Wednesday, April 13, 2011

Bila Mizz Nina Berada Di Rumah Saya

Agak-agak korang kalau artis berada di rumah korang apa yg dia akan buat? Lepak-lepak.. Berborak kosong.. Makan-makan.. Atau menyanyi? Saya pun tak tahu sebab belum pernah lagi artis datang rumah saya.

Tapi dalam 2 minggu ini saya rasa macam Mizz Nina berada di rumah saya. Tiap-tiap malam saya dengar dan tengok Mizz Nina menyanyi sambil menari lagu What You Waiting For. Mizz Nina alone without Colby Doris. Dan saya rasa keadaan ini akan berlarutan sehingga hujung bulan April. Kekadang tu saya dan suami juga terpaksa join sama Mizz Nina menyanyi dan menari.

Mizz Nina kah???

Iya.. Sekarang ini anak dara saya sudah jadi Mizz Nina. Siang malam asyik menyanyi lagu itu  sambil berlatih menari. Hujung bulan ini tadika Nasya ada hari keluarga so kanak-kanak ribena ini akan membuat persembahan. Mula-mula dulu saya hairan juga kenapa la dia asyik menyanyi tapi yang disebutnya "tibet".. Dari segi intonasi tu macam saya biasa dengar sekali bila saya pasang lagu What You Waiting For tu baru la dia suka. "Haa.. Lagu Aca la ni".
Dan semenjak itu hari-hari saya kena pasang lagu itu even dalam kereta sekali pun Nasya  nak juga nyanyi dan menari. Mula-mula dulu sepatah haram saya tak faham apa dia sebut tapi sekarang sejak dah berlatih hari-hari sebutan dia dah bagus. English pun dah improve dari bunyi "tibet" dah bertukar jadi "baby". Ada juga la saya dengar dua tiga baris dia nyanyi hehe..

Tak sabar pula nak tunggu hujung bulan ini nak tengok macamana gaya persembahan diaorang. Hari itu ada sekali saya tengok diaorang berlatih ramai-ramai dah macam gaya aerobik pun ada. Tapi ok la saya tengok semua seronok jer.

10 comments:

Diyana said...

keh keh.baru nak wow!!! pastu tak jadi..hehe.apapun kire okla 'mizz nina' yang sorang tu pun bulih tahan.ada bakat!heh

Vivacious O'light said...

punya lah jauh tibet dgn baby.... ahahha...

T'ting said...

ada artis x berbayar nyanyi utk kita stiap hari..ok la tu...sejuk hati mendengar :)

Halen said...

to diyana:
nasya ni bab2 berjoget mmg suke sgt la tu.. pantang dgr muzik cpt je on.

Halen said...

to farah:
hehe nasya memang. dia suke nyanyi ikut sedap mulut dia je nk sebut apa.

Halen said...

to t'ting:
ya.. kekadang tu ok la jg ble hiburkan hati mama & papa dia.. :)

Nanak said...

wah2..tp best kan?

Halen said...

to nanak:
bila dpt tengok anak2 kita dah pandai sesuatu benda memang kita akan rasa seronok.. :)

cikpuanhady said...

heheh..budak2 memang suka nanyi dan joget2 kan..comel je tengok..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

Halen said...

to cikpuanhady:
time2 diaorg kecik2 ni la kita nk tgk gelagat2 lucu diaorg kan. klu ada ramai anak mesti lg best.