Pagi tadi saya dah bawa Nasya ke Klinik Pergigian Hospital Tuaran tapi kesudahan yang diperolehi amat mengecewakan. Ini la yang membuatkan saya malas untuk ke hospital kerajaan sebab apa yang kita dapat tidak seperti yang diharapkan.
Sampai klinik jam 8 pagi tapi balik dari klinik jam 11 pagi.
Jam 730 pagi saya pergi hantar Nasya ke tadika seperti biasa dan bagitau cikgu Nasya tengahari nanti saya nak bawa Nasya ke klinik sebab dia sakit gigi. Nasib baik la cikgu Nasya bagitau kalau nak cabut gigi di klinik atau hospital kerajaan kena pergi waktu pagi sahaja. So setelah ditimbang kira dengan my hubby kami sepakat nak bawa pagi tu juga.
Walaupun sakit tetap gagah nak tinjau keadaan sekeliling.
Hairan Nasya tengok gigi besar dalam almari tu.
Dipendekkan cerita 3 jam kami membuang masa di sana sebabnya nombor kami tidak dipanggil.. Boleh ke diaorang bagi alasan nombor tercicir??? Suruh ambil nombor saya dah ambil nombor 20 tapi bila nak panggil pesakit tidak pula diaorang bagitau nombor bermula dengan 10.... Kami 3 beranak ni macam tunggul kayu la tunggu 3 jam diaorang panggil nombor 20.
Time ni orang yang datang kemudian pun dah masuk dapatkan rawatan.
Bila my hubby tanya dioorang cakap "Iyer betul la nombor tu tapi bila dah hampir semua nak balik baru la pekerja di dalam tu tanya nombor berapa". Lepas tu boleh pula cakap dah panggil.. Time tu memang my hubby dah angin satu badan la sampai saya pun terkena tempias huhu.. Ada sorang stafnurse sempat la minta maaf dan buat-buat ramah tapi my hubby bo layan je.
Menunggu sambil mengisi perut..
Time menunggu tu Nasya dah kena psiko dengan budak2 yang melalak selepas cabut gigi. Kejap nak nangis kejap muka cuak dan last sekali dia merungut lapar. Dah la semalam dia tak makan pagi tadi pun tak breakfast. Maybe sebab dah terlalu lapar dia minta juga nak makan walaupun sakit. Sebelum ni jenuh nak suruh makan tapi asyik taknak je. Sempat la my hubby suapkan Nasya sebelum jumpa doktor.
Staf kat sana boleh je lalu lalang depan kami tengok Nasya tidur.
Nasya sampai tertidur2 menunggu nak masuk jumpa doktor. Bila dah masuk tak boleh cabut pula tapi hanya diberikan ubat je supaya bengkak surut. Aduh.. Sakitnya hati. Tunggu la pula setengah jam semata-mata nak sakitkan hati ambil ubat demam dan antibiotik.
Last-last balik tanpa mendapat apa-apa rawatan ke atas gigi yang sakit tu. Nasib baik la petang tu selepas dah makan ubat Nasya tak mengadu sakit lagi. Hopefully malam ni Nasya dapat tidur lena la. 2 malam dah saya tak dapat tidur lena sebab asyik terjaga tengah malam bila dia menangis.
4 comments:
owh..sian nasya sakit gigi, janna pon tensen kalu gi kinik gomen, benda nak buat nye sekejap jah,tp menunggu tu punya la lama..hadoiii..so kami bawak pegi kinik private je kalu nak wat treatment gigi.
memang pun.. wpun mak abah alin keje hosp gomen anak dia tetap jgk nk komplen ni hehe.. byr lebih skit takpe janji service bagus dan cepat.
alin, aku rs benda ni byk berlaku kt Sabah je le. Sebab kat semenanjung sini tak de pulak kejadian begini berlaku. Baru ni Maryam gi klinik kerajaan kat sini, sekejap je tunggu. Terus dpt jumpa doktor. Klinik ibu dan anak pun tak de la menunggu berjam-jam. 10 minit je dah siap. Ramah tamah, baik dan penyayang. Sesuai le dgn slogan dia tu.
yup btol tu setuju sgt2 tp x berani nk tulis kt sini sbb i kan masih berada di sabah. kang x pasal2 x dpt balik sana hehe.. dulu time kecik2 pi hosp kerajaan takde pun nk kena tunggu berjam2.
Post a Comment