Friday, May 6, 2011

Cuti-Cuti Adelaide, South Australia - Part 1

Sedar tak sedar dah 2 minggu masa berlalu tapi baru sekarang saya nak bercerita tentang percutian ke Adelaide. Maklum la bila dah bercuti lama banyak benda-benda yang tertangguh perlu diselesaikan di samping mencari kembali mood untuk berblogging seperti sediakala. Untuk entry percutian ke Adelaide saya tidak akan bercerita panjang lebar kerana saya tahu kalian pasti akan bosan jadi saya akan hidangkan korang semua dengan gambar-gambar yang menarik. Hampir 2000 gambar telah saya ambil sepanjang percutian ini tapi saya tidak akan masukkan kesemua 2000 gambar itu.

Hidangan untuk mengisi perut di awal pagi.

16 April 2011 saya bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bersama dengan my daughter. Flight kami jam 12 tengahari dan tiba di KLIA jam 2.30 ptg. Waktu keluar daripada balai berlepas dah nampak mak abah saya serta adik lelaki tersenyum menunggu ketibaan kami. Orang yang paling gembira sudah semestinya Nasya sebab asyik menghitung hari je bila nak sampai KL.

Di KL saya tinggal di rumah angah selama 2 hari sebelum berlepas ke Adelaide. Sepanjang di KL sempat juga saya menikmati buah durian yang banyak terjual dan tidak dilupakan my target Musang King. Tapi sayang musang king yang saya dapat hanya saiz musang yang kecil. Apa-apa pun rasanya memang sedap lemak-lemak manis. Terbaikkkk.. 


Saiz sekadar anak musang king.

Hari pertama perjalanan pada 18 April 2011, flight daripada KLIA jam 9.50mlm menaiki pesawat MH139 dan sampai di lapangan terbang Adelaide pada 19 April 2011 lebih kurang jam 6.15 pagi waktu Adelaide manakala waktu Malaysia mungkin 4 pagi. Pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang sangatlah ketat dimana semua bagasi-bagasi yang dibawa penumpang akan dibuka dan diperiksa secara manual oleh pegawai-pegawai yang bertugas. Makanan yang berunsurkan tenusu adalah DILARANG untuk dibawa masuk ke negara mereka. Tidak cukup dengan itu anjing juga digunakan untuk memeriksa penumpang dan bagasi yang dibawa. Huhu.. Sungguh menakutkan terpaksa berhadapan dengan anjing itu. Anjing ala-ala ganas tu lalu tepiiiii je ketika saya sedang mengisi borang.


Di airport adik saya yang bertolak sehari lebih awal datang menjemput kami menaiki trak. Haha.. Geli hati juga tapi ok la at least ada juga transport yang boleh dibawa. Ini bukan trak besar ye tapi kereta pacuan empat roda ala-ala Hilux tapi di sini dipanggil truck. Ok juga dia bawa truck sekurang-kurang senang kami nak angkut beg yang banyak dan besar. Destinasi seterusnya menuju ke hotel tempat kami menginap selama seminggu. Di sana kami check in 2 bilik untuk 6 orang. Sampai saja di hotel masing-masing mengambil posisi untuk merehatkan badan yang kepenatan.


Walkers Arms Hotel, Adelaide, South Australia

Ini la hotel kami menginap selama di Adelaide. Harga bilik kami USD130/day untuk memuatkan 3 orang dalam satu bilik. Undang-undang di Australia memang ketat sebab kita tidak boleh suka-suka nak tinggal ramai dalam satu bilik. Jika untuk 2 orang memang boleh tidur 2 orang sahaja jika lebih akan dikenakan denda/charge. Nak tau lebih detail pasal hotel sila la ke web yang disertakan. Bilik memang selesa dan puas hati.

Tengahari kami lunch di K Noodle, restoran halal yang dimiliki oleh bangsa Cina. Saya rasa owner kedai tu Cina Malaysia sebab makanan yang dihidangkan adalah masakan-masakan yang terdapat di Malaysia. Kami order nasi ayam dan juga nasi briyani. Kenyang juga dapat makan nasi tengahari tu.

Australia pun ada nasi ayam maaa..

Haziq & abah makan nasi briyani ayam dan kambing.

Lepas makan kami jalan-jalan di Rundle Mall salah satu tempat yang boleh shopping dan ramai orang. Tapi hari tu kami sekadar jalan-jalan tengok kawasan je.

Nasya memulakan aksi dihadapan kamera.

Salah satu tarikan di Rundle Mall adalah bola ajaib ini.


Bestnya bersantai tengah panas sejuk je.


Dari Rundle Mall kami ke BCF salah satu kedai pancing yang ada di Adelaide. Teruja betul saya masuk ke kedai ini sebab barang-barang pancing banyak giler. Kalau husband saya yang masuk mau 2 jam dia pusing-pusing di sana. Tujuan ke sini adalah untuk membeli barang yang dipesan oleh member-member selain mencari hadiah untuk husband. Kedai ni memang best dan terbaikkk. Hasilnya dapat membeli 2 gewang prawnstar sahaja.



Destinasi seterusnya adalah Harbour Town iaitu salah satu tempat popular untuk membeli belah. Di sana ada menjual kebab yang halal dimakan jadi kami beli 4 kebab yang sebesar lengan dan bawa balik ke hotel untuk makan malam. Hari pertama ni sekadar jalan-jalan tengok tempat sahaja. So aktiviti hari pertama di Adelaide sekadar makan dan jalan-jalan di tempat yang berdekatan sahaja. Kita bersambung lagi di Part 2 selepas ini.

1 comment:

Anonymous said...

K noodle berdekatan dengan walkers arm hotel ke? Is it a walking distance?