Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya Mengaummmm!!!!


Aummmm!!! Tak sabar nak tunggu Harimau Malaya mengaum malam ni. Saya pun tak sedar sejak bila saya fanatik dengan bola sepak tapi seingat saya maybe sejak kebangkitan skuad kebangsaan. Pemain-pemain yang nak beraksi saya pula yang rasa gemuruh dan berdebar-debar hehe..

Kepada skuad Harimau Malaysia selamat maju jaya untuk pertempuran malam ini. Daripada sokongan dan semangat yang ada daripada rakyat Malaysia saya yakin kita mampu menundukkan sang singa malam ini. Apa-apa kita semua doakan yang terbaik semoga kejayaan akan menjadi milik kita untuk beraksi ke peringkat seterusnya.

Thursday, February 24, 2011

Harimau Muda Tunjuk Taring

Ohhh tidak!!! Malam tadi sekali lagi pasukan Malaysia membuktikan keunggulan mereka  apabila berjaya menewaskan Pakistan dengan skor 2-0. Alahai.. Sukanya mak tau sebab Malaysia dapat skor 2 gol sekurang-kurangnya bila kita bertandang ke Lahore nanti takde la perit sangat. Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua tiada gol yang berjaya dihasilkan.



Apa-apa pun tahniah kepada skuad Harimau Muda hasil bimbingan jurulatih Ong Kim Swee. Perlawanan pertama Kelayakkan Olimpik (Asia) 2010 ini telah selesai malam tadi dan kita tunggu pula pusingan kedua 9 Mac 2011 nanti di Lahore. 

Jika dilihat malam kelmarin Malaysia sebenarnya mempunyai peluang yang banyak untuk menjaringkan gol tapi nasib tidak menyebelahi kita. Diharapkan pada perlawanan di Lahore nanti pasukan Malaysia akan terus bersemangat untuk menjaringkan lebih banyak gol.

Penyumbang gol pertama Malaysia seawal 4 minit perlawanan iaitu  Wan Zaharul Nizam Zakaria.

Sekali lagi tahniah kepada pasukan Malaysia.. Malaysia Boleh!!!

(Masih lagi tertanya2 ni sejak bila saya menjadi kaki bola yer. Adakah ini petanda saya akan mendapat anak lelaki nanti muhahaha... )

Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA Juara Piala Suzuki AFF 2010


Tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya kerana telah berjaya menjulang Piala Suzuki AFF malam tadi. Ternyata bekalan 3 gol daripada Stadium Bukit Jalil sangat-sangat membantu kemenangan Malaysia kali ni. Nasib baik Malaysia menang.. :)

Tapi gerun jgk aku tgk Indonesia main semalam, tak abis-abis timnas diaorang duk serang pertahanan Malaysia. Nasib baik jugak la pertahanan Malaysia kebal pada separuh masa pertama tu. Dan hasilnya 0-0. Skuad Malaysia boleh la menarik nafas lega time ni. Syabas jugak untuk penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi yang menjadi wira malam tadi kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang dilakukan oleh ketua pasukan Indonesia.


Masuk separuh masa kedua Indonesia tak berputus asa lagi dan diaorg terus mengatur serangan demi serangan yang berbiasa. Dan akhirnya Malaysia dengan bergaya berjaya membolosi gawang Indonesia di hadapan 95000 penyokong fanatik Indonesia untuk gol pertama malam tadi. Time tu terbayang-bayang dah konpem Malaysia jadi juara. Tak lama lepas tu gawang Malaysia pulak dibolosi pihak lawan. Cettt.. Dapat jugak diaorg 2 gol.

Walaupun kemenangan berpihak kepada Indonesia malam tadi tapi bila dikira agregat yang ada sebelum ni juaranya tetap Malaysia. Syabas untuk skuad Harimau Malaya dan juga Garuda yang telah patah sayapnya.

Lain kali sila la belajar menerima kenyataan kekalahan. Jangan asyik nak berprovakasi je sana sini. Last-last negara sendiri jugak yang malu sebab mempunyai rakyat-rakyat yang berfikiran kolot.

Kepada rakyat Malaysia bersama-sama la kita raikan kejayaan kali ini dengan bercuti pada hari JUMAAT.. :) Terima kasih jugak kepada Perdana Menteri kerana keprihatinan beliau dalam hal ini.

Aksi penyokong Indonesia yang sengaja menyerang mental skuad Harimau Malaya.

Monday, December 27, 2010

Harimau Baham Garuda

Itu la hakikat yang terjadi malam tadi ketika Final Pusingan Pertama berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Walaupun aku ni bukan kaki bola yang tegar tapi bila ada perlawanan-perlawanan yang penting (time final je) aku tak terkecuali untuk menonton.

Kami sampai dari kampung lebih kurang jam 815 malam dan time tu perlawanan baru je bermula klu x silap. Singgah Sala Thai kami layan bola sambil makan malam. Bila dah sampai waktu rehat sedang elok la kami dah abis makan. Lepas dah bayar semua terus balik sambung kat rumah pulak.

Pusingan pertama takde skor pun masuk pusingan kedua baru la Malaysia dapat skor. Huhhh.. Tak percaya rasanya Malaysia dapat belasah Indonesia 3-0. Chaiyok...chaiyok.. Skuad Malaysia kali ni memang main dengan prestasi yang bagus. Rasanya dengan bekalan 3 gol ni akan memberi peluang yang cerah Malaysia menjadi juara. Tapi tak ble nak selesa jugak sebab pusingan kedua nanti kita akan bertandang ke rumah pihak lawan. Huhu.. Memang gerun seh.

Jom kita baca petikan daripada Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR – Dendam terbalas! Garuda tersembam ke bumi dibaham Harimau Malaya. Nampaknya reputasi gah Indonesia sekadar omong kosong apabila anak-anak buah K. Rajagobal memastikan penyokong Malaysia berpesta di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemenangan cukup menyakinkan, 3-0.

Luka kekalahan 1-5 di Jakarta telah diubati dengan kemenangan berharga ini dan Malaysia kini berpeluang cerah menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama.

Turut menyaksikan kemenangan bersejarah itu ialah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dif-dif kehormat yang lain.

Dianggarkan sebanyak 85,000 penonton membanjiri stadium pada malam, semalam.

Nama Safee Sali layak disanjung sebagai wira Malaysia kerana dua golnya pada minit ke-59 dan 71 selain Mohd. Ashari Samsudin pada minit ke-67 memastikan Malaysia membuatkan Indonesia pulang dengan penuh kekecewaan.

Kemenangan ini sudah pasti memberikan kelebihan besar buat Malaysia yang akan bertandang ke bumi Jakarta pada Rabu depan untuk perlawanan akhir kedua.

Walaupun beraksi agak gementar pada separuh masa pertama, percaturan bijak Rajagobal memasukkan Ashari dan mengeluarkan

Mohd. Amirulhadi Zainal untuk menukar rentak serangan sebaik bermula separuh masa kedua membuahkan hasil lumayan buat pasukan negara.

Ashari bagaikan menjadi senjata sulit negara apabila serangan dari arah sebelah kiri jelas bertenaga dan membuatkan benteng Indonesia dalam keadaan kucar-kacir.

Detik gemilang Malaysia bermula 14 minit pada separuh masa kedua, apabila pengantin baru yang melangsungkan majlis persandingannya, Norshahrul Idlan Talaha bijak menghukum kesilapan Maman Abdurachman di sebelah kanan sebelum melorongkan bola kepada Safee yang tidak dikawal untuk memberikan gol pembukaan buat Malaysia.

Keyakinan Garuda sedikit terjejas selepas Malaysia meraih gol pertama dan kesempatan itu diambil oleh pemain Malaysia, hasilnya, Ashari melakukan rembatan menarik dalam kotak penalti pada minit ke-67 untuk menewaskan Markus yang hanya mampu tergamam.

Keadaan di Bukit Jalil gegak gempita sementara penyokong Indonesia terus bermuram apabila Malaysia memperoleh gol ketiga hasil hantaran silang yang cantik daripada bek kanan, Mahalli Jasuli sebelum disudahkan melalui tandukan Safee pada minit ke-71 bagi meletakkan Harimau Malaya kini sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF.

Selepas gol tersebut, aksi pemain Indonesia semakin longlai, namun sebaliknya keyakinan pemain Malaysia semakin menggila, malah hampir mendapat gol keempat melalui sayap lincah negara, S. Kunanlan pada masa kecederaan tetapi Markus sempat menghalang.

Dalam aksi di Jakarta nanti, Malaysia sudah pasti akan kehilangan khidmat Mohd. Amirulhadi Zainal yang mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan ini sementara Indonesia pula terpaksa meratapi ketiadaan Oktovianus Maniani yang turut menerima nasib yang sama.