Wednesday, March 2, 2011

iPad 2 Dilancarkan 2 Mac 2011



Hari ini 2 Mac 2011 kononnya iPad2 akan dilancarkan. Sejauh mana kebenaran berita ini? Bagi penggemar-penggemar gadget semestinya tidak sabar menantikan kemunculan gadget terbaru daripada Apple. Gambar di atas saya search daripada Google dan kebanyakkan blog yang saya kunjungi pun memaparkan gambar yang sama.

Bagi saya yang sememangnya bukan pakar IT memang agak janggal dengan gadget sehebat iPad dan juga iPhone. Tetapi kekurangan itu tidak saya jadikan alasan untuk memiliki iPad2. Insya-Allah jika diberikan rezeki yang lebih mahu juga memiliki benda yang canggih ini. 

Kalau ditengokkan pada bentuk dan rupa memang iPad ni nipis dan senang dibawa. Laptop saya sekarang ni pun saiz kecil juga tapi agak tebal dan berfikir dua kali juga untuk dibawa ke hulu ke hilir. Errmmm.. Ini la manusia kan tak pernah cukup dengan apa yang ada (ayat utk menghindari drpd membeli hehe).

Malam ni tengok la berita kot-kot ada diberitahu mengenai pelancaran iPad2 ini. Kalau takde juga tunggu la besok atau lusa ada khabar berita. Saya takde la teruja sangat memandangkan ini bukanlah target saya tapi jika diberi percuma pasti saya mahu hehe.. Mana tau ada orang nak bagi hadiah birthday ke walaupun birthday saya lambat lagi.


2 comments:

kay_are said...

memang canggih item2 camni tapi x bape suke r bende2 ipad ni.. ske nset je.. huu..

Halen said...

to kay_are:
tak dpt lg mmg la x minat cuba dah dapat mesti bw tido punyer hehe..