Tuesday, January 18, 2011

Indah Khabar Dari Rupa

Perkhabaran last weekend apabila kami satu family pegi makan di Restoran Getaran Jiwa. Kepada penduduk sekitar Kota Kinabalu ni rasanya korang tau kot. Alaaa.. Restoran yg kaya dengan sinaran lampu dekat 1 Borneo tu.

Al-kisahnya apabila my laling order chicken chop with rice. Tak tau la apa ribut taufan yang melanda malam tu tetiba my laling naik hangin plak. Selalunya klu makanan tak ok dia diam je tapi malam tu siap panggil bos kedai lg. Tapi sebagai pengguna mmg wajar la restoran tu kena sound. Orang lain jual chicken chop awak pun nak jual chicken chop jgk tapi jangan la sampai nk menipu pelanggan. Sebelum nak buat tu belajar dulu betol2 supaya pelanggan puas hati. Ni tidak rupa je lebih tapi ayamnya hampeh.

Dua kali makan je isi ayam tu yang selebihnya tepung yang tebal giler dah la harga mahal nk mampoih. Ada ke nasi semangkuk ngan ayam sekeping (itu pun klu layak dipanggil sekeping la) harga sampai Rm14 hengget. Itu cekik darah namanya. Dan my laling telah membuat tindakan yang wajar di malam itu dan secara automatik la restoran tu akan disita daripada menjadi tempat kunjungan kami.


Dan yang paling menariknya di kedai tu siap ada gurauan manja lagi daripada tikus-tikus yang berlegar2 sekitar pentas dan bawah meja. Haihhh.. Walaupun rupa kedai cantik dan menarik tapi klu dah dua tiga ekor tikus duk bersuka ria mmg out la kedai tu. Hancus..hancus..

Moral of da story jgn la melihat sesuatu tu secara luaran je. Tak semestinya di luar nampak cantik di dalam pun cantik. Kekadang apa yang tak cantik tu terselit juga sesuatu yang menarik. Cakap banyak pun tak guna nak komen org pun tak guna, tepuk dada tanya selera.

Ini tak kekadang manusia ni cakap je lebey itu la ini la org tu camtu la org ni camni la tapi diri sendiri takde la bagus sgt pun. Aku pun akui jgk aku ni bukan la bagus sgt, banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Tapi sekurang kurangnya klu aku bercakap tu aku berpandukan pada kebenaran bkn main cakap je.. Ok la, just enough for today!!!

3 comments:

Janna Wan Muhammad said...

kami pon penah juga pegi makan kat situ...biasa2 je tmpt nya,boleh laa...

~~zAnAfAhMi~~ said...

Restoran Getaran Jiwa? amboi mak...tak penah masuk la, kena bookmark ni, akak mmg takut giler dgn cik ti.

Halen said...

to janna:
ahaa.. kedai ni yg best environtment je mknan xde la seedap mana pun.

to kakzana:
hehe.. klu nk try ble je kak.