Friday, June 3, 2011

Kursus Setiausaha Berkualiti, Setiausaha Bergagasan


Last week saya telah terbang ke Pulau Langkawi untuk menghadiri kursus kesetiausahaan. Tajuk kursus kali ini "Setiausaha Berkualiti, Setiausaha Bergagasan" yang telah dianjurkan oleh Puncak Idea Seminar & Training. Lokasi kursus adalah Bayview Hotel Langkawi. Thanxs Pn Selina iaitu orang kuat Puncak Idea kerana telah mengatur satu kursus dan trip yang best untuk semua PA-PA yang hadir iaitu seramai 20 orang.

 Ini adalah kumpulan Super Secretary (4 dari Sabah 1 dari Johor yang tengah sekali).


Dah alang-alang datang Langkawi tak sah la kalau tak shopping kan hehe. Itu pun dah jadi satu agenda di dalam kepala saya ni. Memandangkan niat pun dah agak terpesong jadi nak dijadikan cerita 2 hari di sana kesihatan saya kurang baik. Tak dapat la nak jalan sakan memandangkan keadaan cuaca yang panas. Moral of da story jangan sesekali mempunyai niat yang terpesong hehe.

 Hari pertama kursus semua PA tersenyum lebar je sebab atas meja masing-masing ada hadiah. Setiap peserta dapat handbag for dinner dan shawl.

 Peserta-peserta kursus yang datang daripada pelbagai jabatan.

Sepanjang kursus macam-macam topik dan macam-macam aktiviti kami buat. Ada sesi soal jawab, lakonan, fesyen show dan lain-lain lagi selain mendengar ceramah. Memang tak boring sebab penceramah pun sporting dan kreatif menarik minat kami.  Penceramah jemputan kali ini adalah Prof Madya Dr Rusinah Siron dan En Sudin Sarmin.

Ok untuk aktiviti selain kursus macam biasa la shopping dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun keadaan kesihatan yang terganggu misi menghabis kan duit tetap terjadi. Nasib baik demam jadi duit yang keluar dapat dikawal hehe. Hari pertama saya lepak di hotel je hari kedua baru la mengatur langkah. Itu pun selepas sesi kursus tamat. Jam 5 petang saya telah dating dengan sahabat baik saya sewaktu belajar dulu iaitu Ayu. Sejak tamat belajar di poli memang kami tak pernah jumpa dan sehingga saya ke Langkawi baru-baru ini. Now my friend ni tengah mengandung anak pertama 5 bulan. Roomate saya dan anaknya pun saya ajak join sekali dating dengan Ayu.

Kak Shida, Ayu, Nazirah

Me with my friends.
 Petang tu Ayu bawa kami melawat Haji Ismail Group. Terangkut jgk la satu set kat sini dan beberapa benda lain.


Sehari sebelum kursus tamat kami semua telah dibawa untuk melawat sekitar pulau Langkawi. Rasanya dah jadi macam rombongan cik kiah pula bila kami semua disediakan sebuah bas untuk melawat. Pergi semua bawa handbag je sekali bila balik berkarung-karung plastik di bawa.

Tempat pertama yang kami tuju ialah kedai minyak gamat Sireh Lagenda. Rupa-rupanya ramai pengusaha minyak gamat di sini. Selain membeli minyak-minyak dan ubat-ubatan kami dapat melihat macamana proses minyak gamat dibuat. Memang menarik..

Masing-masing sibuk membeli gamat.


Lawatan ke Kota Mahsuri tapi saya tak masuk pun. Ramai yang lepak di luar je sbb masing-masing tak berminat nak baca sejarah hehe

Ronda-ronda di Kilim Geoforest Park.


Naik bot pi tengok burung helang.



Bergambar kenangan di sangkar ikan milik nelayan. Macam ikan dan aksi ikan kami tengok di sini.


Gua Kelawar pun kami terjah masuk. Busuk gile bau tahi kelawar.


Destinasi terakhir sudah semestinya Idaman Suri.

6 comments:

Taufan Bin Ribut said...

agak jeles tengok gambar2 diatas..huhuhu..^_^

Entri terkini : yeah!!!akhirnye siap gak banner baru aku ^_^

Diyana said...

sempoi eh s/u jabatan awam..sume sopan2 aje kan.:D dan tgk mcm ramai yg berusia noo.alin aje nampak orang muda.hehee. abah ana takde s/u pompuan,semua staf die lelaki shj. abah kate ..jalan selamat...haha.slalo bile sebut s/u dan pa ni mesti terbayang seksi2 mcm dalam cerekarama.hehe.

Halen said...

to taufan:
hehe.. skali skala kami dpt keluar jalan2 camni. PA slalu kena perap di pejabat je.

Halen said...

to diyana:
hehe.. mcm ni rupa PA kerajaan. bkn seksi seperti yg digambarkan. kebetulan kursus kali ni ramai PA vateran yg join tu yg nampak muda haha..

~~nAzIrAh aShAr~~ said...

hehehe..best an kt langkawi..choc bli aritu xhbs pown lagi..btw thanx follow kte(*_^) zira da follow akak blik..hek3

Halen said...

to nazirah:
okeh.. next time dtg bercuti di sabah plk yer. byk lg tmpt menarik di sini.