Monday, March 21, 2011

Saya Mahu iPad 2 Dari Blog MySuperKids.net

MySuperKids.net??? Siapa empunya blog mysuperkids.net ni??? Kayanya dia nak bagi hadiah iPad.. Itu la yang terfikir di benak fikiran saya bila terbaca post tentang contest yang menawarkan hadiah iPad. Bukan calang-calang orang mampu menawarkan hadiah yang hebat ini. 


Mommy Lyna.. Itu la dia empunya blog mysuperkids.net ni. Syukur alhamdulillah hasil berblogging selama beberapa tahun sekarang Mommy Lyna mampu berbangga dengan hasil yang diperolehi daripada aktiviti berblogging. Siapa cakap menulis blog ini satu perkara yang membuang masa. Kalau tak guna dengan cara yang betul memang la akan sia-sia.

Ok, kita berbalik kepada contest yang dianjurkan oleh Mommy Lyna ni. Bagai pucuk dicita ulam pula yang mendatangkan. Pada entry yang lepas saya ada menyatakan hasrat untuk memiliki iPhone dan juga iPad kan dan bila dah ada peluang untuk mendapatkan iPad free ni saya tak lepaskan peluang untuk join sekali contest ini. Menurut syarat blog ni peserta haruslah menulis artikel tentang “Saya Mahu… Dari Blog..." Tak kesah nak request apa pun dan dari blog siapa sekali pun. Masalahnya kalau saya mahu itu atau ini tuan empunya blog itu nak bagi ker??? Tapi iPad dari blog mysuperkids ni confirm dapat tau itupun kalau menang la hehe..

Hadiah yang ditawarkan Mommy Lyna adalah sebuah iPad tapi untuk contest ni saya request "Saya mahu iPad 2 dari blog MySuperKids.net". Hehe.. Bolehkan Mommy Lyna saya request yang advance sikit. Pening juga kepala saya mencari idea nak minta apa la.. Saya ada tulis 2 3 artikel tapi rasa macam tak menepati kriteria je so hold dulu daripada publish. Tulis save lepas tu tulis lagi then save lagi.. Dan kesudahannya ini la artikel yang berjaya saya hasilkan.

Artikel yang perlu saya hasilkan kali ini bukan artikel-artikel biasa sebab untuk contest ini entry yang dibuat perlulah kreatif dan berkualiti. Aduhai.. Itu la yang melemahkan semangat den sebab saya bukanlah seorang blogger yang tegar dan kreatif. Bila memikirkan 2 kriteria yang dinyatakan itu saya agak susah hati memandangkan ramai peserta-peserta yang hebat di luar sana. Tapi takpe la tak salah kiranya kita mencuba nasib kan. Mana tau ada rezeki nak dapat iPad free dari Mommy Lyna.

Kenapa saya nak iPad 2??? Oh sudah tentu la sebab iPad 2 ni lagi terbaru daripada iPad sebelum ni dan semestinya keluaran terbaru ni lebih baik daripada sebelumnya. Bagi insan yang tak berapa celik IT macam saya ni bila dengar perkataan iPad tu semestinya saya terbayangkan sesuatu yang hebat. Saya ni bukan la kaya sangat dan untuk mendapatkan sesuatu yang mahal dan saya perlu berfikir 10x samada ianya keperluan ataupun kemahuan. Kalau ikut kemahuan kapal terbang pun kalau boleh nak beli hehe.. 


Hasil carian di google boleh la saya tahu serba sedikit tentang iPad 2 walaupun ianya belum lagi sampai ke Malaysia. Takpe.. takpe kita survey dari jauh dulu yer.. Ada rezeki bila dah sampai Malaysia nanti sama-sama la kita tengok dengan jarak dekat.

Korang tengok la canggih tak canggih iPad 2 ni boleh masuk dalam frame.




“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

1 comment:

nur said...

best ke iPad ni.. nak 1..

JOM KE: ALL IN ONE
g'luck