Tuesday, August 31, 2010

Kita Telah Merdeka..



Salam 1 Malaysia kepada semua. Syukur alhamdulillah hari ini kita semua sekali lagi akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun. Aku bukan lah seorang yang patriotik tapi sebagai anak Malaysia apabila 31 Ogos menjelma bahang kemerdekaan tetap terasa.

Pemimpin datang dan pergi silih berganti. Walau siapa pun pemimpin kita mari la kita sama-sama berganding bahu memerdekakan diri kita dan juga Malaysia. Seseorang yang merdeka akan sentiasa maju ke hadapan akan sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia. Jangan sesekali kita merendahkan martabat Malaysia.

Pada hari yang bersejarah ini marilah kita sama-sama menghayati bait-bait puitis yang dinyanyikan oleh allahyarham Sudirman. 31 Ogos dulu kini dan selamanya. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Wednesday, August 25, 2010

Belum Ada Rezeki

Aku percaya dengan ketentuan Tuhan, kalau dah bukan rezeki kita buat mcmana pun memang bkn rezeki kita jgk. Dan buat masa ni memang belum ada rezeki lagi untuk memberikan Nasya adik.. Nasya skang dah 3 tahun dan x lama lg tahun depan dah masuk 4 tahun. Tapi itu la belum ada rezeki lagi nak dapat adik Nasya oiiii..

Jiwa aku ni rindu sgt nak ada baby kecik2 comey2 macam ni. Skang Nasya dah besar mulut pun dah pot pet pot pet x ble dah nk lambung2 mcm dulu. Kalau ditengok gambar2 lama ni rasa macam x percaya je itu Nasya. Sungguh berbeza skang ni.

Agaknya bila la aku dapat dukung baby camni lg yer hehe.. Moga-moga di bulan yang mulia ni doa aku dimakbulkan la. Insya-Allah klu takde halangan tahun depan ble la Nasya dapat adik. Kan Mr Hardy hehe.. :p

My little princes yang semakin membesar dan pandai. Alhamdulillah la skang ni Nasya memang dan boleh bercakap lancar tanpa 'sleng' pelat.. Sebutan "R" pun dah semakin bagus. Dan yang memberangsangkan skang ni Nasya dah boleh pandai speaking. Bukan la speaking mcm bertih jagung tp just skit2 je.

Kekadang tu aku pun x paham apa dia ckp tp style dia tu gaya-gaya nk speaking la konon haha.. Dan ada jgk dua tiga ayat simple yg dia ble cakap. Tak sia-sia bg tgk cd sebab ada jugak hasil yang dia dapat.

Auntie, tgk la Nasya dah besar ni bila lagi nak dapat kazen baru ni. Kat sini ramai dah nak dapat kazen baru kt sana plak hehe.. Bila tgk gambar ni jelas sekali ciri2 'sumandak'. Kepada yang tak tau sumandak itu panggilan utk anak dara di sabah ni. Kesian anak mama kan asyik main sorang2 je. Klu kawan datang main kt umah mesti nasya berlakon jaga mak/kakak/cikgu. Jelas lagi la ciri2 kakak yanng baik hehe.. Nasya la dah ada adik nanti Nasya jaga baik2 je.

Anak aku sorang je so klu xde cerita2 aku membebel memang cerita Nasya je la yg ada. Apa2 pun mama sayang Nasya.. :)

Thursday, August 19, 2010

Happy 4th Anniversary

Tanggal 19 Ogos 2006 kira-kira 4 tahun yang lalu aku telah selamat disatukan dengan my hubby di Majlis Sultan Ahmad Shah pada jam 2.10ptg. Wahhh.. time ni hati berbunga-bunga riang gitu sebab dah jadi suami isteri hehe..

FYI kepada yang tak tau kami ni berkenalan melalui internet je. Mula-mula jadi kawan chating lepas tu jadi member cyber dan selepas 4 thn berkawan di alam maya baru la kami berkawan secara serius di alam nyata hehe.. Mungkin ini la yg dinamakan jodoh kejap ada kejap takde tapi klu dh dikatakan itu la jodoh kamu hilang 10 tahun pun ble berjumpa balik.

Dan hari ini genap la 4 tahun usia perkahwinan kami yang mana masih mengekalkan angka 1. Iyer 1 sahaja iaitu 1 org anak hehe.. Org lain dah berdesup dua tiga org tapi kami masih maintain 1. Insyallah ada rezki nanti bertambah la tu kot2 ada durian runtuh terus ble dapat berganda 3 amin..

Sepanjang 4 thn perkahwinan ni biasa la adat dan asam garam rumah tangga ada suka duka manis masin tawar semua. Dan alhamdulillah kami berjaya menangani dengan jayanya dan masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Sempena hari bahagia ni (walaupun my hubby x wish pun lg huhu..) Aku berharap perkahwinan ini akan terus berkekalan sehingga akhir hayat. Setiap kali tiba ulangtahun perkahwinan bermakna bermula la satu episod baru dalam kehidupan berumah tangga.

To my hubby kenapa x wish lg nih huhu.. U know kan I ni suka org yg romantik2 haha.. Sampai hati u tau mentang2 la dh 4 thn kawen suka-suka je buat2 lupa. Saje la tu nk bg org sedey hukhukhuk.. Nasib baik la bini awk ni makan dipujuk so lepas dh dpt hadiah special nnt br la sejuk ekekeke. Apa2 pun terima kasih kerana menjadi suami sayer.. :) Walaupun kepala abg dh botak dan tidak lagi sehencem Dimas abg tetap suami syg utk selamanya.. :p


Tuesday, August 17, 2010

Cerita Di Bulan Ramadhan

Syukur alhamdulillah hari ni dah hampir satu minggu kita umat islam berpuasa dan aku masih berpuasa penuh hehe.. So apa cerita kisah ramadhan korang semua? Bulan puasa ni mesti korang sibuk dengan menu2 untuk berbuka kan bila petang je duk pikir nak masak apa nak buat apa.

Dan tak lupa juga yang dah mula buat persediaan untuk raya. Nak beli baju raya warna apa la tempah di mana dan juga shopping2 untuk persediaan lain. Aku awal2 lg dh tempah baju raya sebelum poser lg tau hahaha.. Bukan xcited nak beraya tapi aku x suke buat benda last minit tambah plak bulan puasa penat tau nk ke hulur ke hilir. So aku ambil langkah bijak dengan buat persediaan lebih awal.. Skang ni x payah la aku nak pikir pasal baju2 raya lg.

Baju raya kasut raya Nasya pun dah beres hehe.. Seronok je pi beli aritu sebab tak perlu nak bersesak2 dgn org ramai dan yang paling penting saiz2 masih banyak so tak perlu nak bimbang saiz ada ke tidak. Now dh kena stop beli baju Nasya lagi sebab aku ni pantang tgk baju cantik2 huhu.. Last2 mama ngan papa dia jgk takde baju. Tapi seronok la sebab semua dah settle tinggal nak tunggu baju raya dari KL je lg blom smp.

Haaa.. Jgn x tau jauh benor aku tempah baju raya kali ni. Kebetulan aritu balik bercuti bln 6 ada sales so aku beli la siap2 kain utk baju raya kami yg sedondon dan terus tempah di sana. Makcik aku kol last week baju dah siap tinggal nak pos je lg yeyeye..

Haaa.. Dalam duk sebok buat persediaan raya terawih cukup ke senah? Hehe.. Itu sendiri kena jawab la yer. 7 hari berpuasa ni hanya sekali je aku sempat ke masjid utk berterawih itu pun hari pertama org berterawih. Dan hari2 selepasnya terpaksa la berterwih kat umah je sebab klu pi masjid mcm2 masalah laaa.

Nasya klu kat masjid susah btol nak jaga nak2 bila dah berjumpa geng2 seangkatan. Lari sana sini lompat2 ketawa2 ishhhkkk bikin org panas hati je. Aritu time nak tido aku tgk ada benjol kat dahi dia bila tanya kena apa dia jwb langgar dinding. Haaa.. Dah benjol camtu pandai plk diam2 tak nangis x bgtau mama ngan papa. Lepas tu main lari2 kat luar masjid pandai2 nak turun bawah apa lg marah la papa dia. So lepas ni takde lg nak ikut pi masjid. Orang solat nak khusyuk tapi lain plk jadi nya bila duk pikir apa la dia duk buat kat belakang tu dan yg x bestnya dia duk ganggu org lain solat x khusyuk.

Apa-apa pun sama-sama la kita manfaatkan ramadhan yg mulia ini.. :) Haaa nanti kita sambung lagi yer sebab ni baru minggu pertama banyak lg citer lain. Tak kuar la bab2 kad raya kuih raya lemang ketupat lg hikhikhik.. :p

Wednesday, August 11, 2010

Banci Shopping

Jalan-jalan umah jiran saye tadi terbaca la pasal banci membanci ni. Soalan banci yer puan-puan bkn benci membenci. Ingatkan soalan banci btol la rupanya banci pasal shopping. Haihhh.. Ada jgk yer org banci pasal ni.

Dan soalan banci ni memang khas utk kami2 yg tinggal di KK sahaja klu kawasan lain tu ble je nak jawab tp of coz la kami x tau tempat2 yg anda maksudkan. Arini xde topik lg nk update blog so aku jawab soalan banci ni la hehe..


Anda suka shopping?
Yups.. saya suka shopping dan window shopping walaupun kekadang tu sy x tau apa yg sy shopping.

Dimana anda shopping barang dapur (kering)?
Sama mcm Pn Farah.. Survey Likas. Tapi apsal x pernah jumpa pun hehe

Shopping barang basah mcm ikan, ayam kat mana?
Klu ayam saya suka beli di Istana Ayam Tua atau Pasaraya Lintas sebab ayam dia fresh.
Klu ikan, udang, ketam, sotong semua dan sayur2 sy suka beli di gerai2 di bahu jalan, Jln Sulaman.

Berapa kerap anda shopping untuk barang basah dalam sebulan?
Tak menentu ikut kerajinan memasak. Sekali shopping saya beli lauk utk sekali atau dua kali masak je. Saya tak suka beli stok banyak2 hehe.

Anda rasa, pasaraya mana paling tak berpatutan dalam menjual barang dapur?
Rasanya Giant la kot.. 3 tempat je yg sy pernah shopping brg dapur ni survey, giant dan sunny. tp sunny jauh sgt.

Anda rasa, kat mana jual pakaian yg lawa, berjenama dengan harga yg anda rasa sungguh berpatutan?
Soalan ni susah nk jawab sebab saya jarang beli baju utk diri sendiri tp klu untuk Nasya ada la. Tempat yang selalu pegi 1B la hehe.. Kt sana kan byk kedai so byk pilihan ada yg lawa dan ada juga yg berjenaam. Terbaru sy tengok di metrojaya, suria pun cantik2 bj utk kids.

Dan, anda rasa, kat mana jual baju dengan harga yg langsung tak masuk akal?
Soalan ni pun susah nak jawab sebab saya jarang beli baju dan jarang survey harga2 baju hehe.. Bagi sy klu mahal skit xpe janji kualiti bagus. Klu murah pun ok dpt berjimat janji pakaian tu bagus la. Pengalaman nk jimat la konon skali basuh baju br dua kali dh tertetas benang. Owhhh sy x suke mcm ni..


Sekian saja soalan banci shopping untuk kali ni. Kepada yang lapang meh jawab soalan banci ni untuk mengisi masa lapang anda. Nk kuar lunch tak ble so jawab soalan banci la hehe..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kembali Lagi

Syukur alhamdulillah.. Tanpa kita sedari Ramadhan kembali lagi. Secara personal aku gembira untuk menanti Ramadhan kali ini. Besok 11 Ogos 2010 insya-Allah kita semua akan mula mengerjakan ibadah puasa. Semoga dibukakan pintu hati aku dan segala amal ibadat di bulan yang mulia ini akan diterima. Amin..

Kepada semua kaum keluarga, saudara mara dan kawan-kawan seagama dengan aku di kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga amalan kalian di bulan yang mulia ni akan diberkati. Sama2 la kita buat amal ibadah dan bersedekah yer.. :)

Walaupun aku ni bukan alim ulama dan ilmu agama tidak penuh di dada insya-Allah dengan kedatangan Ramadhan ni aku akan berusaha sebaik mungkin untuk menambahkan pahala yang tak seberapa. Kerana aku hanya insan biasa (cewahhhh..)

Segala salah dan silap mohon dimaafkan yer supaya kebaikan yang aku buat di bulan yang mulia ini dan seterusnya akan diterima. Kalau ada sesiapa yang merasa aku ada buat salah atau dosa dengan kalian sekali lagi aku mohon maaf.

Semoga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk diri aku. Segala salah silap kalian secara langsung atau tidak telah aku maafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh iman dan ikhlas, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jom kita selami kelebihan di bulan Ramadhan ini supaya kita sama2 dapat mencari pahala.. :)

Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.

Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:

“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata".

Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.

Ini la antara petikan-petikan yang dapat aku kongsi bersama di sini. Kalau nak di cari banyak lagi amalan2 dan kebaikan yang boleh kita lakukan di bulan Ramadhan. Semoga kita sama2 dapat mengerjakan ibadah puasa dan segala amal ibadat kita diterima.

.: Entry ni khas aku buat sempena menyambut kedatangan Ramadhan di samping untuk menginatkan diri aku supaya lebih banyak melakukan amal ibadat dan pahala. Amin.. :)

Sunday, August 8, 2010

My Schoolmate.. Zelin

Ini la my schoolmate yang aku jumpa last week. Rasanya hampir 10 tahun kot tak jumpa sejak abis blaja dulu. Baru2 ni my fren ni dtg cuti2 Msia ke Sabah so dpt la met up. Before this Zelin mmg dah maklumkan aku awal2 lg dia nk dtg sini so aku ready je la. Hari kedua di sini Zelin call aku ajak jumpa kebetulan time tu mmg aku free so aku ngan Nasya berdua je la pegi jumpa Zelin.

Memandangkan dah lama tak jumpa mcm2 la kitaorg borak. Masing2 pun dah lunch so aku bawa dia lepak kt SR. Dari jam 3 sampai 5 ptg kitaorg lepak sama sambil makan carrot slice hehehe..

Banyak cerita menarik yg kitaorg share kali ni dan yang paling menarik minat aku adalah watermark baru yg aku guna skang ni. FYI watermark aku yg baru ni Zelin la yg buatkan sebab skang ni mmg dia fulltime buat kerja sendiri. Aku btol2 kagum dgn my fren sorang ni sebab dia berani membuat keputusan dlm hidup dia cthnya kerjaya dia skang ni. Kerana minat yg mendalam zelin fulltime do de watermark for Littlestori Photography with belong to her sister. I wish u gudluck my fren.. :)

Nasya mula2 jumpa auntie Lin bukan main malu lagi dh lama2 tu x malu dah. Siap auntie Lin ajar nk snap gambar lg haaaa. Nak balik siap duduk atas riba lg.

To my fren Zelin thanxs for dis wonderful watermark dan sudi melayan karenah aku ni hehe. So now kepada sesiapa nk try hasil kerja my fren ni boleh la roger2. Ni kira tolong promote bisnes member la hehe.

Last but not least thanxs for dis ole2.. :)

Friday, August 6, 2010

Jesselton Point

Lokasinya terletak di bandaraya Kota Kinabalu. Tempat ini menjadi laluan kepada para pelancong untuk menaiki bot menuju ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu.

Kepingin mau makan nasi padang membawa ako dan keluarga ke sini. Rasanya lama udah aku ngak ke mari. Makanan di sini semuanya enak2 belaka. Sesiapa yang datang ke Kota Kinabalu harus mencoba dong hehe.

Tempat bersantai yang cantik dan tenang untuk seisi keluarga kerana angin di sini bertiup sepoi2 bahasa. Bila angin bertiup tu rasa sejuk je maklum la lokasi ni terletak di tepi laut. Banyak gerai-gerai yang terdapat di sini selain ada gelanggang futsal.

Yukk.. Tanyarin khabar ibubapa di kampung.. :) Hello..hello..

Jika penat berjalan bisa aja beristirehat di sini. Banyak kerusi yang disediakan di sini untuk para pelancong "melepak". Waduh waduh.. tenang skali berada di sini.. :)

Ya ampun pak... Jangan dong dibuang anak itu.. :p

Sesuai ke aku pakai jubah???

Hahaha.. bunyinya mungkin agak lucu kan tapi itu la salah satu perkara yang aku ingin lakukan. Sebenarnya lama dah teringin nak beli jubah ni tapi apa yang aku jumpa mesti tidak berkenan di mata.

Memang btol pakai jubah bukan utk tayang cantik ke tidak tapi kalau nak pakai tu at least biarlah selesa dan kita suka kan. Dalam bab memilih pakaian ni memang aku cerewet skit sbb susah nk berkenan di mata lagi2 la klu nak beli jubah.

Aku tak suka style jubah2 skang ni yang kebanyakkannya jenis bermanik2 berlayer2 dan dibuat dengan kain yg licin or jarang. Aku lebih suka jenis jubah yang pernah aku suatu ketika dahulu iaitu jenis kain tebal dan simple. Haaa.. Jgn tak percaya tau aku pernah la merasa pakai jubah time skolah menengah dulu sebab dulu aku bersekolah agama selama 3 tahun.. :) Tapi ada lg ke jubah jenis itu zaman skang ni hurmmm.

Just nice to wear this.. :)

Memandangkan aku ni jenis x suka yg terlalu berstyle2 so aku lebih prefer sesuatu yg simple. Cthnya bila aku nk keluar ke mana2 aku lebih suka memakai t-shirt dan jeans. Aku suka sebab simple dan selesa dan aku ni memang agak jarang memakai blouse or pakaian2 selain itu hehe.. Klu ada majlis lain la memang pakaian tu akan glamer dan berstyle skit hehe.

Bila tgk di internet skang ni tengah fames org panggil Abaya. Tgk rupa mcm jubah jgk mungkin itu nama yg lebih komersial. Apa2 pun cantik sebenarnya pakai jubah ni. Tapi klu aku pakai cantik ke huhu.. Dengan ketinggian tak berapa nak cukup ni kang nampak kemetot plk hikhik..

p/s: Pn Farah.. Sy suke jubah u yg dulu tu hehe. Ble pinjam ke.. :p

.: Gambar tu bkn haku yer ekeke. Itu gambar hasil carian di google.

Thursday, August 5, 2010

Ole-Ole dari Australia

Thanxs a lot to my mum and my sis yg menghadiahkan kami all this things.. :) Walaupun aku x dapat nk follow my mum ke sana tapi seronok jgk sbb dapat oleh-ole dari sana. Tapi tak puas ati jgk ni sebab Nasya dapat banyak haha.. (Tak bersyukur lg tu org dh bagi pun dh syukur rahmat ekeke). Okeh now let's see apa yg aku dapat..

Necklace with Austalian Opal from my mum.

Austalian T-shirt & blouse from my sis.

Ini la salah satu kegemaran aku iaitu mengumpul t-shirt yg ada tulisan atau logo sesuatu tempat. Walaupun aku tak menjejakkan kaki ke sana tapi bila aku dpt koleksi baju2 camni pun dh seronok sebab rasa mcm dh pegi je haha.. So sesiapa yg pegi melancong nnt tu klu nk bg ole2 jgn lupa bagi t-shirt skali tau hehe.

For my laling dia dapat kemeja + reel + prawnmaster(umpan udang palsu). Tapi umpan palsu tu x lepas semasa di airport sbb my mum bawa handluggage hehe. Lupa nk msk lam beg kargo so umpan udang tu terpaksa la tersadai di rumah my sis skang ni.

Mr Hardlena anda sepatutnya bertuah tau dapat adik ipar yg memahami minat dan kegemaran anda walaupun anda tidak pernah menghadiahkan dia apa2 brg hahaha. Bkn nak puji tapi itu la kenyataannya sbb my sis agak bermurah hati sbb klu balik je ader je ole2 dia bg. Bkn sorang tapi semua dapat tau.. :) Xpe la semoga dgn menderma tu rezeki sentiasa murah kan. Dgr khabar ujung thn ni nk ke Japan plak uhhhh jeles..jeles.. Aku time blaja dulu xde la nk merasa pegi jalan2 ngan member guna duit sendiri ni.

Untuk nasya ini la yg dia dapat smp mama dia ni merasa jeles hehe.. Maunya tak jeles tgk tu smp 8 helai baju lepas tu ada seluar + mainan lg. Uhhh.. cucu + anak buah sulong mmg bertuah la kan macam2 ble dapat. Pegi mana2 pun org duk ingat. Walaupun kami duk berjauhan tapi nasya memang rapat ngan nenek, atok dan pakcik makcik dia di sana al-maklum la skang kan zaman dh canggih. Dlm seminggu tu ble katakan 4 5 kali la duk buat videocall + webcam. Dalam zaman yg canggih ni xde dh istilah "jauh di mata dekat di hati".. :)

Ni koleksi seluar dan skirt dari sana juga. Complete dapat seluar + t-shirt + skirt + dress + baju tido mau mama x berbulu mata tgk hehe. So raya nnt tak payah la nk shopping bj nasya lg yer sbb nasya dh byk baju baru. Kita shopping baju mama ngan papa jer hikhikhik..

Yang paling di tunggu2 Buzz Lightyear huhu.. Sepanjang mak aku kt sana ble dikatakan tiap2 hari duk webcam sbb nak follow up benda alah ni sabor jer la. Arini webcam ckp nk toys bsok plak webcam lg tanya dah beli ke blom bsok tu webcam lagi tanya lusa tanya lagi. Bila dah beli nak tgk plak.. Nasib baik la auntie kanggaroo nasya tu baik hati kan ikut jgk kehendak anak buah yg bertuah ni hahaha..

Tapi aku kagum la sbb nasya tau je penjalanan Buzz dia ni sebelum Buzz ni smp ke tgn dia dengan selamat. Bila my mum dah balik Msia dia kirimkan brg2 ni dgn my auntie di KL sbb husb dia nk datang KK. So time tu asik duk call je tanya nenek dh pos ke blom bila ckp atok dtg hantar sebok duk tanya plak bila dtg lps tu siap suruh siap dlm beg baik2 tu hahaha..

Bila tau atuk ajis dia dh smp KK tak sabar2 dh nak pi jumpa atuk. Ble skali tu kami tgh mkn dia suh mkn cpt2 dia ckp dia dh kenyang jom balik. Skali bila tanya nk balik umah ke? Dia ckp iyer la tp kita pegi jumpa atuk ajis dulu nk amik toys. See.. pandai tak pandai bdk zaman skang.

Ada skali tu tgh duk webcam dgn auntie dia bgtau dia mkn durian sedap. My sis ni mmg x suke durian so dia ckp la x sedap but nasya ckp sedap la. Bila my sis tunjuk toys trus dan2 tu cakap durian tak sedap haha.. Siap ckp "eeee.. x sedap la durian tu kan nk muntah".. Dan hasil berpura2 itu dpt la Buzz Lightyear.

Akhirnya.. :)

Monday, August 2, 2010

kesian saya..

saya tak suke bila kena marah dengan bos pagi tadi uwwaaaa..

saya tak suka bila mood saya yg bersemangat nak bekerja di hari isnin ini tiba2 bertukar menjadi mandom. nak kata marah btol2 takde la tapi ayat yg dia cakap tu buat saya rasa tidak senang duduk. so kira kena marah la jgk tu kan.

bos saya seorang yg berpangkat hj. so kebarangkalian utk dia naik hangin adalah sangat rendah tapi bila pagi ini tiba2 dia hangin saya jadi takut eerrrrkkkkk..

sebagai PA yang menurut perintah saya hanya mendiamkan diri sahaja apabila kena marah huhu.. tapi dalam hati saya sangat sedih. apakah kesalahan besar yang telah saya lakukan??? adakah sebab saya tidak menjawab panggilan dan membalas sms bos smlm saya kena marah camtu.

bos.. bos.. bkn saya sengaja tak jawab tapi ketika dan saat itu saya di kampung dan hp saya habis bateri jadi mcmana sy nk tau bos call. msg bos pun saya baca jam 11.45 mlm. kan hari jumaat hari tu saya dah msg bos bgtau flight bos pagi ni saya dah uruskan. jadi kira confirm la bos ke kl..

kalau la aku ble explain camni dgn bos aku kan best tapi nk buat camne bos always right.. :( tapi aku rasa tak patut jugak bos nk marah aku klu tiket terima lewat dan dia tak packing apa2 lg. aku hanyalah menempah tiket tapi klu diaorg yg urus lambat so mana ble nak salahkan aku. lg satu bos x ble amalkan nk tukar or cancel tiket last minit sbb nnt akan timbul masalah2 camni seperti lambat terima tiket huhu..

masalah "saya tak packing apa2 pun lagi" salah aku jgk ke? dah tau nk outstation pagi ni sepatutnya kelmarin lagi la dah prepare semua mak nenek. kekadang alasan2 bos ni buat aku terpikir 10x. tapi apa2 pun aku tetap hormat dia sebagai bos. just think +ve la mungkin dia ada masalah lain la tu.

thanxs to ahkak cleaner yg bekerja di pejabat aku ni sebab dia banyak bagi kata-kata semangat supaya aku tidak sedey2 dan berfikiran ke depan. klu ada salah dan kelalaian aku tu aku terima je seadanya dan akan cuba buat lebih baik.

oh ya bercakap tentang berfikiran +ve ni saya sangat suka sebab ketika pulang ke kampung my hubby ujung minggu yg lalu saya dah kembali normal haha.. apa masalah aku? adakah sebelum ni aku tidak normal? oh tidak... nak tau kenapa korang ble baca di sini.

selepas kejadian tu hati aku ni mcm mandom skit la dan ala2 merajuk gitu hahaha.. sungguh tak senonoh kan. tapi nasib baik la aku cpt tersedar tak baik jgk klu aku nk 'merajuk' ngan org tua kan so aku abaikan je hal itu.

alhamdulillah la aku balik kampung dengan hati yang tenang dan fikiran yg tidak lagi berpikir macam2. aku dah ble suka makan ketawa macam biasa. dan paling best balik kali ni ble menikmati buah-buahan yg banyak giler walaupun takde durian. sebagai anak + menantu aku terima je apa yg dicakap tu sebagai nasihat dan luahan perasaan seorang ibu. thanxs jgk to my MIL yg mendoakan kami sekeluarga hahaha..

to mama jgn sedey2 arrr.. kami duduk jauh balik jarang2 bkn bermakna kami x sayang mama. sebulan sekali kami balik jgk tu melawat. nanti klu kami dah pindah semenanjung lagi la jarang dpt jumpa hehe (nak jgk selit ayat bikin panas tu). memandangkan hati aku pun dah ok hopefully lepas ni hati mama pun tenang la dan dapat terima dan merelakan jika kami berpindah.. :) kan bang.. (syg tau abg curi2 baca blog.. :p)