Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day


Hari ini 19 Jun 2011 adalah Hari Bapa Sedunia. Jadi saya ingin mengucapkan Happy Father's Day kepada abah saya yang berada di Kemaman. Terima kasih kerana menjaga saya dari saya kecil sehingga saya besar. Segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan memang sangat-sangat berharga. Semoga abah akan dilindungi dan dirahmati Tuhan selalu.


Kepada my hubby Happy Father's juga daripada mama dan Nasya. Walau apa pun kelebihan dan kekurangan dalam diri papa tetap papa yang hebat. Teruskan menjadi papa yang hebat sampai bila-bila. Sama-sama la kita berusaha supaya papa akan menjadi papa yang hebat untuk Nasya dan ANAK-ANAK kita hehe..

Kepada semua bapa-bapa di luar sana Selamat Hari Bapa untuk kalian.

Monday, December 27, 2010

Penchatter@Pen@Kekasih Lama

Hohoho.. Gosip panas secara exclusivenya aku mempamerkan gambar kekasih hati time belajar dulu. Si teruna ini la member chatting aku selama beberapa tahun dan kalau tak silap 4 tahun kot. Rindu giler nk jumpa mamat yg ensem ni.. :)

Agak2 klu laki aku baca entry ni dia mengamuk tak sebab aku duk tayang gambar bofren lama hahaha.. Dia tak kisah aihhh sebab si teruna ni dah selamat jadi laki aku skang ni. Semalam duk gode2 baca email lama skali terbaca email time bercinta dulu rasa geli hati la pulak. Macam-macam gaya email siap berlagu2 lg haha.. Date gambar ni di email kpd aku 27 November 2002 hoho lama giler kan. Now dah 8 tahun..

Saturday, November 20, 2010

ikan oh ikan..

Lama betol rasanya aku tak update blog ni.. Sejak blog diprivatekan blom ada entry yang terbaru kan. So hari ni aku ambil masa skit utk update blog setelah sekian lama. Weekend yang menyeronokkan petang tadi kami tiga beranak macam biasa keluar jalan. Plan hari ni nak ke tapak ekspo sambutan hari peladang dan pergi memancing. Di tapak ekspo aku beli 4 pokok utk hiasan di kawasan umah. Thanxs adik comel kerana menjual pokok dgn harga yg murah.

Aktiviti seterusnya memancing.. Lama dah rasanya aku tak pi mancing. kali ni mancing di pantai tg lipat je guna bottom umpan udang. Tgk la gambar tu sempat lagi my hubby rakamkan gelagat kami dua beranak menunggu ikan hehe..

Nasib kami baik hari ni dapat jugak menaikkan ikan walaupun seekor anak ikan kerapu bintik dalam jangkamasa yg sekejap. Bukan main seronok lagi Nasya bila mama dia berjaya menaikkan ikan. Yeah.. Champion gitu hehe.
Orang kuat yang berusaha menjayakan aktiviti memancing dengan jayanya. Aku ngan Nasya just pegang joran je tunggu dpt ikan tapi yang lain semuanya my hubby yg buat. Bermula pasang rod, pasang matakail dan pasang umpan semua diserahkan kepada kepakaran my hubby..
Sambil memancing tu kami berkelah menikmati takoyaki sorang satu 'bot'. Haaaa.. Takoyaki ni diletakkan dalam bekas yg berbentuk bot dan dalam tu ada 3 ketul takoyaki. Syok jgk kan sekali sekala dapat buat aktiviti camni sekali sekala. Korang tak suka memancing ke? Klu nak mancing mai la sini, KK ni dekat je dgn laut.. :)

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Hari Raya 2010

Assalamualaikum.. Salam Aidilfitri buat semua,

Org lain dah berkurun duk cerita pasal raya tp aku br terhegeh2 nk buka story. Biasa la aku kan slow motion skit nk bercerita pun kena tunggu mood yg baik. Raya tahun ni turn kat Sabah so memang sah2 la aku x dapat balik kampung. Huhu.. Sedey jgk tak dapat balik kampung mcm org lain sebab tak dapat nak merasa feel hari raya. Ingatkan feel tu mmg xde sampai raya tapi 2 hari sebelum raya feel tu dah mula mari. Hati dah berbunga2 nak pikir masak apa untuk juadah raya dan nak buat persiapan lain. Dan alhamdulillah raya tahun ni best..

Nak cerita banyak2 pun tak guna baik korang layan jerla gambar2 raya ni yer exclusive drpd ms nikon.. :)

Acara wajib di pagi raya sesi bergambar seisi keluarga. Syukur alhamdulillah raya tahun ni semua ahli keluarga sebelah mertua aku dapat berkumpul daripada anak beranak, menantu2 dan juga cucu.

Kami bagi keluarga aku tema tahun ni adalah warna coklat. Mula-mula plan nk tema kaler pink tapi cari baju warna pink x jumpa yg berkenan di hati so terpaksa la tukar tema. Tema utama warna coklat dan tema kedua cotton sedondon kaler biru tua. Tapi sayang gambar baju warna biru xde plak.

Ini plak sesi memohon ampun dan maaf di pagi raya. Memandangkan ini blog aku so aku letak gambar aku je la yer ekeke.. Walaupun sesi ampun dan maaf ni telah dilakukan oleh pasangan masing2 tapi kami kena berlakon skali lagi untuk sesi fotografi.. :)

Haaa.. Ini la cucu-cucu sebelah mertua aku. Skang ni ada 8 1/2. Kenapa setengah ye sebab ada sorang lg di dalam perut akan keluar tahun dpn. Tapi mana nk tau kan maybe 1 2 atau 3.. :) Kita tgk jerla gambar raya tahun 2012 nnt berapa org cucu yg akan bertambah.

Gambar my hubby dengan anak buah, Damia. Suka sgt tgk gambar ni sebab nampak mcm berseni dan ada value. Ini pandangan mata aku la yg bukan profesional. Dan tukang amik gambar ni x lain x bukan aku la muhaha.. Kira berseni jgk la aku amik gambar kan tambah plk dengan model2 yg fotogenik,macho dan cantik. Bertuah Damia kecik2 dah jadi model sambilan. Bukan model aku tau tapi model pakaian kanak-kanak Dahlia Pinata. Tak sabar ni nk tgk gambar Damia beraksi.

Ini plak gambar model yg dewasa skit hehe.. Aku dengan akak ipar (sis my hubby). Pic ni pun not bad jgk la kan ada seni dan value.

Setahun sekali.. Bila dah berkumpul ramai2 ada la idea2 yg diluar kawalan. Adik-beradik lelaki my hubby dan seorang menantu (baju coklat lembut) beraksi di hari raya. Gambar ni pun cantik dan ceria.. :) Haihhh.. Siapa la yg amik gambar ni ye mmg kreatif betol muhaha.. (Masuk bakul angkat sendiri lagikkk)

Ini plak gambar menantu2 pompuan dengan my SIL. Kami kan pompuan so kena la kontrol gedik skit. Bukan selalu tau dapat bergambar sama2.

Haaa.. Yg ni ada skit unsur2 gedik dh keluar tp aku suka tgk aksi my SIL dan Diana tu. Spontan dan aksi bersahaja..

Me and my hubby of coz bergambar kt tangga di rumah arwah nenek. Kira rumah pusaka la ni ada sorang makcik je tinggal kt sini. Banyak jgk ambil gambar di tangga ni tapi sayang lorr di cemari oleh aksi2 my BIL kt belakang tu.

Ini konon nk beraksi ala2 model jgk tau haha.. Boleh la daripada takde kan. Biasanya orang pasang pelita atau lampu warna warni kan tapi kat umah arwah nenek ni diaorg pasang lampu je lepas tu cover dengan bekas plastik. Kemudian pasang la keliling rumah bagi cantik. Jimat dan mudah kan..

Gambar ni time pegi beraya kt rumah Jiya di Tuaran. Ini la makcik sorang ni klu bergambar je mesti nk tutup muka. klu tak tutup muka mesti pakai topeng. Haihhh.. Ada2 je la ko ni kan. Dan terima kasih la kerana menerima kedatangan kami dan menyediakan hidangan yang sedap.

Tengah khusyuk ni duk dengan husb Jiya bercerita. Sambil tu duk makan mee udang dari Penang. Nyumm.. nyummm.. memang sedap. Terubat rindu kt mee udang Sg Dua.

Last skali sesi bergambar kami satu family. Thanxs Jiya and hubby yg rajin snap sana sini dan ilmu yg dikongsi bersama. Insya-Allah ada rezeki umur panjang kita jumpa lagi yer. Thanxs juga sudi berkunjung balas ke rumah aku.

Sesi beraya di rumah Farah @ rumah besan @ jiran setangga.. Thanxs kerana menjamu kami dengan nasi dagang gulai ikan aya @ tongkol dan kari ayam. Syukur alhamdulillah kenyang kami malam tu.

Friday, August 6, 2010

Jesselton Point

Lokasinya terletak di bandaraya Kota Kinabalu. Tempat ini menjadi laluan kepada para pelancong untuk menaiki bot menuju ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu.

Kepingin mau makan nasi padang membawa ako dan keluarga ke sini. Rasanya lama udah aku ngak ke mari. Makanan di sini semuanya enak2 belaka. Sesiapa yang datang ke Kota Kinabalu harus mencoba dong hehe.

Tempat bersantai yang cantik dan tenang untuk seisi keluarga kerana angin di sini bertiup sepoi2 bahasa. Bila angin bertiup tu rasa sejuk je maklum la lokasi ni terletak di tepi laut. Banyak gerai-gerai yang terdapat di sini selain ada gelanggang futsal.

Yukk.. Tanyarin khabar ibubapa di kampung.. :) Hello..hello..

Jika penat berjalan bisa aja beristirehat di sini. Banyak kerusi yang disediakan di sini untuk para pelancong "melepak". Waduh waduh.. tenang skali berada di sini.. :)

Ya ampun pak... Jangan dong dibuang anak itu.. :p

Thursday, July 1, 2010

happy birthday WAN NUR AFIQAH

Entry ni aku dedicate khas untuk myluvly sis yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 23 tahun. Tak sangka pejam celik pejam celik dah makin tua adeq aku yg sorang ni hehe.. Congratz la boz dh abis exam a few days ago dan skang tgh melepak2 tunggu my mum pegi sana. Uhhh.. Sy sangat jeles okey sbb x dapat nak join sama. Hopefully both of u enjoy la nnt.


To my luvly sis I'm very happy to be ur sister.. :) Tetiba entry ni rasa macam mengusik jiwa aku sebagai seorang kakak. Thanxs a lot to my sis kerana menjadi seorang adik yang baik. Dulu masa kecik-kecik tak terasa sangat erti kasih sayang ni but now bila dah dewasa ni aku rasa sangat penting erti ikatan kasih sayang. Skang aku boleh share everything dengan my sis yang sentiasa berkongsi suka duka dan everything la. Tak sangka plak luahan hati aku sebelum ni rupa-rupanya ada juga orang yang peduli. Ada juga orang yang sudi berkongsi kekeliruan di otak fikiran aku ni. Thanxs ya sis.. :)


Malam tadi lepas ja chat jup ngan my sis tak sedar-sedar aku ble menangis plak. Huhuhu.. tetiba rasa sayu tu datang aku rindukan semua orang yang berada jauh daripada aku. Nasib baik la my hubby takde so tangisan tu hanya aku dan nasya je yang tahu dan nasya pun nangis jgk. Reasonnya aku pun tak pasti tapi slps aku menangis nasya plak sambung dengan keadaan yang sangat sedih dan teresak2 mencari papa dia. Dalam tangisan tu sempat lagi anak kecil sorang ni menceritakan teacher di sekolah marah dia la, dia takde kawan la, dia sedih sbb tak boleh naik kereta la. Aku heran jup kenapa tiba2 dia cakap begitu rupa-rupanya dia tak ble naik kete sebab kereta kotor then request nk kerete baru haha.. Dalam duk bersedih tu sempat lagi nasya buat lawak.
Dan hari ni kesedihan serta kerinduan tu masih ada lagi dalam diri aku. Now ni tgh berfikir samada nak balik ke tidak bulan 8 nanti sempena bln puasa. Yerla.. Tahun ni aku beraya rumah mertua so teringin jugak nak balik sambut puasa sama-sama di kampung. Dah tanya my hubby dia izinkan tapi klu balik pun aku dan nasya jer la sebab balik pun tak lama just 5 hari. Klu aku balik bln 8 maknanya bln 12 aku tak balik la. So ble la request my mum & bzday gurl datang sini yer..

Thursday, June 24, 2010

happy father's day

walaupun father's day dah beberapa hari berlalu tapi aku baru terhegeh-hegeh nak buat entry hehe.. takpe laaa "better late then never" kan.. to my hubby mr mohd hardy diman on be half of nasya i wished u happy father's day. thanxs for being luvly 'papa' to my luvly doter.. :) and also to both of my fathers hj wan nawang wan ali and hj diman yussof, happy father's day jgk. dan tak dilupakan juga ucapan ini utk ipar duai, sedara mara, sahabat2 dan sesiapa sahaja yg bergelar bapa. tanpa kalian tiada la insan bergelar ANAK di dunia ini.. :)

bersempena hari bapa yg jatuh pada hari ahad yang lalu aku tak buat apa2 sambutan special pun. kek pun x buat sbb tau dah mesti x abis makan punya so utk menghargai papa nasya aku belanja la makan di secret recipe di suria sabah. sebelum tu aku layan tgk movies berdua je ngan nasya. huhh.. 1st time ni tgk wayang berdua je ngan nasya without my hubby. my laling kononnya nk pi mancing la x mo join kami so dia turunkan kami tepi jln je. aku ni ngan mulut muncung trus je jalan masuk suria merajuk la konon smp x dengar my laling panggil. masuk suria tu terus naik lif pi tgkt 8 nk tgk jadual movie. nasya asyik2 duk ajak tgk toy story 3 so dah ada peluang ni aku bawa la dia tgk toy story 3 jam 220. mula2 nak tgk kul 145 tp dh full so round2 jup lps tu beli popcorn, sweet corn dan air mineral utk bekalan kami di dalam nnt hehe..

wahhh bkn main seronok lg nasya dpt layan toy story 3. kali ni sampai abis dia tgk sbb slalunya separuh citer je mesti dia akan tidur klu citer tu x kena ngan mood dia. abis dlm 430 laaa.. dah abis tgk wayang aku masuk metrojaya nk bawa nasya pi minum2 tup skali aku rasa mcm ada org mengekori. uhhhh cemas sehh.. rupa2nya my hubby terkedek2 follow dr belakang. stat bila dia follow pun aku x tau hahaha.. bikin terkezuttt je. dia ckp dekat dua jam dia pusing cari aku haha.. tu la sape suh xmo join dr awal kan dh rugi x dpt layan toy story 3 dan mancing pun x.. tau pun sayang anak bini yer en hardy ekeke..

bila dh berjejak kasihan di dlm metrojaya tu apa lg pi la isi tangki perut. mama belanja kat SR. aku makan tomyam kung dan nasya ngan papa share makan macaroni cheeese. uhhhh licin nasya makan sbb lapar sgt la tu. aku as usual la mesti x abis punya sbb tu oder 2 jenis mknan je selebihnya my laling yg abiskan hehe.. dah abis makan minta desert plk utk nasya banana split dan papa nasya chocolate banana. mama ceduk la sana sini sbb nak kena abiskan desert yg x abis nak makan tu. berbaloi jgk la mkn kat sini wpun harga di sini mahal skit tp mknan yg dihidangkan sedap dan kuantitinya banyak. so anda tidak akan rugi jika berada di sini hehe.. minuman aku oder 2 jugak satu ice blend satu lg air apa ntah lupa plk aku nama dia. rasa lebey kurang je tp tu la panjang sgt nama. apa2 pun syukur alhamdulillah kami semua kekenyangan dan senang hati hehe. on da way balik singgah tg lipat jup utk papa melepaskan gian nk baling joran. lepak lam 20 minit kt tepi laut tu kami pun balik.

agenda malam pegi umah my SIL plk di inanam. nak hantar kasut dan tracksuit my SIL yg aku guna dulu. huhu.. berkurun aku simpan kasut ngan suar dia tu nasib baik masih ok. rezki mlm tu makan dinner kat umah dia walaupun aku masih kenyang aku jamah la skit dan selebihnya aku suapkan nasya. berselera diaorg makan ramai2 dan my laling cam biasa la klu dah ke sana mesti layan ps2 seround dua. dan abis main dekat kul 10 tu kami pun balik umah sbb bsok nak keje. itu je la xtvt on last sunday sempena hari bapa.. :)

Thursday, June 17, 2010

cuti2 balik kampung

setelah didesak beberapa kali oleh adik dan juga my kazen aku cuba la update cerita time cuti2 msia aritu walaupun mood nak bercerita xde lagi. now ni klu nak bercerita je mesti kena tunggu mood klu tak aku rasa mcm tak ori je hasil karya aku haha.. boleh ke mcm tu? apa pun yg aku update kat sini telus dan jujur dari hati. ehhh apsal tetiba citer bab blog plak ni.

k la bercerita bab holiday ni memang seronok sgt sebab bkn selalu dapat balik kampung kan so bila dah bercuti ni semua rasa macam loose je diri aku ni. bkn loose mcm xde apa2 tau tapi rasa lain la. mcmana eh nak explain takpe la biar aku je yg tau mcmana perasaan aku bila dpt balik kampung ni. 24 hours of coz la dapat berkepit ngan my laling dan nasya, kedua tak yah pikir2 nak pegi keje ke urus hal keje ke( hehe bagus kan pekerja camni :p), dan yang penting aku bebas nak buat apa2 or pegi mana2. yerrr itu la kesempatan yang datang sekali or dua kali setahun bila dpt balik kampung.

balik kali ni spend time lama skit kt kampung. seminggu di kemaman seminggu di kl. kesempatan yg ada tu ble la jumpa member2 skolah yg dh lama x jumpa. masing2 dah beranak pinak hehe.. kepada my fren yg x sempat nk jumpa sory la erkk insyallah next time kita jumpa lg. dan semestinya balik kali ni keje makan je sampaikan dah naik montel badan aku nih huhu.. masuk ofis semua tegur badan aku makin naik huhu.. sedey sedey tapi memang itu la hakikatnya. aku pun x tau nape sejak kebelakangan ni badan aku naik dengan mendadak skali. tak kurang juga yg ckp aku preggy.. klu btol syukur alhamdulillah tp hakikatnya tidak.. :( dah buat test result -ve tp aku rasa bdn aku ni mcm org preggy je asik duk cari jeruk mangga huhu. terlalu obses nak dpt baby kot smp terbawa2 dah. oh tidak.. aku nak kena buat sesuatu la sebelum badan aku jadi belon. (ana, berbaloi x treatment yg buat tu???). terpaksa la dapatkan pandangan ipar aku yg sorang ni sbb dia pun dlm usaha utk mengembalikan berat badan yg normal. okeh.. stop bout that story klu duk pikir2 rasa sakit ati je.

salah satu benda yg menarik adalah kunjungan ke sunway lagoon. slalu duk bawa pi mandi laut mandi air terjun kali ni bw pi mandi lagoon buatan plk. so far ok la nasya happy sampaikan tak mo balik. asik nak berendam dlm air je klu duk dlm pelampung xpe jgk ni tak eksyen nak jln sendiri lam air. dulu penakut giler now terlebey berani la plk sana sini nak redah. to my hubby, my bro and my cousin thanxs for join us and make me happy.. :) korang layan je la gambar kt bwh ni yer.



selain pi sunway lagoon sempat la jugak aku pegi majlis kawen adik kepada schoolmate aku di smksi dulu. sehari balik esok tu terus pi umah dia makan nasi minya. sedap..sedap.. sebab dah lama tak makan nasi minyak kan hehe. sempat la jumpa dan bergathering dengan member2 lama time skolah dulu. walaupun x ramai dan sekejap tp bagi aku sudah cukup bermakna tau. so layan lagi pic time kenduri tu yer.

kek kawen tu telah dihasilkan oleh my student hehe konon la.. dia panggil aku cikgu so kira anak murid la jgk kan ekekeke. walaupun bkn cikgu secara prof tp seronok jgk la bila apa yg dikongsi bersama tu dpt dipraktikkan oleh kwn kita dan hasilnnya mmg x mengecewakan. congratz to u dona dan teruskan berusaha k. sekian saja laporan utk kali ini hehe..


Wednesday, March 3, 2010

sg. kiulu bak air milo kurang susu

ini cerita last weekends sewaktu berpiknik di sg kiulu, tamparuli.. aku bajet syok la tapi mcm hampeh je sebab kawasan kitaorg lepak tu tak best ala-ala belakang rumah org je walaupun tempat kami lepak tu jauh la skit dari rumah orang but still ada org lalu lalang kt situ. plan awal aku nak buat spagetti utk bekal pagi tu skali tgk alahai spagetti ciput je nak bagi makan orang pun buat lekat celah gigi je. so aku dengan muka tak malu bawa bekal air mineral ngan air kotak je ekeke.. nasib baik fren my hubby tu masak byk dia ckp tak payah bawa makanan dah. kebetulan plk yerk hihihi.. (thanxs to wife pokteh yg masak byk makanan).

piknik ala-ala santai bersarapan pagi di tepi sg ni disertai 4 sekawan la yg bawa bini masing. sorang bawa anak(aku la tu), 2 bawa bdk dlm perut dan sorang free. kesian la nasya yang boring giler sebab takde kawan nak main last-last menempek ngan aku jerk. lepas dh isi perut nasya ajak mandi tapi aku tak bawa baju sebab dah mandi awal di rumah so papa la yg kena bawa nasya yer kebetulan dua-dua memang tak mandi dari rumah. so jadi badak berendam la di dalam sungai tu.. nampak macam deras je air tu tapi tu la tak menarik sebab keruh warna pun ala-ala air milo terlebih susu but sejukkkk sangat. di musim yang panas ni mmg syok la berendam dlm sg tu. act sg tu adalah air daripada air terjun nun di atas sana. tp sebab kami lepak di bawah je so jadi laa lepak tepi sg.

nasya bukan main lagi nak mandi tapi bila papa dia bawa masuk sg waaaaa.. menangis-nangis haaa takut. konon je nak mandi tapi penakut. last duk tepi atas batu je ngan aku duk main air. main-main air lepas acah-acah skit haaa mula la dia seronok then skit-skit dah boleh di bawa ke dlm air. bukan apa pun dia takut tgk air ala-ala ribut tu kot. tapi bila dah seronok main air duduk atas my hubby kt tgh sg tu ok je pun. saje nak wat drama erkkk...

Wednesday, February 17, 2010

Trip To Kudat

Syukur alhamdulillah.. Trip yang dirancang utk ke Kudat kali ni telah ditunaikan tanpa sebarang masalah. Percutian kali ni disertai skali oleh my BIL dan SIL so kami gerak 2 biji kereta. 13 Feb seawal jam 9 pagi kami dah keluar dari rumah. Mula-mula pegi isi tong perut dulu sebagai bekalan di awal perjalanan. Lepas dah siap bf semua kami pun bergerak la ke Kudat dan perjalanan lebih kurang 3 jam plus berhenti-henti dan meredah beberapa kawasan yang jalannya rosak. So far ok takde masalah sepanjang perjalanan ke sana. Tak sabar ni nak smp bandar Kudat hehe jakun la katakan sebab tak pernah pegi lg. Bila sampai je sana ok la bandar Kudat takde la besar macam bandar KK ni. Mula-mula sampai my BIL bawa pusing-pusing pekan dulu cari tempat makan tengahari. Maklum la dah tengahari masing-masing pun dah kelaparan. Memandangkan cuti raya cina banyak kedai yang tutup so kami makan je la mana-mana kedai yang buka. Tengahari tu aku makan soto ayam je utk alas perut sebab mlm nnt konon nak makan seafood la. Nasya ngan papa dia makan nasi dengan sup ayam dan sup perut. Ok la kenyang jg perut syukur alhamdulillah..

Dah siap makan kami pun bergerak ke hotel utk check in. Sebelum tu aku bgtau la kt my hubby cuba tanyakan di Ria Hotel kot-kot ada bilik kosong. Syukur.. Klu dah rezeki tu memang tak ke mana la kan. Kebetulan memang ada 2 bilik kosong so apa lagi kami terus check in la. Sebab sebelum ni aku dah call hotel ni utk booking tp semua bilik penuh so aku booking di Upper Deck Hotel (mmg btol2 upper deck sbb hotel ni terletak di atas pasaraya milimewa). Gambar hotel ria takde sebab lupa nak ambil gambar.


Perut dah kenyang hotel pun dah check in so kami semua rest-rest dulu kat bilik, semayang zohor dan ble lg tu tido satu round hehe.. Penat la katakan masing-masing terus pengsan bila dah masuk bilik tu. Sedar-sedar dah jam 4.30 ptg so aku kejutkan my hubby dan juga anggota-anggota lain di bilik satu lagi. Lepas asar kami pusing-pusing skali lagi then my BIL bawa pi jalan-jalan kat Esplaned Sidek (waa x tau plak Cdiq ada tanah kt kudat ekekeke). Nothing yang menarik pun just ada kerusi-kerusi untuk duduk dan ada la 3 4 org hamba Allah sedang memancing. Time tu matahari terik lagi so x ramai lg yang datang. My hubby suka la sebab dia ble mancing tercapai la hajat nak labuh joran kat situ. Lepak-lepak jalan-jalan ronda tengok sangkar ikan tapi my hubby langsung tak dapat ikan hahaha.. My BIL dapat la jugak 2 ekor anak-anak ikan kerapu dan batu. Itu jerla xtvt di petang hari pada hari pertama di kudat.

Sebelum balik sempat la tengok matahari terbenam. Gambar kat atas ni di ambil beberapa minit sebelum berangkat pulang ke hotel. Nasya bukan main seronok lagi main berlari-lari dengan kazen dia yang sorang tu (Nani) dan ada satu kali tu berlari sampai terjatuh. Haaaa lepas tu mula la nangis sebab sakit. Abis calar balar kepala lutut tu. Nak ajak bergambar punya la susah sampai papa dia nak kena tangkap dan pegang utk seketika. Tgk la gambar kat atas tu nak bergambar pun nangis sabor jer la.

Hari kedua sebelum balik pagi-pagi tu seawal jam 9 pagi aku bertolak ke Tg. Simpang Mengayau untuk pergi ke Tip Of Borneo. Alhamdulillah.. hajat telah tertunai utk menjejakkkan kaki ke hujung borneo ni. my BIL tak ikut sebab diaorg bawa baby kecik nanti takut kena gangggu plak sebab diaorg ckp kat kawasan ni banyak jin-jin dan benda tak baik. Tip Of borneo ni tempat pertemuan dua laut dan so memang tak berapa bagus la. Time kami pegi ni cuaca punya la panas matahari duk terpacak atas kepala. Huhuhu.. berpeluh-peluh jalan tapi puas hati sebab dapat tengok ciptaan Tuhan yang sangat cantik.

Kawasan ni takde la besar sgt so ble la nak jalan-jalan tengok semua kawasan. Kepada sesiapa yang bercadang nak datang bercuti ke Sabah jangan lupa masukkan lawatan ke Tip Of Borneo ni dalam jadual korang yer. Walaupun jauh dari KK dan penat tapi agak berbaloi bagi yang menghargai keindahan cewahhhh..

Tengok la aksi anak dara sorang ni tak reti nak duduk diam ada je keje nak buat. Kalau duk diam pun mulut plak tak berhenti ada je dia nak cakap. Ala-ala iklan burung murai gitu jenuh nak menjawab. Lepas apa..apa..pastu apa lagi.. To auntie kanggaroo yg dah lama nak tgk Nasya tgk jerla aksi ni yer hehehe.

On da way balik ke KK kami singgah di kampung yang menternak lebah secara komersial. my SIL nak bawa balik madu asli so jenuh jugak la duk intai sana sini nak cari madu ni. Nasib baik on da way ke kudat tu aku terperasan sing board kampung madu ni. Seronok juga ble tgk lebah dekat-dekat dalam sarang lepas tu kami ble rasa madu yg fresh dari sarang tu. budak yang baju kuning tu ada la bagi penerangan skit-skit then dia potong sarang lebah palsu bagi kami rasa. Sedap memang sedap tapi tekak aku ni rasa semacam je sebab manis sgt kot. My hubby sempat belikan 1 tapau sarang lebah yang ala-ala gula-gula getah tu. Murah Rm10 je.. My SIl beli 2 botol madu asli. Kemudian kami teruskan perjalanan menuju ke KK dan ada la 2 3 kali berhenti sepanjang perjalanan tu utk soping jagung bakar, kacang-kacang, my SIL beli tanah dan singgah di Kota Belud utk semayang asar. Lewat petang jgk la kami sampai KK ni dekat-dekat nak magrib la. Dinner malam tu kami melantak di Restoran Gayang then my BIL teruskan perjalanan pulang ke rumahnya.

Thursday, October 15, 2009

>>happy birthday MUM<<


entry khas untuk my mum yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 54 tahun pada tahun ini. semoga mak terus dipanjangkan umur, sihat dan ceria selalu hehe. walaupun kami (aku + nasya + menantu tunggal + my sis) berada jauh dari mak, kami semua sentiasa mendoakan kesejahteraan mak dan keluarga di sana. nanti la tunggu next next next birthday bila semua dh ada kat sana kita ble celebrate ramai-ramai. hadiah untuk tahun ni kami semua buat surprise dari jauh je la. to my mum aku order 25pcs cupcakes dan my sis order flower. nnt kita tgk mcmana rupa hadiah tu yer.. :)