Friday, April 1, 2011

Jom Hidup Sihat Dengan 1Fitness

Adakah anda seorang yang sihat? Sihat atau tidak tepuk dada tanya selera. Mari kita semua amalkan gaya hidup sihat dengan 1Fitness.


Petang kelmarin saya telah didatangi oleh 2 orang staf 1Fitness dari Kuala Lumpur yang telah berkunjung ke pejabat saya untuk mempromosikan gym mereka iaitu 1Fitness. Akhirnya saya berjaya juga mendaftar sebagai salah seorang member 1Fitness. Untuk makluman sebelum ni memang saya pernah berkunjung ke sini tetapi bukan sebagai member. Pergi dan bayar secara walk-in RM25/entry. Last month adalah tempoh percubaan dan nampaknya kunjungan saya ke gym menampakan hasil yang bagus kerana berat saya sebelum ini daripada 60kg dah turun 58kg. Saya bukan nak cakap pergi gym boleh kurus badan tetapi ianya amat membantu saya selain saya amalkan jaga pemakanan dan buat treatment. Bagi diri saya yang slim time muda dulu apabila berlaku peningkatan berat badan sekarang ini ianya adalah sesuatu yang mengerikan. 

Saya tidak la berkunjung ke sana setiap hari sebab time tu saya follow member ofis sahaja yang rajin berkunjung ke sana. Saya pergi jika ada kelapangan dan rajin sebab di rumah pun saya ada exercise juga sikit-sikit. Tapi hasil di rumah dengan di gym amatlah berbeza sebab kalau di gym kita akan lebih berdisiplin dan fokus.


Dalam rangka promosi yang dilakukan saya hanya perlu membayar RM39.90 untuk pendaftaran dan percuma 1 month entry tanpa limit. Harga asal untuk pendaftaran adalah RM139.00 dan yuran bulanan RM119.00 jadi bayaran untuk kali pertama adalah RM258. Tetapi dengan promosi yang ada semalam saya hanya perlu membayar RM40.00 sahaja. Memang betul-betul jimat kan. Promosi ini tidak terdapat di kaunter atau pusat gym kerana promosi ini dilakukan oleh orang-orang tertentu sahaja.

Selain dapat menjimatkan kos saya diberikan hadiah saguhati iaitu tuala, t-shirt ataupun botol air. Member boleh pilih apa hadiah yang diinginkan selagi stok masih ada. Promosi ni bukan selalu ada dan bukan semua orang dapat. Kira kali ini saya dan beberapa rakan pejabat bertuah la sebab staf 1Fitness ni sudi datang buat promosi ke pejabat kami. Kepada anda di luar sana jom amalkan gaya hidup sihat dengan 1Fitness.


Satu lagi yang ingin saya jelaskan di sini bahawa kalau kita ke gym bukan bermakna kita inginkan otot-otot yang besar atau body berketak-ketak tapi kita lakukannya untuk kesihatan. Ramai yang salah anggap jika ke gym mesti badan berketul-ketul nanti. Bukan senang badan perempuan nak berketul-ketul sebab kita tidak ada hormon itu jadi sila ubah tanggapan anda yer. Niatkan dalam diri kita berkunjung ke gym untuk menyihatkan badan. Tapi kalau dapat turunkan berat badan ianya adalah sesuatu yang bagus.

2 comments:

kay_are said...

pasni makin sihat dan bertenaga r akak helen kan ^_^

Halen said...

to kr:
insya-allah.. hopefully mcm tu la nnt.