Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

Kita Telah Merdeka..



Salam 1 Malaysia kepada semua. Syukur alhamdulillah hari ini kita semua sekali lagi akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun. Aku bukan lah seorang yang patriotik tapi sebagai anak Malaysia apabila 31 Ogos menjelma bahang kemerdekaan tetap terasa.

Pemimpin datang dan pergi silih berganti. Walau siapa pun pemimpin kita mari la kita sama-sama berganding bahu memerdekakan diri kita dan juga Malaysia. Seseorang yang merdeka akan sentiasa maju ke hadapan akan sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia. Jangan sesekali kita merendahkan martabat Malaysia.

Pada hari yang bersejarah ini marilah kita sama-sama menghayati bait-bait puitis yang dinyanyikan oleh allahyarham Sudirman. 31 Ogos dulu kini dan selamanya. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Thursday, August 19, 2010

Happy 4th Anniversary

Tanggal 19 Ogos 2006 kira-kira 4 tahun yang lalu aku telah selamat disatukan dengan my hubby di Majlis Sultan Ahmad Shah pada jam 2.10ptg. Wahhh.. time ni hati berbunga-bunga riang gitu sebab dah jadi suami isteri hehe..

FYI kepada yang tak tau kami ni berkenalan melalui internet je. Mula-mula jadi kawan chating lepas tu jadi member cyber dan selepas 4 thn berkawan di alam maya baru la kami berkawan secara serius di alam nyata hehe.. Mungkin ini la yg dinamakan jodoh kejap ada kejap takde tapi klu dh dikatakan itu la jodoh kamu hilang 10 tahun pun ble berjumpa balik.

Dan hari ini genap la 4 tahun usia perkahwinan kami yang mana masih mengekalkan angka 1. Iyer 1 sahaja iaitu 1 org anak hehe.. Org lain dah berdesup dua tiga org tapi kami masih maintain 1. Insyallah ada rezki nanti bertambah la tu kot2 ada durian runtuh terus ble dapat berganda 3 amin..

Sepanjang 4 thn perkahwinan ni biasa la adat dan asam garam rumah tangga ada suka duka manis masin tawar semua. Dan alhamdulillah kami berjaya menangani dengan jayanya dan masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Sempena hari bahagia ni (walaupun my hubby x wish pun lg huhu..) Aku berharap perkahwinan ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat. Setiap kali tiba ulangtahun perkahwinan bermakna bermula la satu episod baru dalam kehidupan berumah tangga.

To my hubby kenapa x wish lg nih huhu.. U know kan I ni suka org yg romantik2 haha.. Sampai hati u tau mentang2 la dh 4 thn kawen suka-suka je buat2 lupa. Saje la tu nk bg org sedey hukhukhuk.. Nasib baik la bini awk ni makan dipujuk so lepas dh dpt hadiah special nnt br la sejuk ekekeke. Apa2 pun terima kasih kerana menjadi suami sayer.. :) Walaupun kepala abg dh botak dan tidak lagi sehencem Dimas abg tetap suami syg utk selamanya.. :p