Thursday, April 14, 2011

Bibir cantik gara-gara pakai SPIRIT

Last week saya ditanya oleh salah seorang officemate..

"Ko pakai apa nampak cantik la bibir"

Rupa-rupanya ada juga yang perasan perubahan pada bibir saya hehe.. Bibir saya bukannya cantik macam Angelina Jolie, Erra Fazira atau perempuan-perempuan cantik yang lain. Bibir saya biasa-biasa je takde apa pun yang hendak dibanggakan. 

Kondisi bibir saya tak tebal tak nipis sedang-sedang je. Tapi saya menghadapi masalah warna bibir yang agak gelap. Ohhh.. Jangan kalian cuba fikir saya seorang perokok ye, tidak sama sekali dan saya tak suka perokok. Kerana itu la saya terpaksa mencari lipstik yang sesuai dengan bibir saya supaya nampak cantik.

Sebelum ini macam-macam lipstik saya cuba dari zaman muda hingga la zaman lewat 20-an ni. Hahaha.. Ayat tak nak mengaku dah tua. Zaman-zaman sekolah dulu saya pakai lipsbalm  tapi jika  nak cantik sikit pakai warna pink. Tamat zaman sekolah saya pakai lipsbalm + lipstik Maybelline. Itu pun mak yang belikan sebab saya kan belajar course secretary jadi sedikit sebanyak menuntut saya untuk menghias diri.

Rasanya Maybelline sekejap je saya pakai lepas tu saya pakai Loreal. Lipstik Loreal agak lama juga saya pakai sebab saya rasa warna yang saya beli itu sesuai dengan bibir saya. Revlon saya pernah cuba juga tapi sekali sahaja. Sememangnya Loreal sangat sebati dengan diri saya sebab kebanyakkan produk yang saya gunakan jenama Loreal. Terima kasih Loreal.

Oh ya berbalik kepada lipstik yang saya gunakan sekarang ni memang betul saya gunakan SPIRIT. Hari tu saya ada tengok Siti Nurhaliza menyanyi di tv dan saya tengok dia pakai lipstik warna natural je. Cantik dan simple.. Walaupun tak merah menyala tapi bibir dia tetap nampak cantik. Saya pun melangkah kaki ke kedai lipstik dan saya bagitau salesgirl tu saya nak warna natural. Dia bagi satu lipstik tapi masih nampak warna merah jadi saya minta warna natural lagi iaitu warna coklat. Dia bagi saya cuba SPIRIT dan saya sukakannya. Dan dengan Spirit juga la saya rasa bibir saya cantik dan berkeyakinan haha..

Pembetulan yer saya bukan pakai spirit bahan kimia tu tapi saya pakai lipstik jenis Spirit daripada Mac. Sekarang ni untuk touch up bahagian muka memang saya pakai Mac sebab saya rasa best dan berkualiti. Hampir dua tahun juga la saya dah guna Mac kerana sebelum ini saya memang pengguna Loreal tegar.

Kepada yang ingin memiliki bibir cantik dan bersinar tanpa perlu lipstik yang merah menyala kalian boleh mencuba lipstik Mac. Bagitahu salesgirl nak jenis Spirit atau korang boleh cuba jenis lain. Sebab warna lipstik ni dipengaruhi juga dengan warna bibir kita.

Untuk kombinasi bibir yang cantik saya gunakan paduan lipstik Spirit A60 dan lipglass Viva Glam V A30 by Mac.

 Sprit by Mac


Lipglass Viva Glam V by Mac

Jika tengok gambar di atas mesti ramai yang fikir lipstik ini warna merah atau pink-pink kan. Pada mulanya memang saya fikir bergitu tapi setelah memakai lipstik itu warnanya langsung tidak sama dengan warna asal yang saya lihat. Begitu juga dengan lipglass yang digunakan saya fikir mesti bibir saya nampak tebal dan merah tapi jika betul cara guna memang tidak sama sekali. Lipglass itu adalah untuk menyerikan lagi bibir kita yang mungkin nampak agak kering.

Prime Lip Base by Mac

Cara pemakaian lipstik yang sebaiknya adalah dengan memakai lip base dahulu kemudian baru pakai lipstik. Jika ingin bibir lebih terserlah dan tidak kering gunakan lipglass. Tujuan lip base ini adalah untuk menutup garis-garis yang terdapat pada bibir dan memberikan kesan lembab pada bibir. 

Kepada wanita-wanita yang masih mencari lipstik yang hendak digunakan tak salah kiranya kalian mencuba kombinasi yang saya ceritakan ini. Lipstik yang digunakan akan membuatkan bibir kalian nampak segar dan cantik tanpa perlu mengenakan warna yang terang. Cukup dengan natural colour bibir anda tetap nampak cantik berseri.

11 comments:

Diyana said...

ana tak ade lipstik..hehe.last pakai make up,masa kawin dulu ajela..haha

jiejah said...

wah..leh try nih.. :)

Nur Dalin said...

ala kak.. naper tak letak pic bibir akak? hehe.. nak tgk sket..

*singgah kejap*

Halen said...

to diyana:
haaa klu x pakai lipstik elok sgt la try yg alin suggest ni hehe..

Halen said...

to jiejah:
haaa harus try sbb mmg puas hati. bila lg nk glamer dpn suami hehe

Halen said...

to dalin:
haha malu la nk tayang bibir sendiri sbb bukan cantik pun.

Nur Dalin said...

huhu.. tarikh GA contest dah tutupp.. debor.. debor..

cikpuanhady said...

haaa..menarik nih..nanti nak cari ler..saya memang suka warna ala-ala pastel ni..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

Halen said...

to dalin:
hehe.. tarikh tutup tghmalam nnt. siang ni masih sempat lagi kalau ada nak join.

Halen said...

to cikpuanhady:
haaa weken ni pegi la jengah2 ke mac. jgn lupa test dulu yer.

Kak Long said...

terima kasih atas info ni..mmg kak long mencari-cari lipstik yg sesuai utk bibir kak long sbb bibir kak long ni agak gelap dan selalu bila beli lipstik,mesti x sesuai & kena beli lipstik lain smpai dh byk lipstik kt rmh tp x pkai2 sbb wrna terlalu trg atau pn bibir jd kering lps pkai..