Tuesday, February 15, 2011

Melentur buluh biar dari rebung..



Syukur alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung 9 bulan bila tgk anaknya manis bertelekung macam ni. Takpe la walaupun hanya bertahan 5 minit je tapi sekurang-kurangnya dia nak pakai jugak. Bukan setakat pakai je tapi saya cuba juga ajar dia solat bersama-sama walaupun kekadang tu kemalasan melanda dan seribu satu alasan diberikan. Walaupun diri ini bukan alim ulama yang terbilang tapi kami suami isteri tak terlepas pandang juga untuk mengajar anak kami tentang solat. Bacaan Al-fatihah Nasya ok skit lagi nak khatam sebab kat belakang tu masih ada 2 3 ayat yang tak lancar.


Terima kasih kepada cikgu-cikgu Nasya yang telah memberikan ilmu-ilmu dunia dan akhirat. Moga-moga Tuhan saja yang dapat membalas jasa semua cikgu-cikgu. Bila dah masuk sekolah tadika ni dah makin banyak ilmu-ilmu yang Nasya dapat. Mulutnya makin pot pet pot pet dan macam-macam dia akan tanya bila nampak itu dan ini. Bak kata Nasya "sel-sel otak dah berkembang".


Tengok la ni tak kira pakai apa pun mesti nak beraksi juga. Ini la gaya anak dara sorang ni pantang jumpa kamera mesti nak bergaya je ala-ala model. Haaa dah alang-alang sebut pasal model ni ingin sy bagaitau di sini bahawa telekung yang dipakai ni dibuat oleh makcik Siah iaitu emak kepada isteri adik ipar saya. Haaa agak-agak korang faham tak tu?? Dengan erti kata lain BIRAS bukan beras yer. Thanxs auntie Ana sebab menghadiahkan telekung yang cantik ini. Kepada sesiapa yang berminat teringin nak belikan satu untuk anak perempuan korang boleh la terus ke Siah One Stop Centre. Telekung dewasa pun ada juga sesuai untuk dihadiahkan kepada isteri, mak, kakak dan juga kekasih.. Kat sana ada penerangan yang lebih detail lagi berkenaan telekung ni dari segi saiz , jenis kain yang digunakan dan siap ada model lagi hehe.. Apa lagi cepat-cepat la ke sana untuk mendapatkan sepasang telekung untuk anda.

No comments: