Wednesday, July 14, 2010

Salah Siapa???

Salah siapa bila jadi macam ni??? Adakah salah pekerja-pekerja yg dibayar gaji kerana tak bersihkan sampah ini ataupun salah manusia-manusia yang takde kesedaran sivik sebab tak paham dengan amaran yang diberikan. Sebelum ni memang ada nota yang dilekatkan di sini supaya staf2 di sini tidak membuang sampah yang besar di tong sampah ini. Tapi nampaknya ada juga insan-insan yang tak 'reti bahasa'. Dah la buang sampah besar lepas tu biar je keadaan sampah macam tu. Buruk benor aku tengok.. dan aku perhatikan dah hampir seminggu keadaan sampah duk mcm tu.
Yang satu hal nyer lagi pekerja-pekerja yang dibayar gaji ni la.. Ada skali tu aku tengok je sorang makcik ni duk sapu2 kat area sampah ni dekat ngan longkang tapi ble plak dia x nampak sampah sebesar ni huhu.. Ntah la.. Aku pun x berani la nak cakap kang makcik tu meradang plak aku tgk jer la. Agak-agaknya klu ada perut ikan dalam sampah tu mau ada ulat bsr dah kot. Yang aku naik geramnya sampah ni btol2 depan umah aku. Bila buka pintu je mesti nampak sampah ni nasib baik la xde bau. Aku nak kutip tlg buang? Huhu.. Sory la aku tak sebaik itu. Klu sampah tu aku punya ble la aku akan kutip buang. Aku pun x tau siapa la hamba Allah yang pandai sgt buang sampah mcm ni. Nak je aku tampal note atas dahi dia.
Kepada hamba Allah yg buang sampah tu bawa-bawa la insaf ye lepas ni jangan nak buang sampah besar di sini lg. Dan kepada makcik-makcik cleaner tolong la bersihkan sampah ini sebab keadaan sampah ni menyakitkan mata aku. Klu x silap aku cleaner yang sebelum ni memang selalu buang sampah2 di sini dan diaorg selalu tukar plastik sampah tapi cleaner yg baru ni mcm malas skit kot huhu.. Sebelum ni Farah dah komplen pasal kete skang aku plak nk komplen pasal sampah walaupun aku sedar aku ni bukanlah pembersih tahap dewa mcm sesetengah org.

6 comments:

Vivacious O'light said...

hmmm..tupperware mana yg buang kat sini? Rumah dia tak ada tong sampah ke? Rasanya Talib dah bagi 3 tong sampah dah setiap rumah. Nak jugak dia membuang kat situ. Rasanya, tak payah wujudkan tong sampah pun tak apa. masing-masing buang sendiri kat rumah sampah.

Mrs Hardlena said...

itu laaa.. aku pun x paham kenapa la org tu nk buang sampah dia kt sini. dia malas kot nk pegi buang kt tmpt sampah huhuhu

Vivacious O'light said...

hah..tengahari td aku balik umah, makcik tu dah bersihkan dah tong sampah dpn tangga tu. Siap di sapu2 keliling kelalang rumah lagi..hehehe. Baru lepas baca blog ko kut?

Mrs Hardlena said...

haha.. bagus la klu dia dpt baca blog ni.. :p

Anna Boleyn said...

tak tau lah nak salah kan sape. pendek kata 2-2 pihak kena lah bagi kerjasama. hamba allah yang membuang sampah pon satu, tak de kesedaran sivik langsung.

p/s : hari ni ada banyak slot baru keluar kat HLN. Ada resipi, petua, one in love, gosip sopan and macam2 lagi. jemput baca yerr :)

Mrs Hardlena said...

to anne:
hehe tenkiu anne.. of coz i'll visiting ur blog :)