Sebelum keluar lunch tadi saya sempat singgah ke salah satu blog yang popular di kalangan blogger di Malaysia iaitu Denaihati.com. Ini bukanlah kunjungan pertama saya ke sana kerana sebelum ni saya pernah beberapa kali berkunjung ke sana setelah dipromote oleh teman-teman. Tapi time tu saya tak tahu pun yang blog Denaihati ni adalah blog yang mendapat kunjungan ramai.
Saya suka penulisan beliau sebab ayatnya jelas dan mudah difahami selain menggunakan perkataan dan ayat sewajarnya. Kalau nak dibandingkan penulisan beliau dengan blog saya memang jauh berbeza.
Saya tertarik dengan penulisan beliau yang bertajuk Bagaimana mencari idea menulis blog peribadi tanpa henti. Kekadang tu saya terfikir juga macamana la otai-otai blog ni mencari idea untuk menulis dua tiga entry dalam masa sehari. Timbul persoalan "ligatnya otak diaorang berfikir untuk menulis blog, agak-agak berapa jam la diaorang mengadap laptop untuk update blog yer". Tapi rupa-rupanya ada pendekatan dan cara lain yang digunakan untuk memastikan idea sentiasa ada untuk kita menulis blog. Insya-allah, dengan apa yang ingin saya kongsikan ini dapat la kita sama-sama mempraktikkannya.
Al-maklum la walaupun dah beberapa tahun saya berkenalan dan menulis blog tapi saya tetap merasakan diri saya ni seperti budak baru nak belajar. Mana tak nya blog asyik berubah je hehe.. Rasanya The Story Of My Journey ni adalah blog kelima yang saya buat.
Di sini saya kongsikan beberapa tips daripada Denaihati.com yang sememangnya dapat membantu saya dan blogger-blogger di luar sana untuk mencari idea yang best. Semoga apa yang dikongsi oleh Denaihati akan menjadi panduan kepada kita semua untuk berblogging.
********************************************************************************************************
Internet
Merupakan perkara penting untuk seorang blogger. Hidupnya tanpa erti kalau tidak ada internet. Walau bagaimanapun ketiadaan internet bukanlah faktor penghalang untuk mereka tidak mengemas kini blog. Ada sesetengah yang saya perhatikan telah membuat catatan berjadual terlebih dahulu. Mereka membuat persediaan yang rapi sebelum mereka ketiadaan internet. Mungkin sebab mereka bercuti panjang dan sebagainya, maka kaedah melepaskan catatan secara berjadual digunakan. Tetapi sekarang ni sudah canggih.. Kita sudah boleh “live blog”. Apa yang penting… sambungan internet tersedia di telefon bimbit.
Nota
Ramai yang kurang mempraktikkan kaedah ini. Mereka hanya menunggu bila berada di depan komputer untuk mula menulis. Sekiranya anda menulis catatan peribadi, mungkin anda tidak akan rasa kekok kerana perkara tersebut adalah perkara yang anda lalui seharian. Tapi bagaimana pula dengan penulisan yang berkonsepkan MOTIVASI? Kadang-kala nasihat dan kata-kata hikmah itu hanya datang sekali. Sekali ianya terlintas, kalau anda tidak menyalinnya… maka ia akan lenyap begitu saja.
Gambar
Menggunakan gambar sebagai pemudah-cara anda berblog adalah salah satu teknik yang agak berkesan. Tidak semestinya satu catatan itu mesti panjang lebar. Kadang-kala cukup hanya dengan sekeping dua gambar dapat merungkaikan apa yang hendak disampaikan. Menjadi seorang blogger yang agak tegar memerlukan anda memiliki sekurang-kurangnya sebiji kamera digital. Lebih elok ianya adalah kamera kompak untuk mudah dibawa kemana-mana. Ianya dikategorikan “Catatan Bahan Bukti”
Riadah
Perlukah anda terperap sepanjang hari memerah otak untuk menulis blog? Itu adalah satu teknik berblog yang agak kurang SMART. Kenapa perlu pecah kepala dan menjadi buntu? Duduk sampai berjam-lam lamanya di depan komputer… belek catatan yang lepas… tengok twitter… blog hop.. tapi, masih juga tidak datang idea untuk menulis??? Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, ada baiknya anda tutup komputer anda, dan keluar untuk aktiviti riadah. Lapangkan jiwa. Tapi sebelum keluar, sila bawa 3 perkara yang telah saya catatkan di atas sebagai persediaan seterusnya.
Termenung
Termenung untuk dapatkan idea? Apakah ini benar? Maksud saya, termenung sambil fikirkan sesuatu. Tak perlu menjadi kusut. Sebagai seorang blogger, apa yang ada di sekitar anda andalah perkara yang boleh ditulis. Mungkin semasa anda keluar beriadah tadi, anda nampak tiang lampu yang senget… atau mungkin anda tertarik pada sekawan semut yang sedang menghurung makanan… Tak terfikirkah anda apa yang boleh dicatatkan? Ini merupakan kunci utama. TENUNG, LIHAT & TULIS.
Bebaskan
Bebaskan perasaan anda. Menulis dengan penuh minat. Luahkan apa yang terpendam. Jika selama ini anda rasa was-was untuk menulis satu perkongsian, mungkin boleh cuba kelainan. Tetapi ingat, jangan sampai membawa padah. Walaupun menulis dengan penuh minat dan keghairahan… anda perlu fikirkan soal yang boleh mempengaruhi minda orang lain. Jangan menulis sesuatu perkara yang mendatangkan keburukan kepada orang lain atau menulis sesuatu perkara yang akan menyusahkan diri sendiri. Tulislah apa sahaja selagi ianya tidak melanggar 5RUKUNEGARA.
Muzik
Menulis sesuatu berkaitan dengan muzik boleh dikategorikan sebagai catatan yang beremosi atau catatan menyentuh jiwa. Anda mungkin tertarik pada satu lirik lagu yang membawa erti dalam kehidupan anda. Cari lagi tersebut dalam Youtube, dan letak diblog. Lagu ini sebagai lagu tema untuk anda memulakan catatan. Jangan jadikan lagu tersebut dimain secara automatik. Sebaliknya, berilah peluang kepada pembaca anda untuk memilih sama ada ingin bersama menghayati perasaan dalam penulisan anda bersama lagu itu ataupon tidak.
Kalau nak diikutkan banyak lagi perkara yang mampu anda tulis dalam blog anda selain daripada tajuk:- “Hari ini aku malas…” atau mungkin “Aku tadek idea hari ni” Sila hentikan segera kerana anda sebenarnya membunuh reputasi anda dalam bidang penulisan blog.
********************************************************************************************************
Cuba kalian tengok banyak kan tips yang diberikan oleh Denaihati. Setelah membaca entry yang beliau tulis ni sedikit sebanyak mengubah corak penulisan saya hehe.. Bukan niat untuk meniru atau menjadi Denaihati tapi tak salah kan jika kita berubah ke arah yang lebih bagus. Ayat yang lebih tersusun, penggunaan perkataan yang betul dan yang penting penulisan blog kita. Semoga panduan yang ada ni akan terus membantu saya ketika menulis blog. Lain suasana lain caranya.. Dan lain juga ayatnya.. :)
3 comments:
hmm klu tgk tips yg alin listkan,memang ade benarnya.kalau tny ana, ana sokong tentang gambar dan tips bebaskan tu. kalau tkde gambar,feelnye kurang.jgn memaksa cari idea utk tulis entry.biar ia datang sce semulajadi.baru penceritaannye terasa menarik.
betul tu.. gambar ni mmg salah satu tarikan yg kuat kpd sesuatu penulisan dan juga keikhlasan menulis.
Saya suka menulis sambil memainkan lagu. Seolah-olah ia merangsang otak untuk lebih relaks tetapi menghadirkan idea-idea.. :)
Post a Comment