Monday, March 21, 2011

Saya Mahu Shimano Talica Dari Blog The Rapala Insider

Haaa.. Entry kali ni saya minta reel pula daripada blog The Rapala Insider. Sebagai blogger wanita adalah agak pelik bila saya mahukan reel Shimano Talica sedangkan saya bukanlah seorang pemancing. Mula-mula nak iPad 2 sekarang ni berangan nak reel laut dalam pula. 

Mesti korang nak tahu kan kenapa saya request reel kali ni. Serius saya pun tak tahu apa yang saya request ni. Sepatutnya tajuk entry ni bukan "Saya Mahu Shimano Talica Dari Blog The Rapala Insider" tapi kena tukar "Suami Saya Mahu Shimano Talica Dari Blog The Rapala Insider". Walaupun saya tahu permintaan saya ini tidak akan tercapai tapi saya tetap nak request juga mana tau ada pemancing-pemancing profesional di luar sana nak sponsor hehe.. 

Sebenarnya 27 Mac 2011 nanti ulangtahun kelahiran suami saya yang ke-31 tahun sebab tu saya request reel Shimano Talica ni sebab saya nak hadiahkan kepada suami saya. Ada la dia bagi hint-hint nak hadiah ni tapi saya buat dono je hehe.. Baguskan saya sebab saya tahu saya tak mampu nak hadiahkan dia reel yang bernilai riban-riban ini. Cukup la dulu saya hadiahkan reel Calcutta Conquest pada birthday dia yang ke-29. Tapi kalau tak dapat hadiahkan reel dapat hadiahkan iPad free ni pun kira orite la juga kan. At least ada juga hadiah yang hendak diberikan. Tapi kalau menang nanti betul ke saya akan hadiahkan kepada suami saya ataupun saya yang akan kebas dulu hahaha..

Ini la buah hati saya yang handsome dan kacak bergaya bersama ikan hehe..

Kepada En. Suami sorry la saya tak mampu nak hadiahkan awak reel tapi saya cuba buat entry ini menjadi sekreatif dan sekualiti yang mungkin supaya saya akan memenangi iPad free daripada blog MySuperKids untuk dihadiahkan kepada awak. Kalau awak tak suka takpe iPad tu awak bagi je saya guna supaya senang saya nak online di mana-mana. 

Nanti bila dah ada iPad senang la saya nak update dalam blog tentang ikan besar yang awak pancing tu. Kan menjimatkan masa tu sebab tak perlu la nak tunggu saya online di pejabat ataupun kena berebut laptop dengan Nasya semata-mata nak update blog. Saya pasti awak pun menyokong saya untuk bertanding dalam contest ini kan.

Haaaa.. Ini la rupa reel yang diidamkan en suami. Mak aiiii.. Harga sebiji reel ni boleh tanggung makan sebulan tau. Tapi memang cun la reel ni kan. Kepada puan-puan yang suaminya bukan kaki pancing boleh la berkenalan dengan reel ini secara exclusive di sini. Apa yang hebat sangat reel ini yer sampai suami saya asyik sebut jer. Jom kita tengok..

  • Compact, High Speed, Castable Lever Drag, with High Capacity
  • E.I. Surface Treatment for extreme corrosion protection
  • 2 year warranty with online registration
  • Comes with L.R.S Drag Cam Pre-Installed
  • 20# Monofilament Cam included in box
  • One-Piece Cold Forged and Machined Aluminum Frame with E.I.
  • Machined Aluminum Handle-Side Sideplate with E.I.
  • Cold Forged Machined Aluminum Spool with E.I.
  • Lightweight Spool with Greaseless Spool Support Bearings for excellent live-bait castability
  • Topless Design
  • Oversized Carbon Drag Washers for Ultra-High Drag Pressures
  • Waterproof Drag (when engaged)
  • Silent Anti-Reverse
  • Ergonomic Power Handle
  • Super Stopper with Assist Stopper
  • Ratcheting Drag Lever
  • Preset Knob with Click
  • Clicker
  • HEG (High Efficiency Gearing)
  • S A-RB (Shielded A-RB Ball Bearings)
  • A-RB Roller Bearing
  • Aluminum Rod Clamp
  • Approved for use in Saltwater
  • Rated for use with Mono, Fluorocarbon and PowerPro lines
Owhhh.. Satu apa pun saya tak faham spesifikasi reel ini sebab ini bukan makanan saya tapi untuk kaki pancing mereka faham la.

The Rapala Insider!!! Wahhh macam hebat je nama blog ni kan. Rapala merupakan nama salah satu jenama  gewang/lure yang popular. Memandangkan suami saya kaki pancing yang tegar maka saya tahu la serba sedikit pasal barang pancing ni. Gewang tu apa??? Haaa mesti ada yang masih tertanya-tanya kan. Mommy Lyna ini la rupa gewang/lure.


Ini baru sikit tak tengok lagi yang bergantung di rumah haihhh.. Boleh buka kedai pancing kalau ditengokkan gayanya. Takpe la kan mana tau sesak-sesak nanti saya gadai la mana-mana yang patut.


Ini pula adalah gambar time En. Suami join seminar Rapala baru-baru ini. Bukan main seronok lagi dapat join seminar tapi ada duka juga tu sebab tak dapat join trip Rapala ke Bintuka.

Bergambar bersama Fred Goh, salah seorang orang kuat Rapala.

4 comments:

kak ina kl said...

good luck yer..semuga dapatlah pancing tu..senang nak gi memancing nanti kan

Halen said...

hehe thanxs kak ina.. :)

Vivacious O'light said...

hehe..hensem nyer buah hati you...sama hensem dgn ikan yg dipancing..hihihi...

Halen said...

haha.. mesti la tgk la siapa bini dia.. :p