Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Contest "Saya Holiday, Anda Dapat Hadiah" Ditutup

Dengan ini saya mengumumkan contest yang saya anjurkan telah ditutup dengan rasminya. Memandangkan esok saya akan berangkat jadi keputusan contest ini akan saya umumkan setelah balik daripada bercuti nanti. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah menyertai dan memberi sokongan pada kali ini.


Di sini saya senaraikan peserta-peserta yang telah menyertai contest ini:

Jeeha - Australia
Farah - Gold Coast
Far East - Indonesia
Huda - Sydney, Australia
Deqlis - Singapore
Diyana - Adelaide, Australia
Fadzillah Kamarudin - Indonesia
Shaizhar - Paris, France
Dalin - Adelaide, Australia
Janna - Adelaide, Australia
Aanie - Indonesia
Mariah - Jakarta & Bandung, Indonesia
Nanakimie - Adelaide, Australia
Cikpuanhady - Adelaide, Australia
Cute mum - Sydney, Australia
Akma - Melbourne, Australia
Eb Ezrin2 - Perth, Australia
Nana - Disneyland Paris
Syuhada - Australia
Adyshariz - Gold Coast, Australia
Zatie Sayang - Indonesia
Hezrina83 - Singapore

Ok untuk kali ini seramai 22 orang telah menyertai contest ini dan nama-nama yang saya merahkan itu seramai 5 orang adalah mereka-mereka yang telah memberikan jawapan yang tepat. Kelima-lima mereka adalah pemenang tapi yang akan menerima hadiah cuma seorang sahaja berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemenang yang akan menerima hadiah untuk contest kali ini ialah..



















































































































































seseorang yang akan saya umumkan setelah balik bercuti dari Adelaide, Australia.
Hehe harap maklum dan bersabar.

Thursday, April 14, 2011

Saya Holiday, Anda Dapat Hadiah



Untuk makluman next week saya akan bercuti selama satu minggu dan sebelum bercuti saya bercadang untuk mengadakan satu contest kepada pengunjung blog saya. Tempat holiday adalah rahsia sebab contest kali ini anda kena teka ke manakah saya akan bercuti bermula 18 - 24 April 2011. Contest kali ini simple je.

1. Buat satu entry "Saya Holiday, Anda Dapat Hadiah" dan letak gambar di atas.
2. Jawab soalan contest dan tinggalkan link di komen ini. 

Tarikh tutup penyertaan 15 April 2011.

Hadiah saya akan beritahu kemudian sebab hadiah saya akan beli semasa bercuti nanti. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jawapan yang paling tepat dan pantas.

Klu : Passport

Monday, March 21, 2011

Saya Mahu Shimano Talica Dari Blog The Rapala Insider

Haaa.. Entry kali ni saya minta reel pula daripada blog The Rapala Insider. Sebagai blogger wanita adalah agak pelik bila saya mahukan reel Shimano Talica sedangkan saya bukanlah seorang pemancing. Mula-mula nak iPad 2 sekarang ni berangan nak reel laut dalam pula. 

Mesti korang nak tahu kan kenapa saya request reel kali ni. Serius saya pun tak tahu apa yang saya request ni. Sepatutnya tajuk entry ni bukan "Saya Mahu Shimano Talica Dari Blog The Rapala Insider" tapi kena tukar "Suami Saya Mahu Shimano Talica Dari Blog The Rapala Insider". Walaupun saya tahu permintaan saya ini tidak akan tercapai tapi saya tetap nak request juga mana tau ada pemancing-pemancing profesional di luar sana nak sponsor hehe.. 

Sebenarnya 27 Mac 2011 nanti ulangtahun kelahiran suami saya yang ke-31 tahun sebab tu saya request reel Shimano Talica ni sebab saya nak hadiahkan kepada suami saya. Ada la dia bagi hint-hint nak hadiah ni tapi saya buat dono je hehe.. Baguskan saya sebab saya tahu saya tak mampu nak hadiahkan dia reel yang bernilai riban-riban ini. Cukup la dulu saya hadiahkan reel Calcutta Conquest pada birthday dia yang ke-29. Tapi kalau tak dapat hadiahkan reel dapat hadiahkan iPad free ni pun kira orite la juga kan. At least ada juga hadiah yang hendak diberikan. Tapi kalau menang nanti betul ke saya akan hadiahkan kepada suami saya ataupun saya yang akan kebas dulu hahaha..

Ini la buah hati saya yang handsome dan kacak bergaya bersama ikan hehe..

Kepada En. Suami sorry la saya tak mampu nak hadiahkan awak reel tapi saya cuba buat entry ini menjadi sekreatif dan sekualiti yang mungkin supaya saya akan memenangi iPad free daripada blog MySuperKids untuk dihadiahkan kepada awak. Kalau awak tak suka takpe iPad tu awak bagi je saya guna supaya senang saya nak online di mana-mana. 

Nanti bila dah ada iPad senang la saya nak update dalam blog tentang ikan besar yang awak pancing tu. Kan menjimatkan masa tu sebab tak perlu la nak tunggu saya online di pejabat ataupun kena berebut laptop dengan Nasya semata-mata nak update blog. Saya pasti awak pun menyokong saya untuk bertanding dalam contest ini kan.

Haaaa.. Ini la rupa reel yang diidamkan en suami. Mak aiiii.. Harga sebiji reel ni boleh tanggung makan sebulan tau. Tapi memang cun la reel ni kan. Kepada puan-puan yang suaminya bukan kaki pancing boleh la berkenalan dengan reel ini secara exclusive di sini. Apa yang hebat sangat reel ini yer sampai suami saya asyik sebut jer. Jom kita tengok..

  • Compact, High Speed, Castable Lever Drag, with High Capacity
  • E.I. Surface Treatment for extreme corrosion protection
  • 2 year warranty with online registration
  • Comes with L.R.S Drag Cam Pre-Installed
  • 20# Monofilament Cam included in box
  • One-Piece Cold Forged and Machined Aluminum Frame with E.I.
  • Machined Aluminum Handle-Side Sideplate with E.I.
  • Cold Forged Machined Aluminum Spool with E.I.
  • Lightweight Spool with Greaseless Spool Support Bearings for excellent live-bait castability
  • Topless Design
  • Oversized Carbon Drag Washers for Ultra-High Drag Pressures
  • Waterproof Drag (when engaged)
  • Silent Anti-Reverse
  • Ergonomic Power Handle
  • Super Stopper with Assist Stopper
  • Ratcheting Drag Lever
  • Preset Knob with Click
  • Clicker
  • HEG (High Efficiency Gearing)
  • S A-RB (Shielded A-RB Ball Bearings)
  • A-RB Roller Bearing
  • Aluminum Rod Clamp
  • Approved for use in Saltwater
  • Rated for use with Mono, Fluorocarbon and PowerPro lines
Owhhh.. Satu apa pun saya tak faham spesifikasi reel ini sebab ini bukan makanan saya tapi untuk kaki pancing mereka faham la.

The Rapala Insider!!! Wahhh macam hebat je nama blog ni kan. Rapala merupakan nama salah satu jenama  gewang/lure yang popular. Memandangkan suami saya kaki pancing yang tegar maka saya tahu la serba sedikit pasal barang pancing ni. Gewang tu apa??? Haaa mesti ada yang masih tertanya-tanya kan. Mommy Lyna ini la rupa gewang/lure.


Ini baru sikit tak tengok lagi yang bergantung di rumah haihhh.. Boleh buka kedai pancing kalau ditengokkan gayanya. Takpe la kan mana tau sesak-sesak nanti saya gadai la mana-mana yang patut.


Ini pula adalah gambar time En. Suami join seminar Rapala baru-baru ini. Bukan main seronok lagi dapat join seminar tapi ada duka juga tu sebab tak dapat join trip Rapala ke Bintuka.

Bergambar bersama Fred Goh, salah seorang orang kuat Rapala.

Saya Mahu iPad 2 Dari Blog MySuperKids.net

MySuperKids.net??? Siapa empunya blog mysuperkids.net ni??? Kayanya dia nak bagi hadiah iPad.. Itu la yang terfikir di benak fikiran saya bila terbaca post tentang contest yang menawarkan hadiah iPad. Bukan calang-calang orang mampu menawarkan hadiah yang hebat ini. 


Mommy Lyna.. Itu la dia empunya blog mysuperkids.net ni. Syukur alhamdulillah hasil berblogging selama beberapa tahun sekarang Mommy Lyna mampu berbangga dengan hasil yang diperolehi daripada aktiviti berblogging. Siapa cakap menulis blog ini satu perkara yang membuang masa. Kalau tak guna dengan cara yang betul memang la akan sia-sia.

Ok, kita berbalik kepada contest yang dianjurkan oleh Mommy Lyna ni. Bagai pucuk dicita ulam pula yang mendatangkan. Pada entry yang lepas saya ada menyatakan hasrat untuk memiliki iPhone dan juga iPad kan dan bila dah ada peluang untuk mendapatkan iPad free ni saya tak lepaskan peluang untuk join sekali contest ini. Menurut syarat blog ni peserta haruslah menulis artikel tentang “Saya Mahu… Dari Blog..." Tak kesah nak request apa pun dan dari blog siapa sekali pun. Masalahnya kalau saya mahu itu atau ini tuan empunya blog itu nak bagi ker??? Tapi iPad dari blog mysuperkids ni confirm dapat tau itupun kalau menang la hehe..

Hadiah yang ditawarkan Mommy Lyna adalah sebuah iPad tapi untuk contest ni saya request "Saya mahu iPad 2 dari blog MySuperKids.net". Hehe.. Bolehkan Mommy Lyna saya request yang advance sikit. Pening juga kepala saya mencari idea nak minta apa la.. Saya ada tulis 2 3 artikel tapi rasa macam tak menepati kriteria je so hold dulu daripada publish. Tulis save lepas tu tulis lagi then save lagi.. Dan kesudahannya ini la artikel yang berjaya saya hasilkan.

Artikel yang perlu saya hasilkan kali ini bukan artikel-artikel biasa sebab untuk contest ini entry yang dibuat perlulah kreatif dan berkualiti. Aduhai.. Itu la yang melemahkan semangat den sebab saya bukanlah seorang blogger yang tegar dan kreatif. Bila memikirkan 2 kriteria yang dinyatakan itu saya agak susah hati memandangkan ramai peserta-peserta yang hebat di luar sana. Tapi takpe la tak salah kiranya kita mencuba nasib kan. Mana tau ada rezeki nak dapat iPad free dari Mommy Lyna.

Kenapa saya nak iPad 2??? Oh sudah tentu la sebab iPad 2 ni lagi terbaru daripada iPad sebelum ni dan semestinya keluaran terbaru ni lebih baik daripada sebelumnya. Bagi insan yang tak berapa celik IT macam saya ni bila dengar perkataan iPad tu semestinya saya terbayangkan sesuatu yang hebat. Saya ni bukan la kaya sangat dan untuk mendapatkan sesuatu yang mahal dan saya perlu berfikir 10x samada ianya keperluan ataupun kemahuan. Kalau ikut kemahuan kapal terbang pun kalau boleh nak beli hehe.. 


Hasil carian di google boleh la saya tahu serba sedikit tentang iPad 2 walaupun ianya belum lagi sampai ke Malaysia. Takpe.. takpe kita survey dari jauh dulu yer.. Ada rezeki bila dah sampai Malaysia nanti sama-sama la kita tengok dengan jarak dekat.

Korang tengok la canggih tak canggih iPad 2 ni boleh masuk dalam frame.




“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”

Tuesday, March 15, 2011

Jangan Pandang Camera



Adehhh.. Nak kena speed laju-laju ni sebab contest ni tutup 12 tengahmalam ni. Sebelum nak blogwalking or update blog biasanya saya akan tengok dulu jika ada sesiapa yang berkunjung ke sini dan meninggalkan jejak. Jika jejak kalian ada saya akan kembali menjejaki anda semula..

Terima kasih kepada dak kr yang rajin menjengah ke blog akak yer. Terpaksa bahasakan akak la sebab budak ni tak berpangkat adik. Setelah dibaca dilawat terbaca plak satu post pasal jangan pandang camera. Ingatkan apa kebenda la rupa-rupanya tajuk contest.

Ok la untuk tidak menghampakan cik penganjur akak join la contest yg kali pertama diadakan ni. Nanti jangan lupa pilih akak jadi pemenang yer penat duk bergaya atas tangga tu hehe..

Okeh ini adalah gambar yang saya pertaruhkan bersempena tema "JANGAN PANDANG BELAKANG CAMERA". Gambar ni diambil semasa 1st outing dengan kelab photography pkk pada tahun lepas.


Ok siap!!!

Monday, March 7, 2011

TEKA-TEKI TEKA-TEKUK


Jom jawab contest yg dianjurkan oleh OurDreamOfLife. 
Sila klik banner untuk terus ke blog contest.

PERGI KE KEDAI BERSAMA NYONYA
HENDAK MEMBELI SEBOTOL CUKA
BUAH TEMPATAN SEDAP RASANYA
MARILAH MARI CUBALAH TEKA

Cuba teka buah apakah yang berada di dalam beg plastik cumil dalam gambar di atas...

update klu : rasanya manis bersari kalo betul² masak

Ini jawapan dari saya:

Pergi ke pasar membeli rotan
Rotan dibeli berkati-kati
Buah MEMPELAM buah tempatan
Bila masak sudah tentu manis bersari

Thursday, February 24, 2011

..PhotoGeDiks Contest..


Salam semua,

Haaa sambil saya mengadakan 'Welcome Friends Giveaway' ni saya pun tak ketinggalan juga join contest yang orang lain buat. Kali ni saya nak join 'PhotoGediks Contest'.

Konsep sangat ringkas.. Harus lah pic yang menonjolkan ciri2 kelakar, sporting n ala2 gediks gitu.. bila lg nk serlahkan bakat semulajadi anda kan.. hehehe.. syarat contest sgt mudah.. seperti:

  • mesti menjadi follower kepada mumlittlemonster.blogspot.com.. ;)
  • Buat entry tuk contest n upload banner di atas then link kan semula ke cni..
  • sekeping gambar sahaja yang diwajibkan tau!!
  • cerita serba ringkas ttg photo yang menjadi pilihan.. (konon da memenuhi ciri2 photogediks la..)
  • Tag kan kepada 3 rakan anda yang tau ttg contest ni..
  • Tinggalkan link penyertaan anda di komen kamu bwh entry ni...
..Contest berakhir sehingga 15 Mac 2011..

P/S: Hanya seorg sahaja yang layak memegang tittle Miss/Mr. PhotoGeDikS ni.. TP sy akan memilih 10 org bertuah untuk hadiah saguhati.. Dan ada hadiah misteri bagi follower yang dipilih secara rawak.. best kan dapat hadiah.. 



Ini la gambar yang akan saya pertaruhkan untuk contest kali ini. Amacam puan penganjur cukup gediks tak gambar ini hehe.. Gambar ini diambil sewaktu dalam feri on da way ke Labuan. Baru lepas parking kereta di bawah dan nak naik ke bahagian atas feri. My daughter firstime naik feri tu yang seronok + gediks skit hehe..

Semoga gambar ini akan menarik perhatian puan penganjur untuk memilih saya sebagai salah seorang pemenang. Terima kasih sekali lagi kerana menganjurkan contest ini.

Dan akhir sekali saya tag contest ini kepada Diyana, Ainazli dan Janna.


Sunday, February 20, 2011

MILO FUZE: Jam-Packed Your Friends


Minum MILO anda jadi sihat dan kuat. Mulai sekarang saya akan minum MILO setiap hari. Hopefully tak kena migrain la oleh kerana terlampau banyak minum MILO. Bukan tak sedap minuman MILO ni memang sedap sangat-sangat tapi saya terpaksa kurangkan sebab takut migrain.

And now di rumah saya terdapat banyak stok MILO 3 in 1. Aduhai.. Jenuh la nak menghabiskan stok MILO ni. Semua stok MILO ni berlambak-lambak di rumah saya kerana MILO FUZE: Jam-Packed Your Friends. Oleh kerana bersemangat nak menang hadiah-hadiah yang ditawarkan saya rela membeli MILO. Semoga rezeki menyebelahi saya kali ni. Dan kepada sesiapa yang dah lama tak minum MILO tu jemput la ke rumah nanti saya hidangkan MILO hehe..

Haaa.. Ini la contest yang dianjurkan oleh pihak MILO di mana terdapat banyak hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Macam-macam ada Mac Book Air 11 Inch, IPhone 4, IPAD, ps2 pun ada. So apa lagi yang korang tunggu meh la kita join sama-sama mana tau korang pun bertuah nak menang hadiah yang menarik ni. Kalau nak join meh la ke sini. Di sana nanti ikut je arahan-arahan yang diberikan.

Contest ni tak memerlukan korang buat slogan yang berpanjang jela. Just main je game yang ada tu tapi nak kena cepat la sebab masa yang diberikan 1 minit sahaja. Selamat mencuba ya!!!

Sunday, June 20, 2010

Daddies Cute B'coz of Me Contest



malam ni xde koje nak buat so blog walking la umah member2 blog. skali time lawat umah mamasofwa nampak la contest ni. ermmm.. mcm menarik plk nk join contest ni sbb aku ni mmg jarang nk join contest tp mana la tau kan rezki anak ngan bapak join contest ni boleh menang hehe. k la tak payah nak berleter panjang meh aku bgtau siapa la empunya diri yg anjurkan contest ni.

act contest ni dianjurkan oleh cute kiddy kiddy. haaa cute kiddy kiddy ni bkn nama org tau tapi nama salah satu online store yg ada kt masia ni. klu yg x pernah dgr takpe ble dimaafkan dan contest ni dianjurkan bersempena dengan pembukaan cute kiddy kiddy. so kepada yg ada anak-anak kecik tu meh la kita sama tgk apa yg ada kt blog ni mana tau kan ada yg berkenan di hati. klu ada rezki menang contest ble dapat hadiah dan kepada yang tak berjaya ble dapat 10% diskaun klu x silap. jom ramai2 kita join contest nii.. :) so untuk gambar cute anak aku dan papanya aku pertaruhkan gambar di bawah ni hehe.. agak2 cute tak hahaha???



Monday, February 1, 2010

[Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift]

Ini la first giveaway yang aku masuk untuk mencuba nasib pada tahun 2010 ni. Aku memang kurang skit nak masuk giveaway ni tapi kali ni saja la kot-kot bernasib baik hehe. Thanxs to YANADZUL yang telah menganjurkan giveaway ni dan thanxs juga kepada AIVEE EMART yang telah bermurah hati untuk menaja hadiah-hadiah yang akan aku menang nanti ekekeke..

Al-kisahnya aku dapat trek giveaway ni time jalan-jalan kat blog Diyana. Macam mana ntah ble klik kt link YANADZUL ni dan terbaca la pasal contest ni. Baca-baca macam berminat plak so aku join jer la. If ada rezki ada la klu takde pun takpe aku join just nak meramaikan lagi contest ini. Jom kita tgk apa syarat-syarat yang dikenakan untuk join giveaway ni.

Contest ini akan bermula mulai 1 Februari 2010- jam 12.01 am dan akan berakhir pada 15 Februari 2010 jam- 11.59 pm.

Seperti biasa, setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut:

1. Add Yanadzul dan Aivee Emart di blogroll/bloglist anda. DONE
2. Wajib menjadi follower Aivee Emart.DONE
3. Copy banner Contest @ Giveaway di atas pada sidebar blog anda.DONE
4. Membuat simple review mengenai contest ini diblog anda dengan tajuk Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift (jangan lupa link balik ke entri ini). DONE
5. Entri boleh dalam English atau Malay.DONE
6. Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift dan Aivee Emart (no link back will be disqualified).DONE
7. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri contest ini.
8. Boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.(ini bermakna sesiapa saja boleh jadi pemenang..walaupun tak pandai mengarang..:P)DONE
9. Terbuka kepada sesiapa yang punyai blog @ website. DONE
10. Pemenang akan dipilih secara random melalui random.org

Inilah bahagian yang ditunggu-tunggu..
Apakah hadiah yang menanti anda?


Elephant musical pull softtoy dr Carter's x 1 pemenang
Harga RM39.00


dan cik aivee telah berbesar hati menghadiahkan lagi hadiah misteri kepada 3 orang pemenang.

3 x pemenang hadiah misteri
hadiah misteri akan diberitahu kemudian.