Monday, February 21, 2011

Masjid Al-Khalidiah (Sumbangan Datuk K dan Dato Siti Nurhaliza)

masjid siti nurhaliza

Tahniah diucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza dan suami di atas kejayaan membina masjid yang gah ini. Al-Khalidiah seindah nama dan rupa telah siap dibina di Kg Permatang Pasir, Tikam Batu, Kedah. Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Yang Mulia Sultan Kedah iaitu Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


masjid siti nurhaliza

Syukur alhamdulillah sekurang-kurangnya masih ada artis-artis yang masih ringan tangan untuk membuat amal jariah. Itu la manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Walaupun telah menjadi artis yang tersohor namun di hati Dato Siti dan suami tetap ada kesucian dan keikhlasan untuk membuat kebajikan. Semoga dengan tertubuhnya masjid ini rezeki yang diberikan kepada kalian berdua akan semakin melimpah hendaknya. Kita tunggu pula selepas ini mana tahu Dato Siti dan Datuk K nak bina masjid di Kuala Lipis pula.

masjid siti nurhaliza

Suka tengok design masjid ni nampak simple dan moden. Agak-agak berapa la kos sebuah masjid ni yer. Nilai tak penting sebenarnya yang penting keikhasan di hati. Sekali lagi tahniah saya ucapkan dan saya doakan hajat Dato Siti yang satu lagi akan termakbul secepat mungkin iaitu menimang cahaya mata.. :)

5 comments:

Janna Wan Muhammad said...

er....no comment.hihihi

Diyana said...

rm 1.7 juta aje...celah jari dato k n siti je neh duit byk tu.;).tp tkpe,apepun mudahan lepas ni mereka akan diberi rezki berlipat kali gnda.:)

kay_are said...

waah.. yang ni memang sorang artis yang patut di puji =)

Halen said...

to janna:
apsal no comment???

to ana:
perghhh 1.7 juta.. klu beli rumah brapa biji la ble dpt tu hehe

to kay:
setuju.. bkn ramai artis yg murah hati camni.

Diyana said...

haha.klu rumah utk kite..bley dpt 6-7 bj la kot..klu umah siti,mn dapat..kurg2 10 juta sebijik..hehe