 2nd sis in low pun dh selamat bersalin baby boy last week tp time lawat tu lupa nak amik gambar. nanti laaaa aku update later-later yer.. tgk la bapak si haiman ni seronok bkn main. once again congratz to both of you..

Tuesday, November 24, 2009

>>what eva..<<

lama btol rasanya tak update blog ni.. x tau la kebelakangan ni mood untuk membuka blog amat lah kurang. ramai yang bertanya kenapa tak update blog?? hurmmm... busy laaa. itu je alasan yang aku selalu bagi.

betul ke aku busy? busy la jgk kekadang tp bila free tu memang mcm xde mood nk update. sory to my frens yg sentiasa mahukan update terbaru dari aku. ntah laaa.. aku pun tak pasti tapi aku pun bertanya sendiri. aku merajuk ker? huhuhu.. i don hav that answer.

apa2 pun klu aku free and mood dtg aku update la klu tak macam ni la terbiar seminggu dua. idea dan cerita ada nak update tapi bila duk termenung tu yang semuanya berlalu camtu je. kekadang terpikir biar jer la.. malas nak bercerita or berkongsi itu dan ini. tau2 jer la manusia lain orang lain macamnya..

arrghhhh.. tetiba rasa macam nak maki ble tak hahaha.. owhhh jgn kat sini nanti kurang ajar plak sesuka hati jer nak maki orang. apa2 pun i love u allz. nnt ader citer best aku update ker. korang pun jgn la duk jd silent reader jer penat2 aku update tapi takde respon malas tau ekeke...

Friday, November 13, 2009

Gathering Penutup For Blogger Sabah 2009

Inilah gathering yang boleh dikatakan sebagai gathering penutup bagi tahun 2009. Alhamdulillah kali ni mendapat kerjasama dan penyertaan yang lebih ramai daripada sebelum ni. Walaupun acara ni telah lama berlalu terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir dan 'berhoyeh2' di lagoon karambunai. Memandangkan acara ni telah lama berlalu aku upload gambar jerla ye sebab mood nak bercerita dah takde hehehe. Aku bawa kamera tapi bila tgk balik hanya ada 2 keping gambar je yang di ambil itu pun x best langsung nak ipload dalam blog. Untuk makluman juga gambar-gambar yang dipaparkan ini aku C&P daripada beberapa blogger yang hadir. Kalau nak tengok lagi cerita-cerita dan gambar menarik korang ble masuk blog mereka-mereka ini yer.. Kak Maria dan Seri

Pemandangan dan aktiviti yang sangat seronok di sini.

Chef bbq (konon la) hahaha.. Ada kambing, ayam, udang dan juga ikan. Kepada semua yang hadir aku nak minta maaf sebab kualiti udang yang tidak berapa baik huhuhu..

Oh anakku.. kenapa kau berdukung??? Cuba tgk kawan-kawan yang lain seronok tu..

Aktiviti anak-anak.. Mandi manda di tepian pantai.


Aktiviti mak-mak.. Dah siap masak kenyang perut semua pot pet pot pet la hehe.. lepas tu bergambar dan beristirehat.


Aktiviti kaum adam memancing dan juga membelek-belek kamera sambil mengambil gambar dengan shot yg pelbagai. Kira gathering kali ni memang ngam la sebab macam buku bertemu ruas jer hehe.. Tgk tu anak teruna farah berposing sambil duk intai membe berkubang dlm air.

I love it so much!!!
Hasil kerja dan edited dari En. Cdiq.

Friday, October 23, 2009

>>Catcheye.com.my<<

Nampak tak logo merah di atas tu. Di sini aku nak kongsi la serba sedikit apa itu Catcheye.com.my ni. Secara jujurnya aku pun baru mengenali serba sedikit tentang web ini hasil email daripada Eryn. Thanxs Eryn kerana mengenalkan Catcheye.com.my ni. Saja la suka-suka klik kat link tu skali tgk rupanya sistem web ni pun macam Nuffnang jgk (klu x silap la) di mana bila kita klik dan register kita akan dapat duit(ayat ringkas nk bg paham hehe) Tp ada lagi panduan-panduan lain tapi klu korang nak faham bagus baca sendiri kan sebab aku malas nak taip ekekeke..

Aku pun tgh xde keje ni register la konon-konon then forward la kat member. Klu korang ingat ni skim cepat kaya ke lantak la tapi rasanya bukan kot. Tiada paksaan untuk register ok. Aku terminat nak register sebab web ni takde la nak mintak akaun bank ker paypal ke so ok la selamat skit. Cuma detail2 peribadi skit la something like nama kita, alamat(nak anta cek klu dpt duit hehe), contact no dan bla-bla.. Setakat sejam aku duk forward ni dh dapat RM1.40 hehe.. Nak tapau air milo lepas dh ni ekeke.

So klu korang dapat msg dari aku berkenaan Catcheye.com.my ni korang jgn la delete dulu yer cuba klik dan baca. Klu berminat ble jer baca dan register.. Selamat mencuba :)

Thursday, October 22, 2009

>>MC<<

smlm mc satu hari sebab sakit perut pada malam sebelumnya. sakit kali ni memang menyucuk2 perut dan kawasan yang sewaktu dengannya. sabor jer la nak duduk pun x ble nak rapatkan bontot ke kerusi klu tak rasa macam kena cucuk jer huhu..

kelmarin dah pegi klinik aslam tempat biasa yang aku pegi klu sakit dan cek air kencing tapi ok je takde jangkitan kuman dan air kencing pun bersih. risau jgk takut terkena jangkitan kuman. bila semua ok je doktor tetap bagi ubat antibiotik dan serbuk yang campur dengan air tu untuk langkah penjagaan awal kot2 baru nak terkena jangkitan kuman. telan jerla janji tak menanggung sakit. doktor ada pesan jgk klu lepas ni sakit kuat lagi terus ke hospital dan klu ble wat pemeriksan pap smear dan klu ble pi jumpa pakar sakit puan. risau jgk takut kemungkinan-kemungkinan lain. period pun dah masuk bulan ke 3 tak datang nih.. risau risau memang risau. hopefully takde apa-apa yang tak best la kan. mungkin sebab kurang minum air jer tu kot.

kisah satu lagi ni kejadian sebelum ke klinik. lebih kurang jam 10 pagi my hubby datang amik aku ngan nasya di rumah sebab nak pi klinik. sebelum tu pi isi minyak dulu di petronas jln tuaran bypass skali on da way balik tu ble plak terlanggang besi yang btol2 duk tengah jalan. tangg!!! mmg kuat giler bunyi ingatkan ranting kayu jer. skali dh lepas trafik light indah permai tetiba tercium bau minyak yg kuat giler. ingatkan x tutup tmpt minyak tu intai2 ok je tertutup. sampai KKIP depan klinik my hubby skali tgk tong minyak bocor minyak keluar macam air paip jer huhuhu. pakcik2 yg duk tepi jalan duk cakap je ngan my hubby pastu diaorg suh aku ngan nasya kuar takut kereta terbakar ke apa. huhuhu.. time tu aku cuak dah yerla takut jgk klu tetiba je kereta meletop ke apa. tp nasib baik la xde apa2..

my hubby suh aku ngan nasya pi klinik dia plak suka2 jer drive kete tu bawa pi poly. aku risau btol la sebab minyak duk kuar lagi dia nk bawa ke hulu ke hilir. doa-doa jerla semoga xde apa2. ya.. alhamdulillah xde apa2. dia bawa pegi jabatan mekanikal minta kawan tolong tampalkan. dh siap jumpa doktor time nak bayar skali tgk muncul plk my hubby kat klinik tu. wahhh.. cepat btol diaorg tampal erkkk. tp nk kena repair balik tong minyak tu takut tampalan tak tahan lama. nasib baik la umur kami bertiga masih panjang lagi..

Tuesday, October 20, 2009

Thursday, October 15, 2009

>>happy birthday MUM<<


entry khas untuk my mum yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 54 tahun pada tahun ini. semoga mak terus dipanjangkan umur, sihat dan ceria selalu hehe. walaupun kami (aku + nasya + menantu tunggal + my sis) berada jauh dari mak, kami semua sentiasa mendoakan kesejahteraan mak dan keluarga di sana. nanti la tunggu next next next birthday bila semua dh ada kat sana kita ble celebrate ramai-ramai. hadiah untuk tahun ni kami semua buat surprise dari jauh je la. to my mum aku order 25pcs cupcakes dan my sis order flower. nnt kita tgk mcmana rupa hadiah tu yer.. :)



Wednesday, October 14, 2009

>>salam aidilfitri<<

org lain dh berkurun buka cerita pasal hari raya tp aku baru terhegeh-hegeh nak buka story hehe.. xpe la kan raya kan sebulan so masih sempat lagi rasanya nak berkongsi suasana aidil fitri tahun ni dengan korang semua. but this year gambar memang tak banyak sebab terlampau seronok duk kat kampung sampai kamera pun malas je nak sentuh.. hahaha boleh x macam tu. ada aku kisah??

yeeyeee balik kampung.. nasya duk usha kapal terbang.

tahun ni turn beraya di kedah so ke'excited'kan melampau skit la hehe.. maklum la 2 thn sekali dpt blk kedah.tema tahun ni purple dan kebetulan pulak kat kg memang ramai yg bertemakan purple so mcm best gitu. to my sis yang tak balik beraya tahun ni layan la gambar raya kami thn ni yer.. ini je yg ado!!!

di pagi raya..

my family with my mum and dad..

my family without my sis huhu..

my mum twins with her daughter and nasya..

pak tam family without new baby muaz..

mak tam, tok, my mum and angah..

pergi ziarah kubur arwah tokwan..

beshnya nasya dapat main bunga api..

haaa cucuh jgn tak cucuh..

huyooo.. mercun das das laaa cantiknyerrrr!!!

bapak budak pun syok jgk ble main mercun.

raya ke-5 my hubby pegi lepas giant kt sungai petani. mak bapak tak pegi tapi kami-kami jer haaaa yg yg follow skali. ok la tu daripada takde aktiviti nak buat.

haaa tu diaaaa!!!

perjalanan yang berbaloi.. malam tu kami kerjekan ikan ni buat sweet sour hehehe





Tuesday, October 13, 2009

Rumah Baru Org Lama

Memandangkan terdapat beberapa kesulitan menghandle umah lama tu so aku pindah la ke umah baru ni. Okla survey punya survey jumpa la umah baru yang tak berapa mahal dan tak berapa murah. Kira ok la nak bayar bulan-bulan pun tak susah sangat ekekeke.. Itu la al-kisahnya.

Sory la sebab lama tak update blog lama tu. Biasa la bila dh dekat nak expired date tu macam-macam hal yang jadi so untuk kesenangan dan keselesaan semua aku pindah ke blogspot. Sama ngan korang semua senang skit nak masuk hehe.. Kepada yang baru sampai my new house ni jemput-jemput la masuk yer buat macam umah sendiri. Duduk la kat mana-mana pun umah baru maklum la sofa pun x penuh lagi. Aku ni bukannya orang kaya pun haaaa berbelanja ikut kemampuan diri je janji tak susahkan orang lain kan..kan..kan..

Ok la sekian sahaja ucapan pembukaan untuk merasmikan umah baru ni hehehe.. Nak celoteh panjang-panjang pun bukan xde point penting pun haaaa. So lepas ni korang ble la tukar add cinderella.hardlena.org kepada cinderella-hardlena.blogspot.com. Babai..