Tuesday, June 14, 2011

Bila Menantu Jumpa Mak Mertua

Kelmarin mak dan bapa mertua saya dah selamat pulang daripada Penang setelah seminggu berada di rumah anak bongsunya, menantu dan cucu-cucunya. Banyak ole-ole yang mama bawa balik dan yang paling banyak dibawa balik adalah kegembiraan berada di sana.. :)

Ok la bukan selalu diaorang dapat bersua muka. Sekali jumpa dah bertiga, dua kali jumpa nak masuk empat, tiga kali jumpa dah berempat. Kali ni tak tau jumpa kali keberapa dan dah nak masuk lima. Sungguh aktif dan produktif ipar-ipar dan biras-birasku hehe.

Petang kelmarin balik kerja mak dan bapa mertua dah berada di rumah saya. Tapi mood saya tak berapa nak baik bukan sebab mereka tapi sebab sehari sebelum tu saya dah main tarik rambut dengan my hubby. Huhu.. Makan dalam juga tu dan saya nekad takmo tegur dia.

Semalam on da way ke rumah kakak ipar kebetulan saya naik kereta bertiga je tanpa my hubby so apa lagi saya mengadu la dengan mak mertua. Nasib baik mak mertua saya ni sporting dia nasihat la suruh saya sabar dan bagi tips sikit  jadi saya rasa lega. Mau meroyan juga tu kalau makan hati sorang-sorang. Tak sangka rupa-rupanya menantu di sana pun mengadu juga bila jumpa mak mertua ingatkan menantu-manantu di sini je hehe.

Alhamdulillah.. Hati yang panas last-last rasa sejuk juga bila dah berkumpul ramai-ramai. Dua-dua yang ego tak nak bertegur akhirnya tewas juga dalam kegembiraan walaupun ada juga aksi control macho masing-masing tak nak mengalah. Dan akhirnya tiba la time kami pulang ke rumah. Last-last hati yang sakit rasa macam nak terjun lombong pulih. Dan yang paling best bila dengar perkataan I'm sorry.. Membantu juga rupanya bila saya mengadu dengan mak mertua pasal anak lelaki dia yang taksub dengan ikan ni.

Dan pagi tadi dia tanya saya "Bila nak pergi Celcom?". Terus hati ni rasa berbunga-bunga cinta ekeke.. Poyo jer kan.

8 comments:

Dalin said...

wow kakkk... Sweetnyeee... siap boleh gtaw mak mertua.. hihi.. bestkan dapat mak mertua sporting.. Wish all the best for you kak!

Janna Wan Muhammad said...

ai pulak tak berapa gemor mengadu dgn mertua apa lagi my owh parents. tak reti la, tp kalau dgn mengadu pada mertua dapat membantu the two of you...apa salah nye kan ?

glad that the two of you dah baik2, letih kan gado2 somi isteri ni kan? tp tak gado pon tokleh juga, sekali sekala gado2...boleh mengeratkan lagi hubungan somi isteri..dok gitu alin ? hehehehe

Diyana said...

oo inila angin kus2nye punye punca eh?tapi berbaloi ape..dapat ape tu?line celcom utk samsung tab ke?berbaloi2x.hahahaha

dalin, uihh..mak mertua kiterang mmg sporting..die backing menantu2..hihihi.same2 pompuan la katekan.:D

Nanak said...

kdg2 best juga gado2 dgn hubby ni..hehee..

Halen said...

to dalin:
hehe tgk keadaan jgk tu nak mengadu ngan mak mertua.tp alhamdulillah la mak mertua mmg sporting.

Halen said...

to janna:
iya btol tu.. klu asyik bahagia je rumahtangga tak best plk kan hehe. gado manja ok la tp klu gado btol2 xmo la gitu.

alin tgk time jgk nk mengadu ngan mertua. agak2 ble membantu ok la tak semua nk bgtau hehe.

Halen said...

to diyana:
ahaa.. angin kus2 kering hehe. ada apa di celcom? biarlah rahsia.. :p

Halen said...

to nanak:
mmg best tp gado2 manja je tau..