Wednesday, March 16, 2011

Perdana Park Musical Fountain

Perdana Park Musical Fountain merupakan salah satu lagi tempat tarikan yang terbaru di Kota Kinabalu. Perdana Park ini baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2011 di mana tempat ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.



Malam 15 Mac yang lalu saya sempat la menjejakkan kaki ke sini untuk pertama kali semenjak ianya dibuka. Memandangkan time kami pergi adalah minggu cuti sekolah maka berduyun-duyun la orang ramai berkampung di sana. Masing-masing membawa ahli keluarga bersantai sambil menikmati pancutan air yang berwarna warni. Wahhh.. Meriah gitu.



Kawasan ni agak besar juga la sebab ada track untuk berjogging dan kawasan lapang yang lain. Tapi untuk persembahan air pancut hanya bermula sebelah malam iaitu seawal jam 7.00 malam. Kalau korang datang siang hari memang takde persembahan la. Siang-siang hari boleh la datang beriadah bersama keluarga untuk berjogging ataupun bawa anak-anak bermain di playground. Kawasannya amatlah selesa dan bersih (buat masa ini la) dan harapnya kebersihan ini akan berkekalan.


Jom kita layan beberapa gambar yang sempat diambil ketika berada di sana. Sepanjang persembahan ini berlangsung ada beberapa lagu yang akan mengiringi persembahan ini. Lagu yang melambangkan satu Malaysia ada lagu melayu, cina, india dan lagu Tinggi.. tinggi.. Gunung Kinabalu.. :)





Tujuan ke Perdana Park malam tu adalah untuk berjumpa dengan sahabat blogger saya yang datang ke Kota Kinabalu iaitu Kak Maria. Act sebelum ni Kak Maria memang pernah tinggal di sini dan telah berpindah ke Kuala Lumpur pada hujung tahun lepas. Nasib baik masa tak mencemburui kami so dapat la kami bergede-gede tiga orang malam tu. Thanxs juga Ayu yang sudi datang sama-sama malam tu dan belanja kami makan steamboat. Semoga Tuhan memberikan kalian berdua rezeki yang lebih lagi di masa akan datang.


-Me-Kak Maria-Ayu


Kepada yang bercadang untuk datang cuti-cuti Malaysia ke Sabah jangan lupa datang tengok musical fountain di Perdana Park yer.. :)

7 comments:

Diyana said...

wow ! syok nye.mcm kat spore pny fountain

Titing said...

mmg siok lepak sni :)

Halen said...

to diyana:
hehe.. nanti blk sabah ble la mai sini. bw mia,ali ngan baby tgk air pancut kekeke

to t'ting:
brapa kali sdh ko ke sini t'ting?
best ka lepak di sini.

kay_are said...

cantik tapi kat kota kinabalu.. jauh sangat T_T

Halen said...

to kr:
hehe.. xpe next time klu ada rezki dtg kk jgn lupa mai lawat tmpt ni. kan now everyone can fly.. :)

Myra Jay said...

Cantiknyer pemandangan.. Tingin nak p:)

Halen said...

nnt dtg la cuti2 sabah boleh mai tmpt ni rest2 sblh malam.. :)