Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Cerita Di Bulan Ramadhan

Syukur alhamdulillah hari ni dah hampir satu minggu kita umat islam berpuasa dan aku masih berpuasa penuh hehe.. So apa cerita kisah ramadhan korang semua? Bulan puasa ni mesti korang sibuk dengan menu2 untuk berbuka kan bila petang je duk pikir nak masak apa nak buat apa.

Dan tak lupa juga yang dah mula buat persediaan untuk raya. Nak beli baju raya warna apa la tempah di mana dan juga shopping2 untuk persediaan lain. Aku awal2 lg dh tempah baju raya sebelum poser lg tau hahaha.. Bukan xcited nak beraya tapi aku x suke buat benda last minit tambah plak bulan puasa penat tau nk ke hulur ke hilir. So aku ambil langkah bijak dengan buat persediaan lebih awal.. Skang ni x payah la aku nak pikir pasal baju2 raya lg.

Baju raya kasut raya Nasya pun dah beres hehe.. Seronok je pi beli aritu sebab tak perlu nak bersesak2 dgn org ramai dan yang paling penting saiz2 masih banyak so tak perlu nak bimbang saiz ada ke tidak. Now dh kena stop beli baju Nasya lagi sebab aku ni pantang tgk baju cantik2 huhu.. Last2 mama ngan papa dia jgk takde baju. Tapi seronok la sebab semua dah settle tinggal nak tunggu baju raya dari KL je lg blom smp.

Haaa.. Jgn x tau jauh benor aku tempah baju raya kali ni. Kebetulan aritu balik bercuti bln 6 ada sales so aku beli la siap2 kain utk baju raya kami yg sedondon dan terus tempah di sana. Makcik aku kol last week baju dah siap tinggal nak pos je lg yeyeye..

Haaa.. Dalam duk sebok buat persediaan raya terawih cukup ke senah? Hehe.. Itu sendiri kena jawab la yer. 7 hari berpuasa ni hanya sekali je aku sempat ke masjid utk berterawih itu pun hari pertama org berterawih. Dan hari2 selepasnya terpaksa la berterwih kat umah je sebab klu pi masjid mcm2 masalah laaa.

Nasya klu kat masjid susah btol nak jaga nak2 bila dah berjumpa geng2 seangkatan. Lari sana sini lompat2 ketawa2 ishhhkkk bikin org panas hati je. Aritu time nak tido aku tgk ada benjol kat dahi dia bila tanya kena apa dia jwb langgar dinding. Haaa.. Dah benjol camtu pandai plk diam2 tak nangis x bgtau mama ngan papa. Lepas tu main lari2 kat luar masjid pandai2 nak turun bawah apa lg marah la papa dia. So lepas ni takde lg nak ikut pi masjid. Orang solat nak khusyuk tapi lain plk jadi nya bila duk pikir apa la dia duk buat kat belakang tu dan yg x bestnya dia duk ganggu org lain solat x khusyuk.

Apa-apa pun sama-sama la kita manfaatkan ramadhan yg mulia ini.. :) Haaa nanti kita sambung lagi yer sebab ni baru minggu pertama banyak lg citer lain. Tak kuar la bab2 kad raya kuih raya lemang ketupat lg hikhikhik.. :p

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali Lagi

Syukur alhamdulillah.. Tanpa kita sedari Ramadhan kembali lagi. Secara personal aku gembira untuk menanti Ramadhan kali ini. Besok 11 Ogos 2010 insya-Allah kita semua akan mula mengerjakan ibadah puasa. Semoga dibukakan pintu hati aku dan segala amal ibadat di bulan yang mulia ini akan diterima. Amin..

Kepada semua kaum keluarga, saudara mara dan kawan-kawan seagama dengan aku di kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga amalan kalian di bulan yang mulia ni akan diberkati. Sama2 la kita buat amal ibadah dan bersedekah yer.. :)

Walaupun aku ni bukan alim ulama dan ilmu agama tidak penuh di dada insya-Allah dengan kedatangan Ramadhan ni aku akan berusaha sebaik mungkin untuk menambahkan pahala yang tak seberapa. Kerana aku hanya insan biasa (cewahhhh..)

Segala salah dan silap mohon dimaafkan yer supaya kebaikan yang aku buat di bulan yang mulia ini dan seterusnya akan diterima. Kalau ada sesiapa yang merasa aku ada buat salah atau dosa dengan kalian sekali lagi aku mohon maaf.

Semoga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk diri aku. Segala salah silap kalian secara langsung atau tidak telah aku maafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh iman dan ikhlas, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jom kita selami kelebihan di bulan Ramadhan ini supaya kita sama2 dapat mencari pahala.. :)

Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.

Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:

“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata".

Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.

Ini la antara petikan-petikan yang dapat aku kongsi bersama di sini. Kalau nak di cari banyak lagi amalan2 dan kebaikan yang boleh kita lakukan di bulan Ramadhan. Semoga kita sama2 dapat mengerjakan ibadah puasa dan segala amal ibadat kita diterima.

.: Entry ni khas aku buat sempena menyambut kedatangan Ramadhan di samping untuk menginatkan diri aku supaya lebih banyak melakukan amal ibadat dan pahala. Amin.. :)