Saturday, November 20, 2010

ikan oh ikan..

Lama betol rasanya aku tak update blog ni.. Sejak blog diprivatekan blom ada entry yang terbaru kan. So hari ni aku ambil masa skit utk update blog setelah sekian lama. Weekend yang menyeronokkan petang tadi kami tiga beranak macam biasa keluar jalan. Plan hari ni nak ke tapak ekspo sambutan hari peladang dan pergi memancing. Di tapak ekspo aku beli 4 pokok utk hiasan di kawasan umah. Thanxs adik comel kerana menjual pokok dgn harga yg murah.

Aktiviti seterusnya memancing.. Lama dah rasanya aku tak pi mancing. kali ni mancing di pantai tg lipat je guna bottom umpan udang. Tgk la gambar tu sempat lagi my hubby rakamkan gelagat kami dua beranak menunggu ikan hehe..

Nasib kami baik hari ni dapat jugak menaikkan ikan walaupun seekor anak ikan kerapu bintik dalam jangkamasa yg sekejap. Bukan main seronok lagi Nasya bila mama dia berjaya menaikkan ikan. Yeah.. Champion gitu hehe.
Orang kuat yang berusaha menjayakan aktiviti memancing dengan jayanya. Aku ngan Nasya just pegang joran je tunggu dpt ikan tapi yang lain semuanya my hubby yg buat. Bermula pasang rod, pasang matakail dan pasang umpan semua diserahkan kepada kepakaran my hubby..
Sambil memancing tu kami berkelah menikmati takoyaki sorang satu 'bot'. Haaaa.. Takoyaki ni diletakkan dalam bekas yg berbentuk bot dan dalam tu ada 3 ketul takoyaki. Syok jgk kan sekali sekala dapat buat aktiviti camni sekali sekala. Korang tak suka memancing ke? Klu nak mancing mai la sini, KK ni dekat je dgn laut.. :)

3 comments:

Janna Wan Muhammad said...

jadi ikan kerapu itu dah selamat menjadi apa? sweet sour? hehehehe...

Mrs Hardlena said...

owhh.. ikan kerapu tu telah dilepaskan balik ke dalam laut. setakat anak ikan tak cukup nk makan 3 beranak hihi..

Jiya said...

uihhh... kerapuuu tu. sini kerapu kecil2 pon mahal. hehehehehe! xcited eh acha dpt ikan.