Sunday, May 8, 2011

Cuti-Cuti Adelaide, South Australia - Part 2

Hari kedua 20 April 2011 adalah hari konvokesyen adik saya di University Of Adelaide. Tahniah saya ucapkan kepada adik saya berjaya menamatkan pengajian di universiti ini. Sebagai kakak saya berbangga kerana ada ahli keluarga yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Saya hanya belajar di politeknik je dan saya harap saya pun akan berjaya mendapat segulung ijazah satu hari nanti.

Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa hari konvokesyen berlangsung.










Majlis yang sangat sempoi tanpa khemah-khemah dan gerai-gerai menjual bunga.

Ini kereta yang kami gunakan pada hari kedua dan seterusnya. Nasib baik tak naik trak sepanjang minggu hehe

Selepas majlis konvokesyen kami ke Marrion Shop Center. Shopping mall yang agak besar dan menjual pelbagai barang. Di sana kami lunch di Opoto salah satu tempat makan yang halal. Tengahari tu kami makan ayam, burger dan salad. Di Marrion ni ada satu tempat namanya Big W di mana terdapat pelbagai barangan yang dijual di sini. Saya sempat membeli satu set pyrex berpenutup dengan harga yang murah USD40. Untuk Nasya saya belikan sandal di kedai yang lain. Itu sahaja agenda di siang hari dan selepas itu kami pulang ke hotel.


Malam kami dinner di Uighur Restoran iaitu restoran Mongolia. Makanan di sini ala-ala makanan arab ada kebab(kambing, ayam & daging bakar), roti nan dan macam-macam lagi. 

Roti Nan

Kebab

Qoruman. Homemade noodle terbaikkkk..


Yang penting halal.

7 comments:

Titing said...

punya jauh ko bercuti..best! congrats to ur sister... :)

nazayiena said...

seronoknya cuti Australia....

Diyana said...

huish..jgn memandang sebelah mata keluaran politeknik tau..:p.ngat senang skrg ni, nak masuk politeknik?anda jg bkn2 calang2..graduan jg bah..hehe.

Halen said...

to titing:
skali skala jln jauh ble la hehe

Halen said...

to ks:
seronok mmg seronok sbb pergi tmpt yg lain skit dr msia. org ckp pi kenal tmpt org hehe

Halen said...

to diyana:
mmg la graduan tp x setaraf jgk dgn graduan uni huhu

shasha said...

hi, sy juga merancang untuk bercuti di sana dalam tempoh 2 bulan, ada sesiapa tahu bagaimana untuk memohon visa? Saya google dan terjumpa http://www.evisaasia.com, ada x sesiapa yang cuba laman web ini sebelum? Adakah ia boleh dipercayai?