Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day


Hari ini 19 Jun 2011 adalah Hari Bapa Sedunia. Jadi saya ingin mengucapkan Happy Father's Day kepada abah saya yang berada di Kemaman. Terima kasih kerana menjaga saya dari saya kecil sehingga saya besar. Segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan memang sangat-sangat berharga. Semoga abah akan dilindungi dan dirahmati Tuhan selalu.


Kepada my hubby Happy Father's juga daripada mama dan Nasya. Walau apa pun kelebihan dan kekurangan dalam diri papa tetap papa yang hebat. Teruskan menjadi papa yang hebat sampai bila-bila. Sama-sama la kita berusaha supaya papa akan menjadi papa yang hebat untuk Nasya dan ANAK-ANAK kita hehe..

Kepada semua bapa-bapa di luar sana Selamat Hari Bapa untuk kalian.

Saturday, June 18, 2011

iPhone 4 Dalam Genggaman


Akhirnya iPhone 4 ini berjaya juga berada dalam genggaman setelah sekian lama menanti. Thanks to my hubby untuk hadiah yang sungguh best ini. Serius takde ayat yang boleh diucapkan lagi selain "Saya suka sangat".

Hadiah ini sempena birthday tahun ini. Itu la yang saya cakap hadiah terpaksa claim lambat sebab banyak nak kena buat. Now saya dah guna no baru sebab no yang saya guna sebelum ini prepaid so untuk menyesuaikan kegunaan iphone ni saya gunakan line 019-***4611. 4611 sempena birthday pada 4.6.2011. 

Sekali lagi thanxs my dear.. Walaupun i selalu cari gado dgn u tapi u tetap sayang i hahaha..


Wednesday, March 30, 2011

27 Mac 2011 Yang Lalu


Adalah hari lahir my dear hubby yang ke 31 tahun. Tahniah kerana umur anda telah meningkat setahun lagi. Semoga dengan pertambahan umur ini akan mendewasakan lagi diri kita dalam melayari kehidupan dan alam rumahtangga. Tengok la tu.. Kalau dah tengok cd pancing bukan nak peduli kiri kanan dah. Apa-apa pun cinta hati saya ni tetap encem kacak bergaya walaupun saya dah jumpa satu uban putih di kepala.


Birthday big boy yang diraikan di The Manhattan Fish Market, 1 Borneo.

Plan asal nak belanja makan di Restoran Nelayan Bukit Padang tapi memandangkan restoran tu buka jam 6.30 petang so kami tukar plan ke pasar ikan hehe.. Tapi kali ini birthday big boy yang belanja. Turn mama belanja coming soon di Gayang maybe.


For starter kami order Fried Calamari. Minuman untuk birthday papa kami order Kebaboom as above. Ala-ala ice blended then atas atas tu ditabur dengan biskut Oreo yang dihancurkan slurrppp.. Untuk Nasya pula ambil Fishing Set No. 2 ada fish fillet + fries + orange juice.


Ini pula mama ngan papa punya. Hari tu kami sehati sejiwa order makanan yang sama Grilled Norwegian King Salmon Fillet with rice. Kalau la tahu nasi dia banyak camtu baik amik with rice satu and with fries satu. My hubby licin la makan tapi saya licin makan ikan je nasi tak habis sebab banyak sangat. Before sampai my menu tu saya dah cukai fish fillet Nasya hehe.. Tambah lagi fried calamari memang penuh la perut.

For dessert saya order Manhattan Mud Pie. Tengok nama ingatkan macam pie ayam ke pie daging ke rupa-rupanya ala-ala brownies juga dan di dalam ada ais krim. Nasib baik dah tanya awal-awal sebelum order kalau tak mesti cakap silap hantar. Thanxs to my hubby yang sudi belanja kami petang itu walaupun plan asal orang lain yang belanja.

Dan sebagai ganjaran birthday tahun ini saya hadiahkan jam tangan. Jam tangan ini dipilih sendiri oleh my hubby. Seriusly saya tak berapa berkenan jam tangan ini tapi dah tuan badan nak sangat ikut je la. 


Mula-mula saya pilih jam lain tapi bila tengok birthday boy dah muncung 14 depa saya ikut je la apa yang dia pilih. Macam jam budak-budak pun ada tapi sebab utama my hubby nak sangat jam ni kerana jam ini ada fungsi-fungsi untuk memancing. Ala-ala gps la kot sebab boleh set pasang surut air dan macam-macam fungsi lain. Takpe la janji birthday boy gembira dan lepas tu meleret sampai ke telinga la duk senyum hehe.. Baju tu pula hadiah daripada Nasya tapi mama juga yang bayar. Nasya ni pemurah semua dia nk beli untuk papa untuk mama tapi bila tanya siapa bayar jawabnya "Mama lah..". Sepasang baju kerja + slack + anak2 kecik + stokin.  

Papa punya birthday tapi Nasya pun dapat hadiah juga. Memang lama dah teringin nak beli kasut Adidas untuk Nasya tapi tak juga terbeli dan kebetulan kali ini ada rezeki lebih so saya belikan sepasang. Nasib memang menyebelahi kami sebab time tu ada kasut Adidas limited edition Toy Story 3. Apa lagi Nasya bila dah pegang tu tak lepas la selagi tak beli. Dah beli kasut tu dapat pula boucer RM10.00 so tambah lagi beli stokin.

Dan yang bestnya sebab kotak ini sangat cantik. Of coz mama tak buang punya. Bila dah kasut baru tu mula la sibuk nak pakai tapi setakat hari ini kasut itu masih tersimpan rapi dalam kotak. Kesian anak dara saya tak dapat nak pakai kasut baru. Tambahan pula sekarang ni musim hujan lagi la sayang nak pakai kasut tu takut kotor. Sebenarnya tujuan kasut ini dibeli sebab nak berjalan jauh hehe.. Sesuai la untuk digantikan dengan kasut Crocs Hello Kitty Nasya yang dah lusuh gila.

Sayang nak buang kasut tu sebab kasut tu la Nasya suka pakai ke hulu ke hilir sampai sekarang. Orang cakap alah membeli menang memakai. Berbaloi la beli mahal-mahal pun tapi boleh pakai lama dan tahan sehingga ke hari ini.

Hadiah saya mana???
Takde.. 

Sunday, March 27, 2011

Happy Birthday My Dear Husband

I am so lucky to have a husband like you.
Every year with you is better than the last.
Happy Birthday Dear!
Hanging out with you is still my favorite thing to do.
Happy Birthday to my partner and my best friend.
My love for you grows and grows with each passing year.
You are still the man of my dreams.
I can't imagine living without you at my side.
Growing old with you is one of my favorite things to do.
A husband like you is the frosting on the birthday cake of life.
Happy Birthday to the love of my life.


Syukur alhamdulillah.. Dengan izinya hari ini genap la 31 tahun umur orang yang saya sayangi. Sayang ucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga terus dipanjangkan umur selalu serta dikurniakan limpahan rezeki olehnya. Tiada apa yang boleh sayang doakan selain mengharapkan kesejahteraan dalam hidup kita berdua disamping kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

Semoga dengan angka baru ini papa Nasya akan terus sihat tubuh badan, prestasi kerja akan terus meningkat dan menjadi suami & papa yang cemerlang. Mudah-mudahan rekod pancing pun akan terus dicipta dan yang paling diharapkan semoga tahun ini papa Nasya akan dapat seorang anak lelaki yang comel hehe..