Tuesday, August 31, 2010

Kita Telah Merdeka..



Salam 1 Malaysia kepada semua. Syukur alhamdulillah hari ini kita semua sekali lagi akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun. Aku bukan lah seorang yang patriotik tapi sebagai anak Malaysia apabila 31 Ogos menjelma bahang kemerdekaan tetap terasa.

Pemimpin datang dan pergi silih berganti. Walau siapa pun pemimpin kita mari la kita sama-sama berganding bahu memerdekakan diri kita dan juga Malaysia. Seseorang yang merdeka akan sentiasa maju ke hadapan akan sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia. Jangan sesekali kita merendahkan martabat Malaysia.

Pada hari yang bersejarah ini marilah kita sama-sama menghayati bait-bait puitis yang dinyanyikan oleh allahyarham Sudirman. 31 Ogos dulu kini dan selamanya. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

No comments: