Wednesday, April 27, 2011

Update Terbaru

Terima kasih kepada teman blogger yang masih merindui hasil tulisan saya di sini. Ada juga beberapa member tak sabar meminta saya update blog tentang percutian minggu lalu hehe.. Memang saya nak update tetapi dua hari ini kekangan masa menyebabkan saya tidak sempat untuk mengupdate blog.

Cerita tentang percutian semestinya panjang berjela memandangkan saya bercuti hampir 1 minggu. Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan cuba siapkan entry-entry menarik tentang percutian kali ini dan tidak lupa keputusan contest yang telah saya anjurkan.

Kepada semua harap bersabar yer.. :)

Friday, April 15, 2011

Contest "Saya Holiday, Anda Dapat Hadiah" Ditutup

Dengan ini saya mengumumkan contest yang saya anjurkan telah ditutup dengan rasminya. Memandangkan esok saya akan berangkat jadi keputusan contest ini akan saya umumkan setelah balik daripada bercuti nanti. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah menyertai dan memberi sokongan pada kali ini.


Di sini saya senaraikan peserta-peserta yang telah menyertai contest ini:

Jeeha - Australia
Farah - Gold Coast
Far East - Indonesia
Huda - Sydney, Australia
Deqlis - Singapore
Diyana - Adelaide, Australia
Fadzillah Kamarudin - Indonesia
Shaizhar - Paris, France
Dalin - Adelaide, Australia
Janna - Adelaide, Australia
Aanie - Indonesia
Mariah - Jakarta & Bandung, Indonesia
Nanakimie - Adelaide, Australia
Cikpuanhady - Adelaide, Australia
Cute mum - Sydney, Australia
Akma - Melbourne, Australia
Eb Ezrin2 - Perth, Australia
Nana - Disneyland Paris
Syuhada - Australia
Adyshariz - Gold Coast, Australia
Zatie Sayang - Indonesia
Hezrina83 - Singapore

Ok untuk kali ini seramai 22 orang telah menyertai contest ini dan nama-nama yang saya merahkan itu seramai 5 orang adalah mereka-mereka yang telah memberikan jawapan yang tepat. Kelima-lima mereka adalah pemenang tapi yang akan menerima hadiah cuma seorang sahaja berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemenang yang akan menerima hadiah untuk contest kali ini ialah..



















































































































































seseorang yang akan saya umumkan setelah balik bercuti dari Adelaide, Australia.
Hehe harap maklum dan bersabar.

Persediaan Sebelum Bercuti

Salam 1Malaysia semua,

Dua tiga hari ini saya memang agak sibuk dan menghadapi kekangan waktu untuk bersantai lama di blog. Apa yang sempat saya buat ialah menjengah blog sendiri dan facebook untuk seketika dan membalas mana-mana komen yang ada. 

Nak blogwalking banyak-banyak pun tak sempat memandangkan line internet yang tersangatlah perlahan di pejabat. Kesempatan yang ada di waktu malam saya gunakan untuk menaip entry yang akan saya publishkan di siang hari. Selesai satu entry saya akan blogwalking ke blog-blog yang biasa saya lawati dan blog-blog baru sehingga mata mengantuk. Memandangkan esoknya hari bekerja jadi saya memang melimitkan waktu untuk berjaga malam. 

Tetapi dua malam kebelakangan ini saya agak sibuk sebab tengah rancak membuat persiapan untuk bercuti. Memandangkan perjalanan kali ini agak jauh jadi saya akan pastikan pakaian dan keperluan lain mencukupi. Saya memang jenis tak suka buat kerja last minit sebab itu saya akan pastikan beg saya 80% siap dikemas dua hari sebelum perjalanan. Sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau percutian saya percaya ramai antara kita akan membuat persediaan awal kan. Ini adalah persediaan yang telah saya lakukan sebelum berangkat hari Sabtu ini.

Tiket/Passport/Visa/Dokumen-Dokumen Berkaitan

Ini adalah benda-benda penting yang perlu dititik beratkan. Jika penerbangan menggunakan kapal terbang sudah semestinya kita perlu semak tiket penerbangan supaya tarikh dan masa tidak tersilap. Jangan amalkan sehari sebelum perjalanan baru nak semak semua benda. Untuk perjalanan kali ini saya dah print tiket kapal terbang 3 hari sebelum perjalanan. 


Memandangkan percutian kali ini jauh ke seberang laut jadi saya telah pastikan passport saya dan Nasya siap lebih awal. Bulan 2 hari tu passport Nasya dah siap dan bulan 3 mykid Nasya pun dah siap. Visa pun dah selamat diuruskan oleh adik saya. Bila semua dokumen sudah ada saya akan simpan dalam beg yang akan saya bawa nanti. 

Bajet/Duit



Saya percaya jika kita hendak bercuti sudah semestinya duit menjadi perkara utama yang kita fikirkan. Jika bajet sudah ada dan mencukupi baru la senang kita hendak merancang perjalanan. Pada mulanya dahulu bajet pertama yang saya selesaikan ialah tambang untuk kapal terbang, accomodation dan duit belanja. Alhamdulillah.. Buat masa ini apa yang saya rancang dan peruntukkan mencukupi. Harap-harap di sana nanti bajet saya tidak lari.

Cuti

Memandangkan percutian kali ini melibatkan adik saya jadi tarikh untuk bercuti saya terpaksa ikut agenda adik saya. Nasib baik pejabat saya jenis senang memohon dan meluluskan cuti jadi tiada masalah jika saya mahu bercuti. Permohonan cuti telah saya buat dan mendapat green light daripada bos. Jadi sepanjang saya bercuti nanti ada member yang akan menggantikan tempat saya. 


Pakaian


Haaa.. Bunyi macam remeh je kan bab pakaian ni tapi bagi saya pakaian merupakan isu yang perlu dititikberatkan. Sebab apa saya cakap penting supaya kita tidak akan mendapat masalah dengan membawa pakaian yang tidak cukup atau terlebih. Bayangkan jika bawa baju seluar tidak cukup terpaksa la kita pakai satu baju untuk dua hari. Kalau dah namanya berjalan mesti berbau juga baju tu. Sanggup ke korang berjalan dalam keadaan badan yang berbau??? Tapi kalau terlebih bawa pun masalah juga sebab ianya akan menyusahkan anda terpaksa mengangkut beg yang berat dan besar. Sebaiknya bajet la sekurang-kurangnya satu pakaian sehari dan untuk baju tidur pakai la satu baju untuk dua hari. Baju tidur takpe la sebab kita bukan bawa berjalan ke mana pun paling tidak hanya berbau air liur basi je hehe..




Kalau dah bawa pakaian mesti kita akan bawa keperluan-keperluan lain seperti berus & ubat gigi, ubat-ubatan dan barang-barang harian lain yang kita gunakan. Bagi saya ubat adalah benda yang penting dan saya akan bawa bersama jika bercuti atau balik kampung. Sekurang-kurangnya saya bawa penadol  dan mopiko/krim gatal untuk Nasya.


Rasanya cukup 4 topik yang saya ceritakan di sini. Kalau nak senaraikan semua memang tak habis la saya cerita dua hari dua malam. Mungkin ada lagi benda-benda lain yang saya tak ceritakan di sini dan korang boleh je nak share. Mana tau ada benda penting lain yang saya belum prepare. Apa-apa pun persediaan awal adalah perkara yang baik untuk memastikan perjalanan kita tenang dan lancar.

Thursday, April 14, 2011

Bibir cantik gara-gara pakai SPIRIT

Last week saya ditanya oleh salah seorang officemate..

"Ko pakai apa nampak cantik la bibir"

Rupa-rupanya ada juga yang perasan perubahan pada bibir saya hehe.. Bibir saya bukannya cantik macam Angelina Jolie, Erra Fazira atau perempuan-perempuan cantik yang lain. Bibir saya biasa-biasa je takde apa pun yang hendak dibanggakan. 

Kondisi bibir saya tak tebal tak nipis sedang-sedang je. Tapi saya menghadapi masalah warna bibir yang agak gelap. Ohhh.. Jangan kalian cuba fikir saya seorang perokok ye, tidak sama sekali dan saya tak suka perokok. Kerana itu la saya terpaksa mencari lipstik yang sesuai dengan bibir saya supaya nampak cantik.

Sebelum ini macam-macam lipstik saya cuba dari zaman muda hingga la zaman lewat 20-an ni. Hahaha.. Ayat tak nak mengaku dah tua. Zaman-zaman sekolah dulu saya pakai lipsbalm  tapi jika  nak cantik sikit pakai warna pink. Tamat zaman sekolah saya pakai lipsbalm + lipstik Maybelline. Itu pun mak yang belikan sebab saya kan belajar course secretary jadi sedikit sebanyak menuntut saya untuk menghias diri.

Rasanya Maybelline sekejap je saya pakai lepas tu saya pakai Loreal. Lipstik Loreal agak lama juga saya pakai sebab saya rasa warna yang saya beli itu sesuai dengan bibir saya. Revlon saya pernah cuba juga tapi sekali sahaja. Sememangnya Loreal sangat sebati dengan diri saya sebab kebanyakkan produk yang saya gunakan jenama Loreal. Terima kasih Loreal.

Oh ya berbalik kepada lipstik yang saya gunakan sekarang ni memang betul saya gunakan SPIRIT. Hari tu saya ada tengok Siti Nurhaliza menyanyi di tv dan saya tengok dia pakai lipstik warna natural je. Cantik dan simple.. Walaupun tak merah menyala tapi bibir dia tetap nampak cantik. Saya pun melangkah kaki ke kedai lipstik dan saya bagitau salesgirl tu saya nak warna natural. Dia bagi satu lipstik tapi masih nampak warna merah jadi saya minta warna natural lagi iaitu warna coklat. Dia bagi saya cuba SPIRIT dan saya sukakannya. Dan dengan Spirit juga la saya rasa bibir saya cantik dan berkeyakinan haha..

Pembetulan yer saya bukan pakai spirit bahan kimia tu tapi saya pakai lipstik jenis Spirit daripada Mac. Sekarang ni untuk touch up bahagian muka memang saya pakai Mac sebab saya rasa best dan berkualiti. Hampir dua tahun juga la saya dah guna Mac kerana sebelum ini saya memang pengguna Loreal tegar.

Kepada yang ingin memiliki bibir cantik dan bersinar tanpa perlu lipstik yang merah menyala kalian boleh mencuba lipstik Mac. Bagitahu salesgirl nak jenis Spirit atau korang boleh cuba jenis lain. Sebab warna lipstik ni dipengaruhi juga dengan warna bibir kita.

Untuk kombinasi bibir yang cantik saya gunakan paduan lipstik Spirit A60 dan lipglass Viva Glam V A30 by Mac.

 Sprit by Mac


Lipglass Viva Glam V by Mac

Jika tengok gambar di atas mesti ramai yang fikir lipstik ini warna merah atau pink-pink kan. Pada mulanya memang saya fikir bergitu tapi setelah memakai lipstik itu warnanya langsung tidak sama dengan warna asal yang saya lihat. Begitu juga dengan lipglass yang digunakan saya fikir mesti bibir saya nampak tebal dan merah tapi jika betul cara guna memang tidak sama sekali. Lipglass itu adalah untuk menyerikan lagi bibir kita yang mungkin nampak agak kering.

Prime Lip Base by Mac

Cara pemakaian lipstik yang sebaiknya adalah dengan memakai lip base dahulu kemudian baru pakai lipstik. Jika ingin bibir lebih terserlah dan tidak kering gunakan lipglass. Tujuan lip base ini adalah untuk menutup garis-garis yang terdapat pada bibir dan memberikan kesan lembab pada bibir. 

Kepada wanita-wanita yang masih mencari lipstik yang hendak digunakan tak salah kiranya kalian mencuba kombinasi yang saya ceritakan ini. Lipstik yang digunakan akan membuatkan bibir kalian nampak segar dan cantik tanpa perlu mengenakan warna yang terang. Cukup dengan natural colour bibir anda tetap nampak cantik berseri.

Saya Holiday, Anda Dapat Hadiah



Untuk makluman next week saya akan bercuti selama satu minggu dan sebelum bercuti saya bercadang untuk mengadakan satu contest kepada pengunjung blog saya. Tempat holiday adalah rahsia sebab contest kali ini anda kena teka ke manakah saya akan bercuti bermula 18 - 24 April 2011. Contest kali ini simple je.

1. Buat satu entry "Saya Holiday, Anda Dapat Hadiah" dan letak gambar di atas.
2. Jawab soalan contest dan tinggalkan link di komen ini. 

Tarikh tutup penyertaan 15 April 2011.

Hadiah saya akan beritahu kemudian sebab hadiah saya akan beli semasa bercuti nanti. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jawapan yang paling tepat dan pantas.

Klu : Passport

Wednesday, April 13, 2011

Bila Mizz Nina Berada Di Rumah Saya

Agak-agak korang kalau artis berada di rumah korang apa yg dia akan buat? Lepak-lepak.. Berborak kosong.. Makan-makan.. Atau menyanyi? Saya pun tak tahu sebab belum pernah lagi artis datang rumah saya.

Tapi dalam 2 minggu ini saya rasa macam Mizz Nina berada di rumah saya. Tiap-tiap malam saya dengar dan tengok Mizz Nina menyanyi sambil menari lagu What You Waiting For. Mizz Nina alone without Colby Doris. Dan saya rasa keadaan ini akan berlarutan sehingga hujung bulan April. Kekadang tu saya dan suami juga terpaksa join sama Mizz Nina menyanyi dan menari.

Mizz Nina kah???

Iya.. Sekarang ini anak dara saya sudah jadi Mizz Nina. Siang malam asyik menyanyi lagu itu  sambil berlatih menari. Hujung bulan ini tadika Nasya ada hari keluarga so kanak-kanak ribena ini akan membuat persembahan. Mula-mula dulu saya hairan juga kenapa la dia asyik menyanyi tapi yang disebutnya "tibet".. Dari segi intonasi tu macam saya biasa dengar sekali bila saya pasang lagu What You Waiting For tu baru la dia suka. "Haa.. Lagu Aca la ni".
Dan semenjak itu hari-hari saya kena pasang lagu itu even dalam kereta sekali pun Nasya  nak juga nyanyi dan menari. Mula-mula dulu sepatah haram saya tak faham apa dia sebut tapi sekarang sejak dah berlatih hari-hari sebutan dia dah bagus. English pun dah improve dari bunyi "tibet" dah bertukar jadi "baby". Ada juga la saya dengar dua tiga baris dia nyanyi hehe..

Tak sabar pula nak tunggu hujung bulan ini nak tengok macamana gaya persembahan diaorang. Hari itu ada sekali saya tengok diaorang berlatih ramai-ramai dah macam gaya aerobik pun ada. Tapi ok la saya tengok semua seronok jer.

Tuesday, April 12, 2011

Ikan Singgang Terengganu


Selamat malam semua.. Baru je lepas dinner tadi rehat sekejap terus buka blog. Ikan singgang ni saya masak beberapa hari yang lepas. Siang tadi tak sempat nak update blog so saya ambil kesempatan waktu malam la. Nasya asyik melayan Kampung Boy jadi sekarang ini saya dapat update blog tanpa gangguan buat seketika. O

Ok malam ini saya nak cerita tentang menu ikan singgang Terengganu. Ianya merupakan salah satu menu yang popular di kalangan penduduk dan rakyat jelata negeri Terengganu Darul Iman. Saya dilahirkan di Pahang tapi abah saya orang Terengganu dan saya juga dibesarkan serta disekolahkan di negeri yang indah ini. Kiranya saya orang Terengganu juga la kan walaupun husband saya panggil saya Terengganu murtad. 

Ikan singgang boleh disamakan dengan ikan rebus tapi untuk memasak ikan singgang kena ada bahan-bahan yang cukup. Kalau tidak tak nama ikan singgang la (maybe). Zaman sekolah dulu saya memang tak minat nak makan lauk ikan singgang sebab konon tak sedap masak rebus je haha.. Tapi bila dah kahwin dan ada anak ni menu ini merupakan menu yang agak kerap saya masak.

Malah ianya menjadi menu kegemaran my daughter. Bila dah selalu masak baru saya tahu rupanya sedap masak ikan singgang ni. Tambah pula makan dengan nasi yang panas, ikan goreng yang digoreng garing dan budu. Memang kombinasi yang mantap. Time kecil dulu saya selalu je 'menghina' budu sebab busuk but now saya sukakannya.

Kepada blogger-blogger yang bakal bercuti atau membuat kunjungan ke negeri Terengganu jangan lupa merasai menu ikan singgang dan keropok lekor hehe. Tapi kalau tak berkesempatan ke Terengganu boleh je korang buat di rumah. Bukan susah pun nak buat ikan singgang ni sebab bahan-bahan yang digunakan memang senang didapati.

Ikan tongkol/kembung/selar(apa-apa jenis ikan pun boleh) + bawang merah + bawang putih + kunyit hidup + lengkuas + asam keping/gelugor + cilipadi + cili besar merah/hijau + garam. Semua bahan-bahan ni korang rebus je dalam satu periuk dan biarkan sehingga masak. Ini versi saya la kalau ada versi lain saya tak tahu. Untuk rasa korang pandai-pandai la agak sendiri ikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba ya.

Segmen: Europe Lucky Draw by Trigyy


Kali ini saya nak join segmen yang dianjurkan oleh trigyy. First time jejak kaki ke blog tuan tanah ni setelah terbaca promo tentang segmen yang dia anjurkan. Errmmm.. Hadiah dari Europe? Macam best je.

Ini la yang dikatakan sambil menyelam sambil minum air. Sambil saya buat contest untuk menawarkan hadiah kepada orang lain saya tak ketinggalan juga untuk join contest/segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger lain. Mana tau ada rezeki saya untuk menang hadiah dari Europe hehe. Kepada yang nak join silakan sebab hadiah yang ditawarkan memang agak menarik Sebelum itu jom kita tengok syarat-syarat yang ditetapkan :


1. Buat entry bertajuk "Segmen: Europe Lucky Draw by Trigyy"


2. Letak hearder diatas dan linkkan ke entry ni.

3. Review Segmen nie

4. Letak link entry korang di ruangan comment.

5. Done! Mudah kan. 

Blogging Sambil Cuci Baju

Iyer.. Sewaktu menghupdate blog ini memang saya tengah cuci baju. Tapi bukan secara manual yer cuci dengan mesin basuh laa. Boleh pula saya lupa nak cuci baju tadi haihhh..

Tak boleh tunggu besok ke? Alaaa.. Alasan nak tidur lewat la tu sebab nak online. Ishkkk.. Takde la serius saya memang kena cuci baju itu malam ini juga sebab baju itu hendak dipakai besok pagi. Dan sebab itu la pada jam 12.30 tengahmalam ini saya masih berjaga sebab nak tunggu baju tu siap dicuci dan terus dijemur.

Kalau ikut mata lama dah saya join my hubby ngan Nasya tidur tapi baju sekolah punya pasal saya kena berjaga. Jam 11 tadi tengah duk lali nak tidur tiba-tiba teringat baju sekolah Nasya tak basuh lagi dah tu cepat-cepat la bangun isi softener + sabun semua dan tekan. Nasib baik baju dah memang berada dalam mesin basuh.

Sekarang kain tu tengah spin jupgi siap la kot tu. Ok la malam-malam ni tak boleh buat entry panjang-panjang kang melalut ntah apa-apa je. Sementara minit-minit terakhir ni boleh la blogwalking mana-mana blog yang ada. Selamat malam semua..

Monday, April 11, 2011

Maaf.. Lupus Sudah!!!

Sorry.. Sorry.. Tajuk entry tersama pula dengan soalan contest yang dibuat oleh Mr Ben untuk GEGAR 1000 BLOG PUSINGAN 10 : ROUND 1. Serius saya tidak bersekongkol dengan beliau untuk contest itu dan saya tidak tahu apakah jawapan kepada soalan beliau.

Tajuk ini bersempena dengan no bertuah yang saya anjurkan di sebelah kanan tu. Agaknya ada yang tak perasan kot dengan nombor bertuah 3333. Tengahari tadi time saya masuk no tu 3331 jadi saya keluar la balik untuk beberapa jam supaya ada yang boleh menang. Tapi nampakya memang tidak ada blogger yang bertuah untuk no itu. Jadi saya up lagi nombor yang lain yer supaya ada pemenang baru. Saya memang dah niat nak sedekah ole-ole dari obersea so selagi takde pemenang selagi tu saya akan up up dan up nombor.

Kepada blogger yang join contest Mr Ben sorry yer kalau tajuk entry saya ni buat kalian fikir ini adalah jawapannya hehe.. Tapi macam betul jugak kan, klu tengok pada soalan tu apa yang sudah lupus? Adakah nombor yang sudah lupus? "Lupus Sudah.." Biasanya orang Sabah je yang cakap camni hehe. Sory yer Mr Ben saya tidak berniat. Kang ada kena sound dengan blogger fofuler dan berbadan ketak ni.

Misteri Virus Kini Terjawab


Ini la kononnya virus yang hangat diperkatakan beberapa minggu yang lalu. Di kalangan blogger sememangnya ia menjadi satu misteri dan penuh tanda tanya. Tak sangka hebat juga penangan virus yang satu ini sehingga ada kalangan kita yang tidak lena tidur memikirkan virus ini. Saya tidak la percaya sepenuhnya sebab bila dilihat ramai blogger-blogger popular menceritakan benda yang sama saya mula khuatir. Betul ke ianya virus? Tapi kenapa blogger-blogger ini menggunakan gambar yang sama?

Haaaa kan bukan mudah untuk memperbodohkan saya dengan helah ini. Mula-mula macam tertanya-tanya juga tapi lepas tu saya tak hairan dah bila membaca artikel ini. Dan sememangnya apa yang dikatakan oleh penulis itu adalah betul.



Dan semalam buat pertama kalinya saya melihat "virus" ini di kaca tv setelah menjadi misteri selama beberapa minggu. Kononnya ada yang takut bila nampak virus ini di KLCC, tv, sawah padi, ikan dan macam-macam helah lagi la. Tak kurang juga yang cakap alien nak datang serang bumi. Kiranya kreatif juga la orang-orang Celcom ini yer sebab berjaya memanipulasikan isu ini sehingga mendapat sambutan 1 juta orang.


Untuk yang belum berkenalan ini la saya perkenalkan virus KOLONY. Ianya merupakan salah salah satu projek terbaru daripada Celcom – highly recommended for Social Networking. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari www.kolony.com.my. Jangan risau laptop anda tidak akan terkena virus jika melayari web tersebut.

Saturday, April 9, 2011

Monyet Sotong dan Zebra


Haaa cantikkan 2 ekor monyet ni bertenggek. Ishhkkk.. bertenggek  ke? Atau bergayut? Rasanya bergayut kot sebab tengok mak ngan anak monyet tu dua-dua tengah memegang sesuatu. Dan yang paling cute of coz la anak monyet itu. Sebenarnya saya ada satu gambar yang diambil dengan posing ala-ala begini. Ingatkan nak attach sekali tapi kang ada yang banding-bandingkan saya dengan monyet itu. Huhuhu.. Tak kuasa okeh.

Gambar ni diambil untuk test my skill menggunakan 'adik baru'. Saya ni jarang nak belek-belek my dslr sebab rasa macam leceh je tapi bila datang sheikh tu mula la snap sana sini. Saya tidak la aktif nak outing sana sini sekadar guna untuk kegunaan sendiri sahaja. Husband saya rajin la godam itu ini pergi sana sini join kelab fotografi politeknik. At least tak banyak ada la juga sikit-sikit ilmu yang saya pelajari daripada dia.

Ada yang berkenan ke dengan monyet ni? Takpe saya faham sebab monyet ni memang cute dan bila tekan perut mak monyet tu akan keluar bunyi. Ala-ala bunyi monyet di hutan tu la. Monyet ni dibeli sewaktu saya berkunjung ke gerai-gerai di Kg Air untuk membeli hadiah-hadiah pemenang giveaway. Saya sibuk mencari hadiah Nasya pula sibuk bermain dengan monyet ini. Papa dia la yang belikan RM15 sepasang mak dan anak. Kalau yang seekor ada juga dijual dengan harga RM12. Sesiapa yang nak mai la KK hehe..


Ok stop pasal monyet kuning yang cute tu. Sekarang kita layan pula kari sotong yang saya masak beberapa hari yang lepas. Ni resepi tangkap muat je guna bahan-bahan yang ada. Beli sotong setengah kilo dapat la 4 ekor dan semuanya saya jadikan kari. Cantik kan sotong saya bertenggek hehehe..

Ada satu hari tu saya terbaca resepi di blog Kak Ummi pasal kari sotong tu yang sampai sekarang teringin nak makan kari sotong. Saya pun dah lupa bila saya baca pasal entry kari sotong ni tapi selagi tak try selagi itu la saya akan teringat. Kepada yang belum try sila la cuba sedap jugak. 




Ok.. ok.. ini binatang terakhir yang akan saya cerita. Mula-mula monyet lepas tu sotong sekarang zebra pula hehe. Al-kisahnya zebra ni dibeli semasa saya pulang bercuti ke kampung tapi saya pun dah lupa bila. Jalan-jalan di Mesra Mall, atok nak belikan Nasya rantai kebetulan depan kedai Tomei tu ada Toy R Us pula apa lagi Nasya terus menuju la. Mengamuk nak mainan itu ini last-last nasib baik saya jumpa patung yang murah ni. 

Okla itu saja untuk kali ini yer saya tengah tunggu papa Nasya mandi ni kejap lagi nak keluar. Jam 12 ni saya ada appointment dan lepas tu sesi bebas hehe.. Kepada semua selamat berhujung minggu yer. 

Saham Bank Rakyat 2011


Sekarang ni sesiapa yang allert pasal saham bank rakyat saya pasti mesti semua dah serbu ke Bank Rakyat kan. Serius mula-mula saya tak tahu apa yang diperkatakan pasal saham Bank Rakyat ini tapi setelah membaca pasal saham ini di blog biras saya baru saya tahu serba sedikit.

Setelah mendapat maklumat serba sedikit saya search la di Google dan sememangnya isu saham Bank Rakyat ni tengah mendapat perhatian orang ramai. Saya pun teringin nak membeli saham Bank Rakyat ni tapi hari ini saya masih belum berpeluang ke bank. Dalam tempoh seminggu ni bos saya ada di pejabat jadi kebebasan untuk mengurus hal-hal di luar pejabat agak terhad sedikit. Kalau bernasib baik boleh la diuruskan dalam tempoh yang singkat tapi jika tidak terpaksa berbaris panjang mau kena tunggu sampai 3 jam. Lagi pula kedudukan pejabat saya agak jauh daripada tempah-tempat berurusan seperti bank. Hopefully hari Isnin nanti pembelian saham Bank Rakyat masih dibuka dan saya dapat join sama menjadi ahli Bank Rakyat.

Daripada hasil carian di internet katanya tahun ini Bank Rakyat memperuntukkan 1 billion untuk orang ramai membeli saham Bank Rakyat. Sebab itu la kita kena cepat-cepat sebab 1 billion ni boleh habis dalam 1 minggu je jika ramai orang yang membeli. Walaubagaimanapun setiap orang dibenarkan membeli RM500 sahaja. Tak kisah la RM500 pun tapi jika disimpan dalam tempoh yang panjang pasti akan memberikan pulangan yang lumayan. Tapi dengar khabarnya dana ini akan dinaikkan kepada 3 billion. Semoga kesahihan berita ini akan terlaksana.

Dividen yang ditawarkan juga agak menarik di mana pada tahun 2010 dividen yang dibayar oleh Bank Rakyat adalah sebanyak 15%. Ini boleh dikategorikan sebagai bayaran dividen yang agak tinggi kan. Cuba korang tengok kira-kira di bawah ini yang saya dapat daripada blog JARDNESS.

2011 - RM500 (duit pelaburan asal)

2012 - RM575 (setelah tambah 15%)
2013 - RM661.25
2014 - RM760.44
2015 - RM874.51
2016 - RM1005.68
2017 - RM1156.53
2018 - RM1330.01
2019 - RM1529.51
2020 - RM1758.94
2021 - RM2022.78
2022 - RM2326.10
2023 - RM2675.13
2024 - RM3076.40
2025 - RM3537.86
2026 - RM4068.54
2027 - RM4678.82
2028 - RM5380.64
2029 - RM6187.74
2030 - RM7115.90
2031 RM 8183.28

Dalam tempoh 20tahun pelaburan sebanyak RM500 akan kita dapat pulangan sebanyak RM8183.28


Sekarang ni macam-macam cara ada untuk kita mendapatkan wang. Melabur di bank boleh melabur emas boleh melabur hartanah boleh dan macam-macam lagi. Walau apa pun pelaburan yang kita lakukan perkara penting yang harus kita fikirkan adalah HALAL

Saya bukan alim ulama yang mampu menilai halal haram sesuatu pelaburan itu tapi sebaik-baiknya kita mencari inisiatif sendiri menyiasat atau mengambil tahu apa konsep pelaburan yang dilakukan. Nak cerita panjang lebar pun saya tak berapa arif tapi saya faham serba sedikit pasal kewangan ini setelah menghadiri Seminar Kewangan Islam beberapa bulan yang lalu. Sebagai umat Islam sebaiknya kita menggunakan sistem perbankan Islam dan takaful untuk insuran. Contohnya Maybank (Islamic), Bank Islam, CIMB (Islamic) dan lain-lain lagi. Kepada yang lebih arif tentang sistem perbankan di Malaysia jangan segan silu untuk kongsi pendapat di sini. Jom sama-sama kita melabur untuk kehidupan yang lebih baik di masa depan.

Friday, April 8, 2011

Gempa Bumi di Jepun 7.1 Skala Richter

Nampaknya Jepun sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi kuat selepas kejadian tsunami tempohari. Berita ini saya dapat tahu setelah membaca info daripada blog Yanmie. Thanxs ya Yanmie berkongsi maklumat dan berita yang terkini. 

Buat masa ini belum ada apa-apa kemalangan atau kejadian yang tidak diingini yang dilaporkan berlaku. Bagaimanapun sama-sama la kita semua berdoa semoga kejadian tsunami tidak akan berulang lagi dan semua rakyat negara Jepun berada dalam keadaan baik. Walaubagaimanapun amaran tsunami telah dikeluarkan kepada penduduk Jepun memandangkan gempa bumi ini agak kuat iaitu 7.1 skala richter selama 1 minit.

Sebelum itu jiran kita Indonesia juga telah mengalami satu gempa bumi. Berikut adalah petikan daripada Utusan Malaysia.

Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Indonesia

07/04/2011 1:26pm



JAKARTA 7 April - Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 pada skala Richter berlaku di Pantai Indonesia tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 18 kilometer pada pukul 9.01 malam (10.01 malam waktu tempatan) sekitar 190 kilometer dari Sibolga, Pulau Sumatera, Indonesia, ujar Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang terletak di Hawaai mengatakan tiada amaran atau makluman yang dikeluarkan setakat ini. - AFP

Thursday, April 7, 2011

Share Button Saya Demam?

Salam semua,

Hari ini agak busy di pejabat tak sempat nak update entry di siang hari. Di tambah pula dengan masalah internet yang slow membuatkan tahap kesabaran tercabar hari ini. Dua tiga kali saya cuba update blog di ofis tapi masih tidak berjaya. Oh ya, korang perasan tak share dan twitter button yang baru saya masukkan semalam. Kalau korang tak perasan sila la tengok di sebelah kanan atas entry ini. Haaaa.. kan dah nampak tu.


Sejak button share dimasukkan saya perasan bilangannya asyik 3 je. Ini menimbulkan sedikit persoalan di fikiran saya kenapa angka itu tidak bergerak-gerak. Adakah saya salah edit??? Kalau tengok pada panduan yang diberikan memang saya sudah ikut sepenuhnya tapi rasanya mesti ada yang short kat mana-mana kan. Maklum la saya ni budak baru belajar nak edit itu ini pun masih merangkak sebab ini bukan makanan saya time belajar dulu.




Kalau ada sesiapa di luar sana yang arif dan bijaksana dalam ilmu-ilmu edit html ni sila-sila la menolong saya yer. Malu bertanya sesat jalan jadi saya buang rasa malu ini dan bertanya secara direct di sini. Mana tahu ilmu yang dikongsi boleh diguna pakai dengan blogger-blogger yang lain.

Wednesday, April 6, 2011

Musang King @ Raja Kunyit


Baru je lepas tengok rancangan 360 di TV3 tadi pasal durian. Pergghhh.. Memang hati ni geram giler tengok durian yang banyak di semenanjung sekarang ni. Di Sabah belum lagi masuk musim durian tapi dah ada la sikit-sikit. Dua hari lepas saya dah beli durian untuk kali kedua sebab teringin sangat nak makan durian. Takut kempunan nak makan gagah juga la beli durian RM30 sebiji. Redha je la sebab sekarang ni durian memang limited lagi itu yang peniaga bagi harga gila-gila sebab nak untung.


Next week saya balik semenanjung harap-harap durian masih murah dan banyak. Balik kali ni nak pulun sungguh-sungguh makan durian yang sedap-sedap. Kat sini saya jarang jumpa durian yang isi macam durian musang king ni tapi kalau di semenanjung banyak la.

Selalu makan D24 je balik kali ni nak gagah juga carian durian Musang King @ Raja Kunyit ni. Tengok la isi durian yang kuning dan tebal tu mesti sedap punya. Aduhaiiii.. Lambatnya nak tunggu 16hb. Durian Musang King ni isinya tebal tapi biji kecil je jadi memang berbaloi la nak beli. Harga dengar kata boleh tahan juga la sampai mencecah RM50 sebiji sebab berat sebiji pun 3 kilo lebih. Ada sesiapa pernah try durian Musang King ke? Cer citer.. cer citer..

GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN

Sesiapa yang nak purse baru jom join giveaway ini yang telah dianjurkan oleh kelawar hitam hahaha. Dan untuk memberi sokongan sesama blogger saya join giveaway ni. Darkbatman antara blogger yang terawal saya kenal semenjak blog baru ini aktif kembali. 

Kepada yang takde kerja tu meh la rajin-rajinkan diri join giveaway ini dan kepada silent reader yang belum ada blog apa tunggu lagi buat la blog anda. Takkan nak baca blog orang je tiap-tiap hari kan bagus kalau anda juga ada blog. Boleh kita kasi gegar lagi blog-blog yang ada. Bila dah ada blog jangan lupa add saya yer ekeke..

Ok dah la merapu yer. Jom kita tengok syarat-syarat untuk join giveaway ini. Sangatlah senang dan simple sebab tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkanya melainkan banyak yang anda nak taip.



1. Buat entry simple yang bertajuk “GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN

2. Letak banner giveaway di atas di dalam entry. Jangan lupa link kan ke entry ini ye!!

3. Tag 3 orang rakan untuk join contest ini (sapa – sapa pun boleh tapi mestilah blogger )

4. Tinggalkan link entri kat bawah ruangan komen supaya senang saya nak jejak entri anda semua. Kehkehkeh!

5. Giveaway terbuka kepada semua blogger tidak kira umur dan jantina. Kehkehkeh!!

6. Giveaway bermula hari ini, dan tarikh tutup nya ialah pada 9hb April 2011, iaitu hari sabtu. Pemenang giveaway akan diumumkan pada 10hb April (Ahad).

Hadiah yang ditawarkan memang menarik. Cepat submit penyertaan korang sebelum terlambat ke blog ini.




Tuesday, April 5, 2011

Dah masuk list..

So many thanxs to Mr Ben Ashaari kerana telah menyenaraikan saya dalam senarai blogger-blogger yang join segmen Gegar 1 Ribu Blog Untuk Bulan April. I thought my blog tak tersenarai dah sebab time saya submit link penyertaan link saya tu dah no 1004. Tapi rezeki kali ini telah menyebelahi saya dan akhirnya saya masuk senarai dalam Kumpulan 10.


Kepada blogger-blogger yang sudi datang menggegarkan blog ni terima kasih saya ucapkan dan saya akan berkunjung ke blog kalian juga cuma lambat dan cepat je okeh. Untuk malam ini saya dah terjah 50 blog di Kumpulan 10 dan insya-allah besok dan seterusnya saya akan teruskan aktiviti menerjah blog-blog yang masih belum dilawati. Tak sangka rupa-rupanya macam-macam jenis blogger yang ada dan ramai rupanya blogger di Malaysia ni.

Saya gembira menjadi dan mengaku saya seorang blogger.. :)

Monday, April 4, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Jom ramai-ramai kita sertai Gegar 1 Ribu Blog April Bermula. Hopefully blog The Story Of My Journey ini masih termasuk dalam senarai hehe..

Cikgu Ambil Nyawa

Apabila syaitan dan nafsu menguasai diri ini la yang terjadi.. Saya terkedu kerana perkara ini berlaku di sebuah sekolah agama dan dilakukan oleh seorang guru agama. 

"Apabila iman terletak di lutut terus akal jatuh ke kaki."

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.
Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Saya doakan semoga allahyarham  adik Saiful ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan terpuji. Kesian dengan bapa mangsa sudahlah isteri telah pergi sekarang anak tunggalnya juga telah dijemput Ilahi. Nauzubillah..