Friday, February 18, 2011

AWAS..

Perempuan AWAS
Perempuan AWAS
Perempuan AWAS gerak langkah mu oooo..

Haaa.. Mesti ada yang diluar sana tahu lirik lagu ni kan. Itu la salah satu lirik lagu yang selalu dinyanyikan time zaman sekolah dulu.

Pagi tadi otw nak pi keje macam biasa la buka radio kegemaranku HOTFM. Skali dengar diaorang sembang2 rupanya ada tetamu plak pagi ni. Uhhh.. Tak sangka plak KRU yang jadi tetamu diaorang pagi ni. Lama giler tak dengar pasal diaorng bertiga ni.

Time zaman sekolah dulu KRU ni la menjadi pujaan malaya termasuk juga saya kehkeh.. Ada hati tu nak ngorat Yusry muhaha (betapa berangannya saya time tu). Ingat lagi time tgk diaorang performed kat Berjaya Megamall Kuantan dan Kuantan Parade memang syok gile. Bayangkan dari Kemaman kitaorg (geng2 skolah menengah) sanggup naik bas ting tong semata2 nak ke Kuantan tgk KRU. Huhu.. Nasib baik la time tu mak saya kasi pegi klu tak kempunan la jawabnya.

Bila ingat memori2 KRU ni teringat plak gambar saya dengan Yusry muhaha.. Bangga jup weii dapat bergambar ngan Yusry. Biasa la lepas artis perform mesti ada sesi sign autograf dan bergambar kan, yang aku ni sama naik juga la terkedek2 nak naik pentas dengan sorang member lagi Linda. Dah dapat bergambar tu balik rumah tersenyum je sampai malam tu duk terbayang lagi. Caiitt.. Betapa la admire sgt time tu..

Koleksi kaset (time tu cd tak fames lagi) ada la juga saya beli untuk koleksi sendiri. Tapi skang ni tak tau dah simpan kat mana. Rasanya barang-barang lama saya masih dalam kotak kat umah mak kot. Bukan setakat kaset je gambar-gambar dalam majalah dan surat khabar pun saya simpan tau. Potong cantik2 lepas tu buat buku huhu.. Time tu minat gila ngan KRU, Erra Fazira dan Siti Nurhalena Nurhaliza. And now still minat lagi cuma tak admire gila2 la.. Lagu2 diaorang pun masih dilayan. Klu cakap filem of coz la saya tak lepaskan peluang pergi menonton.

Skang ni dah ada suami saya admire kat suami je la kan.. Hak milik kekal abadi tu. Tapi kekadang tgk pelakon2 encem goyang jgk iman hahaha.. Bukan goyang apa pun goyang sbb suka tgk je la. 

10 Mac ni tak sabar nak tunggu filem terbaru KRU iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Katanya sampai ke luar negara ditayangkan. Konpem filem ni akan untung berjuta-juta lemon kan. 

2 comments:

Diyana said...

haha.ana dulu minat david beckham dan leonardo dicaprio gile2..klu artis tempatan tu,AC 4u2c..haha.org lain dlm group die tk minat,cuma minat ac je..

mummysyafie said...

dulu akak pun peminat tegar KRU..aiseh..sekarang dah tua pun still minat gak. tapi ala² gitu je.