Monday, August 2, 2010

kesian saya..

saya tak suke bila kena marah dengan bos pagi tadi uwwaaaa..

saya tak suka bila mood saya yg bersemangat nak bekerja di hari isnin ini tiba2 bertukar menjadi mandom. nak kata marah btol2 takde la tapi ayat yg dia cakap tu buat saya rasa tidak senang duduk. so kira kena marah la jgk tu kan.

bos saya seorang yg berpangkat hj. so kebarangkalian utk dia naik hangin adalah sangat rendah tapi bila pagi ini tiba2 dia hangin saya jadi takut eerrrrkkkkk..

sebagai PA yang menurut perintah saya hanya mendiamkan diri sahaja apabila kena marah huhu.. tapi dalam hati saya sangat sedih. apakah kesalahan besar yang telah saya lakukan??? adakah sebab saya tidak menjawab panggilan dan membalas sms bos smlm saya kena marah camtu.

bos.. bos.. bkn saya sengaja tak jawab tapi ketika dan saat itu saya di kampung dan hp saya habis bateri jadi mcmana sy nk tau bos call. msg bos pun saya baca jam 11.45 mlm. kan hari jumaat hari tu saya dah msg bos bgtau flight bos pagi ni saya dah uruskan. jadi kira confirm la bos ke kl..

kalau la aku ble explain camni dgn bos aku kan best tapi nk buat camne bos always right.. :( tapi aku rasa tak patut jugak bos nk marah aku klu tiket terima lewat dan dia tak packing apa2 lg. aku hanyalah menempah tiket tapi klu diaorg yg urus lambat so mana ble nak salahkan aku. lg satu bos x ble amalkan nk tukar or cancel tiket last minit sbb nnt akan timbul masalah2 camni seperti lambat terima tiket huhu..

masalah "saya tak packing apa2 pun lagi" salah aku jgk ke? dah tau nk outstation pagi ni sepatutnya kelmarin lagi la dah prepare semua mak nenek. kekadang alasan2 bos ni buat aku terpikir 10x. tapi apa2 pun aku tetap hormat dia sebagai bos. just think +ve la mungkin dia ada masalah lain la tu.

thanxs to ahkak cleaner yg bekerja di pejabat aku ni sebab dia banyak bagi kata-kata semangat supaya aku tidak sedey2 dan berfikiran ke depan. klu ada salah dan kelalaian aku tu aku terima je seadanya dan akan cuba buat lebih baik.

oh ya bercakap tentang berfikiran +ve ni saya sangat suka sebab ketika pulang ke kampung my hubby ujung minggu yg lalu saya dah kembali normal haha.. apa masalah aku? adakah sebelum ni aku tidak normal? oh tidak... nak tau kenapa korang ble baca di sini.

selepas kejadian tu hati aku ni mcm mandom skit la dan ala2 merajuk gitu hahaha.. sungguh tak senonoh kan. tapi nasib baik la aku cpt tersedar tak baik jgk klu aku nk 'merajuk' ngan org tua kan so aku abaikan je hal itu.

alhamdulillah la aku balik kampung dengan hati yang tenang dan fikiran yg tidak lagi berpikir macam2. aku dah ble suka makan ketawa macam biasa. dan paling best balik kali ni ble menikmati buah-buahan yg banyak giler walaupun takde durian. sebagai anak + menantu aku terima je apa yg dicakap tu sebagai nasihat dan luahan perasaan seorang ibu. thanxs jgk to my MIL yg mendoakan kami sekeluarga hahaha..

to mama jgn sedey2 arrr.. kami duduk jauh balik jarang2 bkn bermakna kami x sayang mama. sebulan sekali kami balik jgk tu melawat. nanti klu kami dah pindah semenanjung lagi la jarang dpt jumpa hehe (nak jgk selit ayat bikin panas tu). memandangkan hati aku pun dah ok hopefully lepas ni hati mama pun tenang la dan dapat terima dan merelakan jika kami berpindah.. :) kan bang.. (syg tau abg curi2 baca blog.. :p)

Thursday, July 29, 2010

Blog Sambil Bekerja???

Macamana kalian mencari idea untuk mengupdate blog di tempat kerja??? Pasal masa tak payah nak cakap la sebab waktu bekerja dan jenis pekerjaan setiap orang berlainan. Itu masing-masing punya kelapangan untuk mencari peluang mengupdate blog.

Aku menghadapi sedikit masalah untuk mengupdate blog di pejabat. Ini bukan sebab kerja yang berlambak ataupun ada mata-mata memandang tapi aku sukar untuk mendapat idea yg ikhlas dari hati ketika mengupdate blog di pejabat.

Time nak update blog aku lebih suka dalam keadaan yang tenang tanpa apa-apa gangguan. Di pejabat aku ni nak kata banyak gangguan tak juga sebab aku memang stay sorang-sorang je di pejabat ni. Peluang aku untuk mengupdate boleh dikatakan 80% cerah dan selesa tanpa banyak gangguan. Tapi maybe sebab dalam hati xde perasaan tu yang selalu terjadi dah taip karangan separuh page lps tu delete huhu.. Kesian kan mmg xde tokoh btol nak jadi penulis hehe.

Idea kekadang tu byk yg datang untuk dikongsi di sini tp bila tetiba telefon berdering mood nak update blog tu terus hilang. Aku lebey suka blog walking je tgk klu ada apa2 yg menarik. Sbnrnya hari2 aku buka blog ni tp tu la keadaan yg buat aku x dpt nk mencurahkan idea di sini.

Tapi lain plak klu mood untuk berblog tgh mari mula la dalam sehari tu 2 3 post aku update hehe.. K la aku nak cau dulu ada jamuan perpisahan staf jabatan ni daaa..

Friday, July 23, 2010

Intan Benci Bilang Cinta Cahaya

Hahaha.. kepada individu2 yang layan cerita indon mesti tau kan maksud di sebalik tajuk di atas tu. Tanpa disedari skang ni aku dah jadi peminat cerita indon yang agak tegar ekeke. Suatu ketika dulu sungguh fames cerita Bawang Putih Bawang Merah tapi time tu aku x layan lagi. Dalam duk pikir apa la best sgt cerita indon ni sampai ke ofis diaorg duk bercerita huhu.. Now dah tau penangan cerita indon aku plak yang tersangkut.

Pendukung cerita INTAN

Sebelum ni ada jgk cerita lain aku layan tapi layan2 gitu jerla. Takde la nak mengikuti sgt sebab rasa mcm tak best je sbb x follow dari awal. Suatu ketika dulu aku duk layan Intan. Uhhh touching giler walaupun time aku layan tu dah agak separuh jalan. Semua gara-gara berkunjung ke rumah makcik aku di KL. Diaorg ni laki bini memang layan citer indon sampaikan dari pagi petang malam mesti ada je cerita indon yang diaorg layan hehe. Tapi seronok jgk rupanya layan cerita2 indon ni. Dan ketika itu la aku tersangkut dengan cerita Intan ni.

Lepas balik KK aku sambung layan sorang my hubby x layan pun. Tapi lama2 tu dia tgk aku duk layan mcm best je mula la dia tumpang sekaki last2 dia pun join layan sama. Klu dia kuar pi mancing ke balik tu mesti suruh aku cerita mcm2 apa la jadi hehe.. Klu dapat layan cerita laki bini baru best dpt la nk bercerita. Sampai nasya pun tau dah lagu drama ngan pelakon2 skali. Klu tgk iklan ada muka pelakon Intan tu mesti duk sebut Intan..Intan.. Sorang lagi anak dia tu Bintang. Kekadang dia pun layan tgk jgk tu siap duk kesian lg kat Bintang hehe..

Habis je cerita Intan aku x layan mana2 cerita indon dah sebab cerita lepas tu aku rasa macam tak best je. Itu la masalahnya dah orang layan separuh cerita aku ni baru la terhegeh2 nak tengok. Skang ni duk layan Benci Bilang Cinta plk. Uhhh.. Ganteng bangat si Dimas sama Winda. Hahaha.. Mula la aku nak ngobrol indon nih. Cerita ni pun aku layan dah separuh jalan semuanya bermula time aku balik KL aritu la.

Baim Wong @ Dimas

Syok je tgk makcik aku ni duk layan sambil duk sebut2 Dimas la Winda la.. Aku yg tak tau apa2 ni tgk la tanpa minat then esok tu tgk lagi makin lama makin minat dan sampai la seterusnya aku pun berjangkit jgk. Laki aku macam biasa la tak menunjukkan minat tapi bila balik sini aku layan sorang lps tu baru la dia join skali. Itu la dia ckp.. "Klu balik dari KL ni mesti ada je cerita indon yang berjangkit hehe".

Marshanda @ Winda

Setiap hari lps cerita ada je adegan2 yg membuatkan org tertanya2. Tu yg jd esoknya nak tgk tu sbb nak tgk apa yang terjadi. Mcm adegan kelmarin Dimas ngan Winda gadoh tetiba Winda pengsan plak huhu.. So arini nak tgk apa yg jadi lepas tu. Hopefully lepas ni Winda ngan Dimas balik la umah family diaorg sbb skang ni diaorg duk umah buruk je sedangkan sblm diaorg tu duduk rumah besar hidup mewah. Anak org kaya la katakan hehe..


Naysilla Mirda @ Cahaya @ Intan

Dude Harlino @ Satria @ Rado

Sambil2 duk layan BBC ni aku terlayan plak ngan cerita Cahaya.. Sebelum ni ada tgk gitu2 je tp mcm tak berminat sbb x layan dr awal. Tapi 2 3 ari lepas aku macam tertarik plak sbb tgk Satria tu bersungguh2 nak memikat si Cahaya. Bila smp babak2 yg serius ni baru la rasa seronok nak layan cerita. Dah la tu hero2 encem plak tu haha.. Suke tgk Dude Harlino sweet je mmg sesuai la dia berlakon jadi Satria..


Kepada yang belum layan lagi meh la kita layan sama2 hehe.. Tapi ingat jangan lupa tanggungjawab dan kewajipan anda.. :)

p/s: Berangan nak pi Indon ni nak jumpa Dimas ngan Satria hahaha..

Thursday, July 22, 2010

Khasiat Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi..

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Tuesday, July 20, 2010

selamat malam..

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Al-kisah di malam hari oleh kerana terlalu mengantuk ini la yang terjadi. Sabar jer la anak dara sorang ni klu dah mengantuk sangat tu atas kerusi pun jadi. Malam tadi memang tido lewat skit dalam jam 11 lebey..

Dah settle semua keje-keje kt luar aku bawa nasya masuk bilik suruh tido. "Mama nak iron baju nasya tido la dulu yer" (dengan nada suara yg lembut bak ibu mithali hahaha). Nasya x nak naik katil dia duk main dengan mainan2 dan patung di atas tikar tu. Aku ni x tengok la dan terus iron baju sampai habis. Skali dah siap tu aku heran kenapa diam je kt belakang aku ni skali tgk.. Ya ampun anak aku yang sorang ni sedang nyenyak berkeruh atas kerusi ni haha. Kesian ada geli hati pun ada aku pun panggil la my laling kt luar. Dia masuk senyum je tgk then trus nak angkat naik atas katil.

Aku ni sebagai ibu mithali apa lagi.. Stop..stop.. jup nak amik gambar hahaha. Bertuah btol la mak sorang ni kan. Dah siap amik gambar baru la my laling angkat nasya tido atas katil then lepas tu aku menyusur. Dengan kelam malam yg sejuk ohhhh syoknya tido dsambul peluk nasya dalam comforter CINDERELLA.. :)

Monday, July 19, 2010

Kenapa E.L.L.E???

E.L.L.E.. bukanlah nama seorang wanita ataupun nama tempat menarik tapi E.L.L.E adalah jenama seutas jam tangan. Sedar tak sedar aku dah ada 3 ELLE dan aku pun x tau kenapa ELLE menjadi pilihan. Nak kata jenama mahal tak de la jenama biasa2 je yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.. Nak kata cantik giler pun tidak sebab design2 ELLE ni simple2 je dan lain drpd yang lain. Walaupun banyak lagi jenama lain yang mahal dan cantik tetapi ELLE tetap di hatiku. Semua tanpa dirancang kot sbb zaman2 skolah dulu kenal swatch, casio je haha.. Dah masuk poly baru la kenal ELLE STUDIO ni.
Ni la jam tangan ELLE STUDIO pertama yang aku miliki time belajar dulu. Hadiah harijadi daripada abah aku. Time ni rasa best dah sbb dapat jam mahal la konon haha.. Padahal baru berapa ratus. Zaman bdk2 la katakan klu dengar seratus tu pun rasa banyak giler dah. Lama jgk aku pakai jam ni sampai pecah2 dah cermin tepi tu sbb jatuh. Uhhh sayang giler jam ni.. :)

Haaa yang ni ELLE Studio yang kedua aku dapat. Hadiah bzday juga daripada my hubby. Ni hadiah time bercinta-cinta dulu la sblm kawen hehe.. Aku x suke jam bulat sbnrnya tapi dah org bagi kan terima jela dan time tu buat2 suka la hahaha.. Satu lg sebab tali jam ni bercerai so klu buka button tu mmg akan tercabut terus. Aku lebey suka jam yg tali x 'bercerai' bila kita pakai terus sarung je then klik (korang paham ke klu x paham buat2 la paham yer hehe). So ELLE pertama tu simpan la dalam kotak baik2 sbb dh ada yg baru hehe kejam kan. Walaupun jam ni x berapa menepati ciri2 yg aku suka tapi aku hargai jugak tau.

Bila aku tanya kenapa beli ELLE Studio my hubby ckp sbb dia x tau nk beli jenama apa. Dah dia tgk aku pakai jenama tu so dia beli la sama jgk hehe.. Ingatkan mmg dia ada instint tersendiri nak beli jam tu. Apa2 pun thanxs ya laling..

Dan yang ni ELLE Studio ketiga dan paling latest la. Sebelum dpt yg ni lama jgk aku x pakai jam. ELLE pertama retak tp masih ok lg dan ELLE kedua plk button utk ejas jarum tercabut so mmg tak ble nk ejas klu bateri abis. Letak bateri baru pun x guna jugak so simpan jerla. Ada jgk kadang2 aku guna ELLE pertama tapi ketat skit maklum la dh kawen dan beranak tangan pun dan bsr skit. Pakai time anak dara dulu longgar je hehe.. Tapi tu la asyik ingat lupa je nak pakai jam last2 x pakai terus sbb dah ada jam hp. Dan tahun 2010 ni br la dpt pengganti baru setelah sekian lama x pakai jam. Kali ni bukan hadiah bzday tapi hadiah saja2 drpd my hubby hehe.. Time nak beli tu tgk mcm2 bentuk mcm2 jenama yg ada sampai rambang mata. Ada yang berkenan tapi terlebey mahal plk so amik la mana yg 2nd berkenan hehe.. Last2 ELLE Studio jugak menjadi pilihan. Now rasanya dah hampir 3 bulan kot aku pakai jam ni hopefully ble bertahan lama la. Kepada ELLE Studio terima kasih kerana menjadi peneman hidupku.. :)


Korang pakai jam apa??? Korang pentingkan jenama ke kualiti? Berapa kali korang tukar jam dan setahun? Banyak ke koleksi jam korang? Hahaha.. Ayat bikin panas je macam la aku sorang je ada jam.. :p

Wednesday, July 14, 2010

Salah Siapa???

Salah siapa bila jadi macam ni??? Adakah salah pekerja-pekerja yg dibayar gaji kerana tak bersihkan sampah ini ataupun salah manusia-manusia yang takde kesedaran sivik sebab tak paham dengan amaran yang diberikan. Sebelum ni memang ada nota yang dilekatkan di sini supaya staf2 di sini tidak membuang sampah yang besar di tong sampah ini. Tapi nampaknya ada juga insan-insan yang tak 'reti bahasa'. Dah la buang sampah besar lepas tu biar je keadaan sampah macam tu. Buruk benor aku tengok.. dan aku perhatikan dah hampir seminggu keadaan sampah duk mcm tu.
Yang satu hal nyer lagi pekerja-pekerja yang dibayar gaji ni la.. Ada skali tu aku tengok je sorang makcik ni duk sapu2 kat area sampah ni dekat ngan longkang tapi ble plak dia x nampak sampah sebesar ni huhu.. Ntah la.. Aku pun x berani la nak cakap kang makcik tu meradang plak aku tgk jer la. Agak-agaknya klu ada perut ikan dalam sampah tu mau ada ulat bsr dah kot. Yang aku naik geramnya sampah ni btol2 depan umah aku. Bila buka pintu je mesti nampak sampah ni nasib baik la xde bau. Aku nak kutip tlg buang? Huhu.. Sory la aku tak sebaik itu. Klu sampah tu aku punya ble la aku akan kutip buang. Aku pun x tau siapa la hamba Allah yang pandai sgt buang sampah mcm ni. Nak je aku tampal note atas dahi dia.
Kepada hamba Allah yg buang sampah tu bawa-bawa la insaf ye lepas ni jangan nak buang sampah besar di sini lg. Dan kepada makcik-makcik cleaner tolong la bersihkan sampah ini sebab keadaan sampah ni menyakitkan mata aku. Klu x silap aku cleaner yang sebelum ni memang selalu buang sampah2 di sini dan diaorg selalu tukar plastik sampah tapi cleaner yg baru ni mcm malas skit kot huhu.. Sebelum ni Farah dah komplen pasal kete skang aku plak nk komplen pasal sampah walaupun aku sedar aku ni bukanlah pembersih tahap dewa mcm sesetengah org.

Nasya & Toy Story



Friday, July 9, 2010

Asam Pedas

Tetiba saya rasa macam nak makan asam pedas la. Last saya makan asam pedas time balik bercuti bulan Jun yang lalu di rumah makcik saya di KL. Owwhhh.. Asam pedas ikan parang yang makcik saya buat memang sedap dan kawwww. Tambah plak makan dengan nasi panas dan ikan goreng memang licin la nasi. Suami saya pun seorang penggemar asam pedas, kalau kuah asam pedas tu selamber je dia hirup huhu.. Maklum la dulu my husb belajar di Johor 6 tahun tu yang terbiasa makan asam pedas dan masakan pedas.
Kalau nak masak asam pedas nampak gayanya besok kena la pergi cari ikan parang itu pun klu ada jual di pasar KK. Tapi jarang saya jumpa ikan parang di pasar tu. Kalau takde ikan parang cara paling mudah pergi ke Restoran Sri Melaka. Ada offismate cakap asam pedas di sini sedap so why not mencuba kan.. :) Alahai.. kecur air liur la plak bila mengenangkan asam pedas ni.

Tuesday, July 6, 2010

aku nak lari..

iyerrr aku dah buat keputusan muktamad aku akan melarikan diri seorang diri walau ke mana sekalipun. sory la en hardy dan nasya tak dapat nk join aku untuk melarikan diri buat masa ini kerana misi melarikan diri ni hanya untuk diri aku seorang jer. biar la aku lebih rela melarikan diri daripada mengekalkan diri dalam keadaan begini huhu.. aku teramat sedih dengan keadaan diri aku sekarang ini so cara terbaik adalah dengan melarikan diri.

lepas ni korang jangan la bertanya ke mana aku nak melarikan diri yer. terutamanya pn farah (jiran sepintu saya) maafkan aku kerana lepas ni aku tak dapat lg nk teman ko bergosip di tangga blog kita huhu..

kpd en suami terima kasih kerana mengizinkan isterimu ini untuk melarikan diri. sepanjang syg melarikan diri nanti jaga la nasya baik2 yer semua keperluan nasya dan abg telah syg siapkan di dapur dan di bilik. pandai2 la cari.. dan jangan biarkan nasya asyik menonton cd je. klu dia nk tidur jgn lupa dodoi dulu dan seperti biasa mesti ada pertempuran ultraman dan raksasa.

ok lah.. sekian saja catatan utk kali ini. mulai hari ini saya akan melarikan diri sejauh yang boleh.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku akan melarikan diri ke sini hehe.. :p
rileks laaa aku bukannya nk ke mana pun. semua ilusi je konon utk menghiburkan hati.