Hari ini merupakan hari kedua selepas Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami. Salam takziah saya ucapkan kepada semua sesungguhnya kuasa Allah itu tiada tandingannya. Subhanallah..
Pada mulanya saya nak update cerita ini kelmarin tetapi memandangkan kesibukan yang ada tak sempat saya nak tulis dan saya tengok hampir kesemua blogger-blogger di luar sana menceritakan tentang Tsunami. Jadi saya biarkan topik itu reda dulu walaupun saya tau ketika cerita saya ni keluar mungkin gambar-gambar dan video ini telah basi. Tapi tak salah kita melihatnya lagi supaya menjadi panduan untuk kita semua yang masih gagah berdiri di sini.
Saya pasti apabila dunia dikejutkan dengan berita yang hebat ini pasti ramai yang tersedar dari lamunan dan begitu juga saya. Ketika musibah telah berada di depan mata baru kita mahu bertaubat oleh kerana kita takut musibah akan menimpa kita. Tapi sampai bilakah ketakutan dan kesedaran ini akan berada dalam diri kita?? Mudah-mudahan kesedaraan ini akan berkekalan dalam diri kita dan kita akan lebih taat dengan perintah Allah.
Salah satu petikan daripada akhbar online:
TOKYO, 11 Mac: Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bebarapa bandar kawasan pantai negara itu.
Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.
Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.
Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.
Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.
Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.
Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.
Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.
Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
5 comments:
sabah mcmane alin?labuan ke?huhu
it's terrible. Baru dgr ni kabar this morning..Outdated btl kan...hehe
As salam,nak p ke laut pun takut walaupun M'sia tak terlibat.
semoga sume kat sane selamat hendaknye..
to diyana:
sabah setakat ni xde apa2 kami ok..
to t'ting:
hehe.. ok la tu better late than never..
to bsb:
hehe.. insyallah msia masih ok tp kena cuba berwaspada je la.
to kr:
amin..akak pun doakan yg sama.
Post a Comment