Saturday, April 9, 2011

Saham Bank Rakyat 2011


Sekarang ni sesiapa yang allert pasal saham bank rakyat saya pasti mesti semua dah serbu ke Bank Rakyat kan. Serius mula-mula saya tak tahu apa yang diperkatakan pasal saham Bank Rakyat ini tapi setelah membaca pasal saham ini di blog biras saya baru saya tahu serba sedikit.

Setelah mendapat maklumat serba sedikit saya search la di Google dan sememangnya isu saham Bank Rakyat ni tengah mendapat perhatian orang ramai. Saya pun teringin nak membeli saham Bank Rakyat ni tapi hari ini saya masih belum berpeluang ke bank. Dalam tempoh seminggu ni bos saya ada di pejabat jadi kebebasan untuk mengurus hal-hal di luar pejabat agak terhad sedikit. Kalau bernasib baik boleh la diuruskan dalam tempoh yang singkat tapi jika tidak terpaksa berbaris panjang mau kena tunggu sampai 3 jam. Lagi pula kedudukan pejabat saya agak jauh daripada tempah-tempat berurusan seperti bank. Hopefully hari Isnin nanti pembelian saham Bank Rakyat masih dibuka dan saya dapat join sama menjadi ahli Bank Rakyat.

Daripada hasil carian di internet katanya tahun ini Bank Rakyat memperuntukkan 1 billion untuk orang ramai membeli saham Bank Rakyat. Sebab itu la kita kena cepat-cepat sebab 1 billion ni boleh habis dalam 1 minggu je jika ramai orang yang membeli. Walaubagaimanapun setiap orang dibenarkan membeli RM500 sahaja. Tak kisah la RM500 pun tapi jika disimpan dalam tempoh yang panjang pasti akan memberikan pulangan yang lumayan. Tapi dengar khabarnya dana ini akan dinaikkan kepada 3 billion. Semoga kesahihan berita ini akan terlaksana.

Dividen yang ditawarkan juga agak menarik di mana pada tahun 2010 dividen yang dibayar oleh Bank Rakyat adalah sebanyak 15%. Ini boleh dikategorikan sebagai bayaran dividen yang agak tinggi kan. Cuba korang tengok kira-kira di bawah ini yang saya dapat daripada blog JARDNESS.

2011 - RM500 (duit pelaburan asal)

2012 - RM575 (setelah tambah 15%)
2013 - RM661.25
2014 - RM760.44
2015 - RM874.51
2016 - RM1005.68
2017 - RM1156.53
2018 - RM1330.01
2019 - RM1529.51
2020 - RM1758.94
2021 - RM2022.78
2022 - RM2326.10
2023 - RM2675.13
2024 - RM3076.40
2025 - RM3537.86
2026 - RM4068.54
2027 - RM4678.82
2028 - RM5380.64
2029 - RM6187.74
2030 - RM7115.90
2031 RM 8183.28

Dalam tempoh 20tahun pelaburan sebanyak RM500 akan kita dapat pulangan sebanyak RM8183.28


Sekarang ni macam-macam cara ada untuk kita mendapatkan wang. Melabur di bank boleh melabur emas boleh melabur hartanah boleh dan macam-macam lagi. Walau apa pun pelaburan yang kita lakukan perkara penting yang harus kita fikirkan adalah HALAL

Saya bukan alim ulama yang mampu menilai halal haram sesuatu pelaburan itu tapi sebaik-baiknya kita mencari inisiatif sendiri menyiasat atau mengambil tahu apa konsep pelaburan yang dilakukan. Nak cerita panjang lebar pun saya tak berapa arif tapi saya faham serba sedikit pasal kewangan ini setelah menghadiri Seminar Kewangan Islam beberapa bulan yang lalu. Sebagai umat Islam sebaiknya kita menggunakan sistem perbankan Islam dan takaful untuk insuran. Contohnya Maybank (Islamic), Bank Islam, CIMB (Islamic) dan lain-lain lagi. Kepada yang lebih arif tentang sistem perbankan di Malaysia jangan segan silu untuk kongsi pendapat di sini. Jom sama-sama kita melabur untuk kehidupan yang lebih baik di masa depan.

6 comments:

Diyana said...

yeh!yeh!cpt2!mmg kejap je unit2 saham tu habis org awam beli..berpeluh tau menunggu turn beratur hari ni.org terakhir keluar bank sblum solat jumaat..^^.utk syer tambahan, boleh mohon borang asing yg disediakan. tunggu kelulusan awal mei ni samada boleh tambah syer atau tidak..;)

yantz-yeem said...

huhuhu...member ckp mmg bank ramai gilak org...harap2 next week bank rakyat dah x kerumun nagn org ramai la hendak nya...nak melabur gaks,,,.

cikpuanhady said...

pernah dengar yang melabur di bank rakyat memang untung, tapi belum diselidik konsepnya macam mana..

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Jom join Heartbeat.my! Tak efek Nuffnang

Halen said...

to diyana:

hari isnin ni la br dpt ke bank uruskan semuanya. hopefully sempat lg la.

Halen said...

to yantz-yeem:

haaa jom la kita ramai2 pergi melabur hehe

Halen said...

to cikpuanhady:

itu la sebaiknya sebelum melabur kita nk kena periksa dulu apa konsep yg dijalankan.