Sunday, June 12, 2011

Gara-gara Nora Elena

Sekarang ni saya tengah marathon untuk melayan semua episod Nora Elena di www.tonton.com.my. Saya sebenarnya jarang melayan drama melayu waktu petang sebab sebelum-sebelum ni saya asyik layan sinetron dari seberang.


Selepas sinetron Kejora dan Bintang tamat saya tak berapa follow sinetron baru Cinta Melody. Petang-petang ada juga saya tengok iklan sinetron Cinta Melody dan juga drama di TV3 yang tengah hot sekarang ini iaitu Nora Elena. Mula-mula saya tak layan sangat tapi bila tengok ramai blogger yang asyik bercerita tentang Nora Elena saya terpanggil untuk tengok cerita ni sebab nak tahu apa sebenarnya yang best sangat tentang Nora Elena .

Memandangkan kekasih lama saya Aaron Aziz yang berlakon lagi la saya bersemangat nak tengok drama ini. Best.. dan sekarang hati saya pun dah ditawan dengan Nora Elena. Nak layan drama TV3 ni tak susah sebab jika tak sempat tengok di TV3 boleh tengok di tonton.com.my. Now saya tengah marathon dari episod 1 sebab nak tahu permulaan cerita dari mula. 

No wonder la drama ni tengah hot sekarang sebab selain pelakon-pelakon yang cantik dan handsome jalan cerita pun agak menarik untuk dilayan. Sekarang saya pun dah termasuk dalam golongan yang melayan Nora Elena setiap Isnin-Jumaat jam 7.00mlm - 8.00mlm. Kat sini magrib awal so takde masalah nak layan Nora Elena.


Dengar cerita drama ini adalah adaptasi daripada Novel Kasih Yang Suci. sesiapa yang nak layan dengan lebih mendalam boleh la dapatkan novel ini. Tak tahu la masih ada ke tidak di pasaran memandangkan dramanya yang meletop tak mustahil novel pun boleh sold out.

2 comments:

Diyana said...

Best eh nora elena?nk kene tgk jg neh

Halen said...

to diyana:
tengok jgn tak tengok.. mmg best utk mengisi masa lapang slps blk kerja hehe