Friday, March 4, 2011

Musibah

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua teman-teman bloggger. Syukur alhamdulillah pejam celik hari ini sudah hari Jumaat penghulu segala hari.

Sempena dengan hari yang mulia ini saya nak kongsi sedikit tentang MUSIBAH. Ini bukan tentang musibah yang menimpa saya atau orang lain tapi sebab-sebab seseorang itu mendapat musibah.

Tengahari ini saya sempat menonton ceramah di TV3 yang disampaikan oleh ustaz Harun Din tentang musibah. Sesungguhnya Tuhan itu maha berkuasa dan sesuatu musibah itu akan diturunkan jika umatnya ada melakukan kesalahan atau lupa kepada Tuhan.

Berbalik kepada ceramah yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz ada menyatakan bahawa kecil kesalahan kita lakukan kecil musibah yang kita terima tetapi jika dosa dan kesalahan yang besar kita lakukan maka besarlah musibah yang kita terima.Subhanallah.. Minta-minta kita semua dijauhkan dari segala musibah.

Ada orang akan menggelabah apabila ditimpa musibah kerana di dalam diri tiada persediaan dan kekuatan tetapi ada juga orang yang tenang dan redha apabila menghadapi musibah. Oleh yang demikian sama-sama la kita mempersiapkan diri kita dengan iman dan takwa supaya diri kita mendapat keredhaan daripada yang Maha Esa.

Jika dilihat sekarang ni macam-macam musibah yang telah dirunkan oleh Allah. Ini semua adalah disebabkan kelalaian dan kealpaan umat manusia. Dan adakah ini petanda dunia kini sudah di akhir zaman? Sama-sama la kita renung-renungkan.. Sesungguh nya yang baik itu daripada Dia dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri ini. Walaupun saya tidak sebaik yang diperkatakan tapi tidak salah jika kita saling mempersiapi dan mengingati antara satu sama lain.


No comments: