Showing posts with label dslr. Show all posts
Showing posts with label dslr. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Kebahagiaan Dalam Kesakitan

Lumrah la dalam kehidupan kekadang kita gembira kekadang kita berduka. Tapi al-kisah hari ini saya terpaksa bergembira dalam kesakitan.

Oleh kerana mengalami kesakitan yang melampau pagi tadi maka hari ini saya diisytiharkan cuti. Yeahhh.. memang seronok bila dapat cuti tapi kalau namanya cuti sakit ataupun dengan nama popular dikalangan orang-orang bekerjaya adalah MC mana ada seronoknya. Bercuti dalam keadaan yang tidak sihat adalah sesuatu yang biasa-biasa je sebab kita tak bebas juga nak buat itu dan ini. Paling-paling pun dapat rest je la di rumah.

Dating di pagi hari dengan doktor Khadijah di Klinik Aslam membolehkan saya mendapat MC 1 hari dan beberapa jenis ubat. Kesakitan yang dialami kelmarin nampaknya semakin teruk dan tidak menampakan tanpa-tanda akan reda dalam masa terdekat ini.

Time update blog ni pun pipi sebelah kanan saya masih berdenyut-denyut kesakitan. Tahap sakit ni dah sampai ke bahagian pipi dan adakalanya terasa juga ke bahagian mata. Doktor cakap mungkin kesakitan yang saya alami ini sudah sampai ke akar gigi. Aduhai.. Seksanya betul sebab nak makan pun tak lalu apatah lagi nak mengunyah makanan. Untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan yang saya hadapi sekarang ini doktor bagi 3 jenis ubat je antibiotik + tahan sakit + surut bengkak + MC. Dalam masa 5 hari saya kena habiskan dan lepas tu kena pergi jumpa dentist pula untuk memastikan sakit ini tidak berulang lagi. Kalau terpaksa saya rela gigi yang rosak itu dicabut supaya saya tidak sengsara lagi huhu..


Di rumah hari ini saya tidak keseorangan sebab anak perempuan saya pun turut bercuti juga. Ini la masalahnya bila mama dia sakit. Dia pun sama naik nak cuti juga konon nak jaga mama. Padahal mama dia sakit gigi je hehe.. Ok la kata sepakat telah diperolehi dan papa dia benarkan dia bercuti hari ini. Cuti cuti juga tapi papa dia suruh belajar juga sebab kalau tak disuruh mau melangut tengok cd + main game jer.

Time ni tekun lagi buat homework.. 

Bila badan dah ditegakkan sedikit..


Alamak.. Pensil patah la pula.

 Bila nampak mama curi--curi ambil gambar mula la buat muka.. 

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Hari Raya 2010

Assalamualaikum.. Salam Aidilfitri buat semua,

Org lain dah berkurun duk cerita pasal raya tp aku br terhegeh2 nk buka story. Biasa la aku kan slow motion skit nk bercerita pun kena tunggu mood yg baik. Raya tahun ni turn kat Sabah so memang sah2 la aku x dapat balik kampung. Huhu.. Sedey jgk tak dapat balik kampung mcm org lain sebab tak dapat nak merasa feel hari raya. Ingatkan feel tu mmg xde sampai raya tapi 2 hari sebelum raya feel tu dah mula mari. Hati dah berbunga2 nak pikir masak apa untuk juadah raya dan nak buat persiapan lain. Dan alhamdulillah raya tahun ni best..

Nak cerita banyak2 pun tak guna baik korang layan jerla gambar2 raya ni yer exclusive drpd ms nikon.. :)

Acara wajib di pagi raya sesi bergambar seisi keluarga. Syukur alhamdulillah raya tahun ni semua ahli keluarga sebelah mertua aku dapat berkumpul daripada anak beranak, menantu2 dan juga cucu.

Kami bagi keluarga aku tema tahun ni adalah warna coklat. Mula-mula plan nk tema kaler pink tapi cari baju warna pink x jumpa yg berkenan di hati so terpaksa la tukar tema. Tema utama warna coklat dan tema kedua cotton sedondon kaler biru tua. Tapi sayang gambar baju warna biru xde plak.

Ini plak sesi memohon ampun dan maaf di pagi raya. Memandangkan ini blog aku so aku letak gambar aku je la yer ekeke.. Walaupun sesi ampun dan maaf ni telah dilakukan oleh pasangan masing2 tapi kami kena berlakon skali lagi untuk sesi fotografi.. :)

Haaa.. Ini la cucu-cucu sebelah mertua aku. Skang ni ada 8 1/2. Kenapa setengah ye sebab ada sorang lg di dalam perut akan keluar tahun dpn. Tapi mana nk tau kan maybe 1 2 atau 3.. :) Kita tgk jerla gambar raya tahun 2012 nnt berapa org cucu yg akan bertambah.

Gambar my hubby dengan anak buah, Damia. Suka sgt tgk gambar ni sebab nampak mcm berseni dan ada value. Ini pandangan mata aku la yg bukan profesional. Dan tukang amik gambar ni x lain x bukan aku la muhaha.. Kira berseni jgk la aku amik gambar kan tambah plk dengan model2 yg fotogenik,macho dan cantik. Bertuah Damia kecik2 dah jadi model sambilan. Bukan model aku tau tapi model pakaian kanak-kanak Dahlia Pinata. Tak sabar ni nk tgk gambar Damia beraksi.

Ini plak gambar model yg dewasa skit hehe.. Aku dengan akak ipar (sis my hubby). Pic ni pun not bad jgk la kan ada seni dan value.

Setahun sekali.. Bila dah berkumpul ramai2 ada la idea2 yg diluar kawalan. Adik-beradik lelaki my hubby dan seorang menantu (baju coklat lembut) beraksi di hari raya. Gambar ni pun cantik dan ceria.. :) Haihhh.. Siapa la yg amik gambar ni ye mmg kreatif betol muhaha.. (Masuk bakul angkat sendiri lagikkk)

Ini plak gambar menantu2 pompuan dengan my SIL. Kami kan pompuan so kena la kontrol gedik skit. Bukan selalu tau dapat bergambar sama2.

Haaa.. Yg ni ada skit unsur2 gedik dh keluar tp aku suka tgk aksi my SIL dan Diana tu. Spontan dan aksi bersahaja..

Me and my hubby of coz bergambar kt tangga di rumah arwah nenek. Kira rumah pusaka la ni ada sorang makcik je tinggal kt sini. Banyak jgk ambil gambar di tangga ni tapi sayang lorr di cemari oleh aksi2 my BIL kt belakang tu.

Ini konon nk beraksi ala2 model jgk tau haha.. Boleh la daripada takde kan. Biasanya orang pasang pelita atau lampu warna warni kan tapi kat umah arwah nenek ni diaorg pasang lampu je lepas tu cover dengan bekas plastik. Kemudian pasang la keliling rumah bagi cantik. Jimat dan mudah kan..

Gambar ni time pegi beraya kt rumah Jiya di Tuaran. Ini la makcik sorang ni klu bergambar je mesti nk tutup muka. klu tak tutup muka mesti pakai topeng. Haihhh.. Ada2 je la ko ni kan. Dan terima kasih la kerana menerima kedatangan kami dan menyediakan hidangan yang sedap.

Tengah khusyuk ni duk dengan husb Jiya bercerita. Sambil tu duk makan mee udang dari Penang. Nyumm.. nyummm.. memang sedap. Terubat rindu kt mee udang Sg Dua.

Last skali sesi bergambar kami satu family. Thanxs Jiya and hubby yg rajin snap sana sini dan ilmu yg dikongsi bersama. Insya-Allah ada rezeki umur panjang kita jumpa lagi yer. Thanxs juga sudi berkunjung balas ke rumah aku.

Sesi beraya di rumah Farah @ rumah besan @ jiran setangga.. Thanxs kerana menjamu kami dengan nasi dagang gulai ikan aya @ tongkol dan kari ayam. Syukur alhamdulillah kenyang kami malam tu.

Thursday, June 3, 2010

akhirnya.. DSLR Nikon D90 & Shimano Calcutta Conquest


first skali aku nk ucapkan syukur alhamdulillah dengan rezki yang ada ni aku berjaya jgk memiliki salah satu my wishlist iaitu kamera DSLR. org lain dh berkurun ada kamera canggih manggih ni tp time tu aku x mampu lg nk beli so boleh tgk jerla. nak pegang takut hehe.. so simpan dalam hati je la tgk benda alah ni dan angan2 nk beli walaupun x tau bila. tp tu la klu dah izin tuhan cepat ke lambat kita tak tau dan dgn rezki yg ada aku dapat beli jgk yahooo.. so lepas ni ble la aku nak tembak sana sini dgn senang hati hehe.. sebenarnya aku tak target pun nak angkat D90 ni sebab bagi aku D90 ni sesuai utk org2 yg profesional sedangkan aku ni baru je nk mengenali DSLR ni. hajat di hati dapat angkat DSLR model lain pun ok tapi tu la semua dah ditakdirkan haha.. dah alang2 nk pakai DSLR baik angkat yang bagus terus so next time x payah la nk upgrade2 lg. ya btol tu.. so dengan berbekalkan sedikit duit yg ada ni aku pun tewas la dan berjaya memiliki D90 ni. seronok memang seronok tp x berapa seronok jgk sebab tak betul2 mahir lg. nk ejas2 pun takut2 je takut hasil yg diperolehi tak bagus. so far alhamdulillah la dah confident nk pegang barang baik ni hehe.. hopefully akan dpt tunjuk ajar drpd kawan-kawan yang berpengetahuan luas.

dan yang ni plak reel idaman my hubby. hari tu dengan tak sengaja aku terpatahkan joran kesayangan dia so aku janji la nak ganti balik. tup tup x jadi ganti rod trus ganti reel je. dah lain drpd perjanjian ni tp ok la ble cover trus hadiah utk bzday sbb aku x bagi hadiah lg. hurmmm.. tersenyum lebar la my laling tu dh dapat apa yg diimpikan. alhamdulillah la.. ada rezki skit2 ble la dapat apa yg dihajati tp nak kena beringat jgk ni tak boleh suka suki je berbelanja kan. tp time balik bercuti aritu kalah jugak dgn godaan sales yang berlambak-lambak. tgn mak ni cepat je nak sambar itu ini nasib baik la ada en suami yg jd penasihat haha.. cerita tentang percutian balik kampung akan aku ceritakan di lain n3 ok.